Untungnya, umat akhir zaman ini mempunyai banyak kelebihan, berkat kasih sayang Allah swt kepada Nabi-Nya - Muhammad saw. Bencana tidak berlaku serta merta kepada umat Nabi Muhammad saw seperti umat nabi-nabi terdahulu. Masih ada penangguhan dan diberi tempoh masa untuk memperbaiki diri. Mari kita ikuti sedikit sejarah mengenai kaum-kaum yang dibinasakan untuk renungan kita bersama yang dipetik dari majalah SOLUSI di bawah tajuk Dosa Besar.
Kaum-kaum yang dibinasakan.
Firman Allah swt dalam surah Qaff ayat 12-14 bermaksud: "Sebelum mereka, kaum Nuh, penduduk Rass, dan Thamud telah mendustakan (rasul-rasul). Dan (demikian juga) kaum Add, kaum Firaun dan kaum Lut, dan (juga) penduduk Aikah serta kam Tubba'. Semuanya telah mendustakan rasul-rasul, maka berlakulah ancaman-Ku (atas mereka)."
Kaum Nabi Nuh.
-Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya selama lebih 950 tahun, namun yang beriman hanya sekitar 80 orang. kaumnya mendustakan dan memperolokkan baginda. Allah datangkan banjir besar meneggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh sendiri.
Kaum Nabi Hud.
-Nabi Hud a.s diutus kepada Kaum Aadd.Mereka mendustakan kenabian Hud. Allah datangkan angin taufan yang dahsyat dan ribut kencang disertai bunyi gemuruh yang menggerunkan sehingga binasa seluruh kaum Aad.
Kaum Thamud.
-Nabi Saleh a.s. diutus kepada kaum Thamud. Baginda telah diberikan mukjizat iaitu seekor unta betina yang keluar dari celah batu, bagi menunjukkan kebesaran Allah swt. Malangnya kaum Thamud yang engkar telah membunuh unta betina tersebut. Azab yang dahsyat menimpa, iaitu dengan satu tempikan daripada Malaikat Jibrail yang menyebabkan tubuh mereka hancur berkecai.
Kaum Sadum.
-Kaum Sadum terkenal dengan amalan keji yakni perbuatan homoseksual. Nasihat dan dakwah Nabi Luth yang diutus kepada mereka tidak diendahkan, malah mereka cuba menggoda dua malaikat yang menyamar sebagai manusia yang menjadi tetamu nabi Luth. Dengan bermula satu getaran, kemudian gempa bumi yang kencang dan hujan batu sijjil, menghancurkan serta merta kota Sadum berserta semua penghuninya.
Kaum Madyan.
-Nabi Syuaib diuuskan kepada Kaum Madyan. Mereka menyembah "aikah", yakni sebidang padang pasir yang ditumbuhi beberapa pohon dan tanam-tanaman. Kemungkaran kaum Madyan dan tipu menipu merupakan perbuatan dan perilaku yang lumrah dan rutin. Para pedagang dan petani selalu menjadi korban, sehingga yang kaya semakin kaya, yang lemah semakin melarat hidupnya.
Nabi Syuaib berusaha menyeru kaumnya, namun mereka engkar. Diturunkan Allah swt keatas mereka hawa udara yang sangat panas hingga dahaga yang amat dan kepanasan yang membakar kulit. Kemudian muncul gumpalan awan hitam yang tebal dijatuhkan keatas mereka diiringi petir dan gemuruh ledakan yang dahsyat, semetara bumi bergoyang dengan kuatnya menjadikan mereka mati betimbunan.
Firaun dan Bani Israil.
-Kaum Bani Israil sering ditindas, maka Nabi Musa dan dibantu oleh Nabi Harun diutus untuk memimpin dan membebaskan mereka daripada kekejaman firaun. Firaun bukan sahaja kufur dan angkuh, malah mengaku dirinya Tuhan. Nabi Musa bersama orang beriman diarahkan Allah melarikan diri, merentasi Laut Merah yang terbelah, Firaun dan tenteranya yang mengejar merekaditenggelamkan oleh laut yang bertingkup.
Ashabus Sabt.
-Segolongan dari kaum Bani Israil yang fasiq di Kota Eliah. Mereka telah melangga larangan Allah swt supaya tida menangkap ikan pada hari SAbtu, kerana ia khusus untuk beribadat. Allah menguji mereka dengan mendatangkan ikan yang banyak pada hari tersebut, lantas tanpa menghiraukan larangan Allah, mereka telah melakukan helah untuk menangkap ikan-ikan tersebut. Lalu Allah Taala melaknat mereka menjadi kera yang hina.
Ashabul Rass.
-Rass adalah nama bagi telaga yang kering airnya, dinamakan kepada suatu kaum iaitu kaum Rass. Mereka adalah penduduk salah sebuah kampung yang terletak di Daerah Thamud. diutus seorang Nabi yang bernama Hanzalah Bin Sofuan namun mereka mendustakannya, malah hingga membunuhnya dan dicampak ke dalam telaga. Allah swt telah binasakan penduduk kampung ini dengan kemarau yang dahsyat, sehingga kaum ini lenyap dari muka bumi.
Kaum Tubba'.
-Tubba' adalah seorang yang berbangsa Himyar. Dia merupakan salah seorang Raja Himyar yang beriman tetapi kaumnya tetap kafir sehingga melampaui batas, maka Allah swt binasakan mereka. Selepas peristiwa itu, lafaz Tubba' menjadi gelaran kepada raja-raja Yaman.
Thursday, August 19, 2010
Kaum-kaum yang dibinasakan.
ILHAM DARI PUTERA at 4:25:00 AM