Mencari Hasil Ilmu

Friday, July 17, 2009

Assalamualaikum

Pengertian yang ingin dikongsi bersama pembaca2 sekalian.

Nabi Muhammad memberi salam kepada sahabat nya "Asalamualaikum" atau As Salam dan sahabat menjawab " Waalaikum Mussalam Warah Matullahiwabarakatuh".

Berdasarkan di atas,

Memberi salam----- Assalamualaikum
Menjawab salam----Waalaikum Mussalam Warah Matullahiwabarakatuh

Hukumnya haram(berdosa) jika senario di bawah di amalkan

"Kirim salam maut kepada Amer".
Tidak lansung menjawab salam.
Mengucap As-Salam dan memasuki rumah orang dan selepas itu mencuri/merompak.

Ramai diantara kita (golongan masa kini) suka menggunakan kata2 singkatan semasa menggunakan telipon(mesej), chatting dan E-mail. Ini kerana kebanyakkan perkataaan adalah terlalu panjang. Ditambah lagi dengan kesibukkan.

Rakyat islam Malaysia banyak menggunakan singkatan"AKUM" bagi Assalamualaikum.

AKUM sebenar nya bermaksud "Avde Kokharim U Mazzalot" yang mana merupakan perkataan yahudi yang bermaksud "Hamba-hamba Binatang Dan Orang2 Sesat". Maksud dalam bahasa yahudi itu sangat menyimpang dari maksud Assalamualaikum yang bermakna "Peace Be Upon You".

Dinasihatkan Orang islam Malaysia menggunakan shorform "As-Salam" daripada AKUM.

Sejarahnya, Pada zaman dahulu Orang2 Pagan menyembelih binatang2 untuk tuhan mereka(bintang). Orang yahudi mengelar binatang itu sebagai AKUM sehingga melekat terhadap gelaran untuk orang2 bukan yahudi kerana dianggap seperti binatang.