Mencari Hasil Ilmu

Monday, July 06, 2009

Petua Hilang Ngantuk

Semua orang, apabila memandu kereta terutama untuk perjalanan jauh seperti balik kampung berhari raya, travelling kerana tugas rasmi , akan merasa mengantuk yang teramat sangat ketika memandu.

Hal ini boleh mengundang padah kerana hanya sedetik sahaja anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dpt mengawal kenderaan yg dipandu.

sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi...

لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ

“LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM...”

(maknanya: [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah
dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu
memulakan perjalanan anda

ditambah dengan ayat

“BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA’ WAHUWASSAMIUN ‘ALIIMM” 3X.
SELAMAT MENCUBA !! SEBARKAN KPD RAKAN2 ANDA UNTUK MANAFAAT BERSAMA.