Tuesday, October 13, 2009
Hotel Halal
SENARAI HOTEL & RESORT YANG MENDAPAT PENGIKTIRAFAN HALAL JAKIM
Bil Nama Hotel @ Resort
[ Nama Premis/Dapur ] Tarikh Sah Sijil
1. ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR
UDA ANCASA SDN BHD
JALAN TUN TAN CHENG LOCK
50050 KUALA LUMPUR
Nama Premis / Dapur :
BANQUET KITCHEN
ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR
JALAN TUN TAN CHENG LOCK
50050 KUALA LUMPUR
01/05/2009-30/04/2012
2. ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR
UDA ANCASA SDN BHD
JALAN TUN TAN CHENG LOCK
50050 KUALA LUMPUR
Nama Premis / Dapur :
PASTRY KITCHEN
ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR
JALAN TUN TAN CHENG LOCK
50050 KUALA LUMPUR
01/05/2009 - 30/04/2012
3. ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR
UDA ANCASA SDN BHD
JALAN TUN TAN CHENG LOCK
50050 KUALA LUMPUR
Nama Premis / Dapur :
SAFFRON BRASSERIE (KITCHEN)
GROUND FLOOR
ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR
JALAN TUN TAN CHENG LOCK
50050 KUALA LUMPUR
01/05/2009- 30/04/2012
4. ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR
UDA ANCASA SDN BHD
JALAN TUN TAN CHENG LOCK
50050 KUALA LUMPUR
Nama Premis / Dapur :
BUTCHER ROOM
LOWER GROUND,
ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR,
JALAN TUN TAN CHENG LOCK,
50050 KUALA LUMPUR
01/05/2009-30/04/2012
5. CRYSTAL CROWN HOTEL (NIKMAT MAJU DEVELOPMENT SDN BHD)
NO 12 LORONG UTARA A,
OFF JALAN UTARA
46200 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA
Nama Premis / Dapur :
COFFEE HOUSE - BRASS CAFE
CRYSTAL CROWN HOTEL, NO 12 LORONG UTARA, OFF JLN UTARA, 46200 PETALING JAYA, SELANGOR
01/03/2009-28/02/2011
6. GRAND DORSETT LABUAN HOTEL
VICTORIA'S BRASSERIE
LOT 462, JALAN MERDEKA
87029 LABUAN ST
Nama Premis / Dapur :
SHERATON LABUAN HOTEL, VICTORIA'S BRASSERIE
LOT 462, JALAN MERDEKA
01/12/2007- 30/11/2009
7. HOTEL ARMADA PETALING JAYA
LORONG UTARA C, SECTION 52
P.O BOX 691
PEJABAT POS JALAN SULTAN
46200 PETALING JAYA
SELANGOR
Nama Premis / Dapur :
MALAY KITCHEN / DAPUR MELAYU
LEVEL 3
HOTEL ARMADA PETALING JAYA
LORONG UTARA C
SECTION 52, PO BOX 691
PEJABAT POS JALAN SULTAN
01/12/2007-31/12/2009
8. HOTEL SERI MALAYSIA (GENTING HIGHLANDS)
EMMY SURAYA ENTERPRISE
NO 11,JALAN JATI 1
GOHTONG JAYA
69000 GENTING HIGHLANDS
PAHANG DARUL MAKMUR
MALAYSIA
Nama Premis / Dapur :
EMMY SURAYA ENTERPRISE
NO 11,JALAN JATI 1,
GOHTONG JAYA,
69000 GENTING HIGHLANDS
15/05/2009-14/05/2011
9. HOTEL SERI MALAYSIA (IPOH)
GHAZALI MANAGEMENT SERVICES
HOTEL SERI MALAYSIA IPOH
JALAN STURROCK
OFF JALAN TAMBUN
30350 IPOH
Nama Premis / Dapur :
CAFE CEMPAKA SARI
HOTEL SERI MALAYSIA IPOH
JALAN STURROCK OFF JALAN TAMBUN
30350 IPOH
PERAK
01/06/2008-31/05/2010
10. HOTEL SERI MALAYSIA (MARANG)
