Rakyat Israel akan memilih kerajaan baru esok dalam pilihan raya umum yang dijangka mengembalikan kuasa kepada parti Likud pimpinan bekas perdana menteri, Benjamin Netanyahu.
Pilihan raya itu diadakan tiga tahun selepas pilihan raya lalu, yang menyaksikan Perdana Menteri sekarang, Ehud Olmert mengambil alih parti Kadima, selepas pemimpinnya, Ariel Sharon diserang angin ahmar dan koma sehingga ke hari ini. Kadima kini dipimpin oleh Menteri Luar, Tzipi Livni.
Parti Likud mengalami kekalahan teruk dan tewas pada Kadima dalam pilihan raya pada Mac 2006, kini diramalkan akan menang antara 25 dan 27 kerusi bagi membolehkan Netanyahu kembali berkuasa.
Kadima pula diramalkan akan menang antara 23 dan 25 kerusi dalam Parlimen yang mempunyai 120 kerusi itu.
Sistem kompleks Israel dan bilangan pengundi yang belum membuat keputusan dijangka memberi peluang kepada calon lawan Netanyahu, Livni memperoleh kemenangan.
Namun, pertempuran di Gaza dan keadaan ekonomi meleset dijangka memberi kelebihan kepada Netanyahu dan calon lain yang lebih tegas dalam isu berkenaan.
Pertempuran selama 22 hari di Semenanjung Gaza bulan lalu menyebabkan Israel dikelilingi oleh musuh, walaupun calon sederhana seperti Livni dan Menteri Pertahanan, Ehud Barak boleh mendakwa mendapat sokongan kerana melancarkan peperangan itu.
Laporan agensi juga menyatakan, pada masa ini, Netanyahu adalah calon paling sesuai untuk menjadi perdana menteri. Beliau dikatakan lebih cenderung berdepan dengan ancaman dan menjadikannya keutamaan nombor satu, berbanding usaha untuk berdamai dengan Palestin.
"Kali terakhir saya memilih Barak dan kami cuba berbaik-baik dengan Arab, tetapi anda lihat apa yang kami dapat," kata penduduk Baitulmaqdis berusia 37 tahun, Elan Benaroush.
Tinjauan pendapat mendapati parti yang mempunyai kecenderungan ke kanan mungkin memperoleh majoriti kira-kira 65 kerusi dalam Knesset.
Monday, February 09, 2009
PILIHANRAYA ISRAEL ESOK
ILHAM DARI PUTERA at 9:38:00 AM