Mencari Hasil Ilmu

Sunday, August 29, 2010

LEMPAR NAJIS SEBAB CEMBURU

DILAHIRKAN di tanah air Malaysia, membuatkan saya sangat terhina dengan perbuatan segelintir masyarakat Indonesia yang memperlihatkan kebodohan mereka.

Dengan pendidikan yang telah saya terima sejak di bangku sekolah lagi, saya dapati negara jiran kita itu sentiasa merasa tidak puas hati dan cemburu melihat kemajuan negara kita.

Namun, apa yang peliknya, negara kita sendiri seperti terlalu menatang bagai minyak yang penuh pada negara jiran kita ini. Baru-baru ini, walaupun Indonesia telah meletakkan syarat untuk mengambil pembantu rumah warganegara mereka, kita tetap mahu kehadiran mereka walaupun telah tersiar di sana-sini bahawa mereka ini sanggup melakukan apa sahaja terhadap anak-anak bangsa kita yang masih kecil.

Entah sedar atau tidak, sebenarnya kehadiran warga asing ke negara kita telah menimbulkan pelbagai kekacauan dan kekecohan.

Kini, Jalur Gemilang yang kita cintai dilakukan persis kain buruk, dipijak-pijak. Sanggupkah kita hanya melihat tanpa sedikit pun terdetik di dalam hati kita semangat cintakan tanah air?

Tolonglah, saya merayu kepada semua warganegara agar bangun demi menjaga maruah negara kita. Andai kita terlalu memperlihatkan keindahan negara lain, siapa lagi yang akan menjaga hak negara yang kita cintai ini? Tanpa kita bersatu padu, mampukah kita akan terus berada dalam negara seaman dan semaju ini sekarang?