Memandu kenderaan di bandar Kangar sememangnya menyenangkan ekoran kurangnya kesesakan lalu lintas berbanding di sekitar Lembah Klang.
Dengan pusat komersial setempat dan terletak tidak jauh antara satu sama lain seperti bank, restoran makanan segera, klinik, kedai runcit, pasar raya dan lain-lain, ia begitu memudahkan orang ramai untuk menjalankan urusan yang dirancang.
Namun di sebalik kesenangan itu, terselit kesulitan lain yang biasa dialami di bandar-bandar besar iaitu kawasan tempat meletak kenderaan yang amat terhad.
Tinjauan wartawan Ronda-Ronda di sekitar pusat bandar ini mendapati, pemandu perlu memusing sekurang-kurang tiga kali untuk mencari petak letak kereta.
Antara kawasan bermasalah yang menjadi tumpuan orang ramai ialah di Jalan Seruling berdekatan bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, hentian bas ekspres dan Jalan Penjara di Dewan Kapitol.
Apa yang menyulitkan, didapati petak letak kenderaan yang disediakan tidak mencukupi untuk menampung jumlah kenderaan yang semakin banyak.
Sunday, July 26, 2009
Kangar perlukan banyak Lagi Parking
ILHAM DARI PUTERA at 2:20:00 PM