PRIM AR (M) SDN. BHD
LOT 3964,KAMPUNG PAYA
21600 MARANG
TERENGGANU DARUL IMAN
MALAYSIA
Nama Premis / Dapur :
HOTEL SERI MALAYSIA MARANG
LOT 3964, KAMPUNG PAYA
21600 MARANG,
TERENGGANU
01/06/2009-31/05/2011
11. HOTEL SERI MALAYSIA (PENANG)
PRISMA LAMUNI SDN BHD
NO 7, JALAN MAYANG PASIR 2
BANDAR BAYAN BARU,
11950. PULAU PINANG
Nama Premis / Dapur :
DAPUR HOTEL SERI MALAYSIA PULAU PINANG
HOTEL SERI MALAYSIA PENANG
NO 7, JALAN MAYANG PASIR 2,
BANDAR BAYAN BARU,
11950. PENANG
01/06/2008-31/05/2010
12. HOTEL SERI MALAYSIA (TAIPING)
TUNAS LARUT ENTERPRISE
NO. 4, JALAN SULTAN MANSUR
34000 TAIPING,
Nama Premis / Dapur :
HOTEL SERI MALAYSIA (TAIPING)
NO. 4, JALAN SULTAN MANSUR, 34000
TAIPING, PERAK
15/07/2008-14/07/2010
13. HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG
MOHAMED SHUKOR BIN MOHD ZAKARIA ENTERPRISE
(HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG)
LOT 979 & 980 PANTAI BAGAN LALANG
SG PELEK SEPANG
SELANGOR
Nama Premis / Dapur :
CAFE D' BAGAN HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG
HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG ( SEPANG )
LOT 979 & 980, PANTAI BAGAN LALANG
43950 SUNGAI PELEK
SELANGOR DARUL EHSAN
01/12/2007-30/11/2009
14. LOTUS NATION SDN BHD (HOTEL PUTRA)
SELESA INN KUALA LUMPUR
285 - 287 JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN
50100 KUALA LUMPUR
Nama Premis / Dapur :
D SERAI ( DAPUR PASTRI )
HOTEL PUTRA KL
ARAS 3
LOT 149 SEKSYEN 87 JALAN TUN RAZAK
50050 KUALA LUMPUR
01/12/2007-31/12/2009
15. LOTUS NATION SDN BHD (HOTEL PUTRA)
SELESA INN KUALA LUMPUR
285 - 287 JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN
50100 KUALA LUMPUR
Nama Premis / Dapur :
SELESA CAFE
ARAS 2 HOTEL PUTRA KL
LOT 149 SEKSYEN 87
JALAN TUN RAZAK
50050 KUALA LUMPUR
01/12/2007-31/12/2009
16. LOTUS NATION SDN BHD (HOTEL PUTRA)
SELESA INN KUALA LUMPUR
285 - 287 JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN
50100 KUALA LUMPUR
Nama Premis / Dapur :
RESTORAN TEMASYA
IMPIAN MORIB HOTEL
LOT 103 & 104 JALAN MORIB
PANTAI MORIB
42700 KUALA LANGAT ,SELANGOR
01/12/2007-31/12/2009
17. LOTUS NATION SDN BHD (HOTEL PUTRA)
SELESA INN KUALA LUMPUR
285 - 287 JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN
50100 KUALA LUMPUR
Nama Premis / Dapur :
SELESA CAFE
SELESA INN KUALA LUMPUR
ARAS BAWAH
285 - 287 JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN
50100 KUALA LUMPUR
01/12/2007-31/12/2009
18. MAYOR HOTELS BERHAD
T/A CITY VILLA KUALA LUMPUR
69 JALAN HAJI HUSSIEN
OFF JALAN T.A.R
50300 KUALA LUMPUR
Nama Premis / Dapur :
MAYOR HOTEL
T/A CITY VILLA KUALA LUMPUR
69 JALAN HAJI HUSSIEN
OFF JALAN T.A.R
50300 KUALA LUMPUR
01/06/2008-31/05/2010
19. METROPLEX HOLDINGS SDN BHD (LEGEND HOTEL KL)
TKT 33, PUTRA PLACE OFFICE TOWER
100 JALAN PUTRA
50350 KUALA LUMPUR
Nama Premis / Dapur :
DI ATAS BRASSERIE / MAIN KITCHEN
9TH FLOOR, THE LEGEND HOTEL KL
PUTRA PLACE, 100 JALAN PUTRA
50350 KUALA LUMPUR
16/10/2009-15/10/2012
20. METROPLEX HOLDINGS SDN BHD (LEGEND HOTEL KL)
TKT 33, PUTRA PLACE OFFICE TOWER
100 JALAN PUTRA
50350 KUALA LUMPUR
Nama Premis / Dapur :
MUSEUM CHINESE RESTAURANT
9TH FLOOR, THE LEGEND HOTEL KL
PUTRA PLACE, 100 JALAN PUTRA
50350 KUALA LUMPUR
16/10/2009-15/10/2012
21. MING COURT HOTEL (KL) SDN BHD (CORUS HOTEL, KUALA LUMPUR)
JALAN AMPANG, 50450 KUALA LUMPUR
Nama Premis / Dapur :
DONDANG SAYANG COFFEE HOUSE
CORUS HOTEL KUALA LUMPUR
JALAN AMPANG, 50450 KUALA LUMPUR
01/02/2008- 31/01/2010
22. RESIDENCE HOTEL AT UNIVERSITI TENAGA NASIONAL
RESIDENCE HOTELS & RESORTS S/B
SUITE 1.03 LEVEL 1, WISMA E&C, LORONG DUNGUN KIRI,
DAMANSARA HEIGHT,
KUALA LUMPUR
Nama Premis / Dapur :
RESIDENCE HOTEL AT UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN)
KM 7 JALAN KAJANG-PUCHONG,
43009 KAJANG, SELANGOR
01/06/2009 -31/05/2012
23. RESORT VILLA GOLF COURSE DEVELOPMENT SDN BHD
IOI RESORT
62502 PUTRAJAYA
Nama Premis / Dapur :
RESTORAN AROI DEE (THAI) PALM GARDEN HOTEL
PALM GARDEN HOTEL
IOI RESORT
62502 PUTRAJAYA
01/05/2008-30/04/2010
24. RESORT VILLA GOLF COURSE DEVELOPMENT SDN BHD
IOI RESORT
62502 PUTRAJAYA
Nama Premis / Dapur :
GOLFER TERRACE RESTAURANT PALM GARDEN HOTEL
PALM GARDEN HOTEL
IOI RESORT
62502 PUTRAJAYA
01/05/2008-30/04/2010
25. RESORT VILLA GOLF COURSE DEVELOPMENT SDN BHD
IOI RESORT
62502 PUTRAJAYA
Nama Premis / Dapur :
RESTAURANT PALMS CAFE (COFFE HOUSE) PALM GARDEN HOTEL
PALM GARDEN HOTEL
IOI RESORT
62502 PUTRAJAYA
01/05/2008 -30/04/2010
26. RESORT VILLA GOLF COURSE DEVELOPMENT SDN BHD
IOI RESORT
62502 PUTRAJAYA
Nama Premis / Dapur :
BANQUET MALAY KITCHEN HALL PALM GARDEN HOTEL
PALM GARDEN HOTEL
IOI RESORT
62502 PUTRAJAYA
01/05/2008-30/04/2010
27. SEMARAK CAPITAL SDN. BHD. (GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM)
PERSIARAN PERBANDARAN SEKSYEN 14
40000 SHAH ALAM
Nama Premis / Dapur :
SEMARAK KITCHEN
GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM
PERSIARAN PERBANDARAN,
SEKYEN 14,
40000 SHAH ALAM
01/12/2007-31/12/2009
28. SEMARAK CAPITAL SDN. BHD. (GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM)
PERSIARAN PERBANDARAN SEKSYEN 14
40000 SHAH ALAM
Nama Premis / Dapur :
MAIN KITCHEN
GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM
PERSIARAN PERBANDARAN,
SEKSYEN 14,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR
01/12/2007-31/12/2009
29. SEMARAK CAPITAL SDN. BHD. (GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM)
PERSIARAN PERBANDARAN SEKSYEN 14
40000 SHAH ALAM
Nama Premis / Dapur :
MALAY KITCHEN
GRAND BLUEWAVE HOTELS SHAH ALAM,
PERSIARAN PERBANDARAN,
SEKSYEN 14,
40000 SHAH ALAM.
01/12/2007-31/12/2009
30. THE PARAMOUNT HOTEL
3,LORONG 9A
JALAN KAMPUNG DATO
96000 SIBU
SARAWAK
Nama Premis / Dapur :
VALENTINE'S CAFE
3,LORONG 9A
JALAN KAMPUNG DATO'
96000 SIBU,SARAWAK.
16/03/2008-15/03/2010
31. THE SUMMIT HOTEL, SUBANG USJ
PERSIARAN KEWAJIPAN USJ1
47600, UEP SUBANG JAYA
Nama Premis / Dapur :
BANQUET KITCHEN
LEVEL 5,THE SUMMIT HOTEL
01/05/2009-30/04/2011
32. THE SUMMIT HOTEL, SUBANG USJ
PERSIARAN KEWAJIPAN USJ1
47600, UEP SUBANG JAYA
Nama Premis / Dapur :
OCEANIA BUFFET RESTAURANT
LEVEL M,THE SUMMIT HOTEL
01/05/2009-30/04/2011
33. THE SUMMIT HOTEL, SUBANG USJ
PERSIARAN KEWAJIPAN USJ1
47600, UEP SUBANG JAYA
Nama Premis / Dapur :
WARONG JUNCTION KITCHEN
LEVEL G, THE SUMMIT HOTEL
01/05/2009-30/04/2011
34. TIARA LABUAN HOTEL
JALAN TANJUNG BATU
87007 LABUAN
Nama Premis / Dapur :
THE GRILL
JLN TANJUNG BATU
87007 LABUAN
01/12/2007-31/12/2009
35. TRADEWINDS HOTELS & RESORTS SDN BHD
THR (JOHOR) SDN BHD
MUTIARA JOHOR BAHRU
JALAN DATO SULAIMAN
TAMAN CENTURY KB 779
80990 JOHOR BAHRU
JOHOR DARUL TAKZIM
MALAYSIA
Nama Premis / Dapur :
MUSLIM KITCHEN
THR (JOHOR) SDN BHD
C/O MUTIARA JOHOR BAHRU
JALAN DATO SULAIMAN
TAMAN CENTURY KB 779
80990 JOHOR BAHRU,JOHOR
01/03/2009-28/02/2011
36. TRADEWINDS HOTELS & RESORTS SDN BHD
THR (JOHOR) SDN BHD
MUTIARA JOHOR BAHRU
JALAN DATO SULAIMAN
TAMAN CENTURY KB 779
80990 JOHOR BAHRU
JOHOR DARUL TAKZIM
MALAYSIA
Nama Premis / Dapur :
CAPRI KITCHEN
THR (JOHOR) SDN BHD
C/O MUTIARA JOHOR BAHRU
JALAN DATO SULAIMAN TAMAN CENTURY
KB 779, 80990
JOHOR BAHRU
JOHOR
01/03/2009-28/02/2011
37. TRADEWINDS HOTELS & RESORTS SDN BHD
THR (JOHOR) SDN BHD
MUTIARA JOHOR BAHRU
JALAN DATO SULAIMAN
TAMAN CENTURY KB 779
80990 JOHOR BAHRU
JOHOR DARUL TAKZIM
MALAYSIA
Nama Premis / Dapur :
MEISAN KITCHEN
THR (JOHOR) SDN BHD
C/O MUTIARA JOHOR BAHRU
JALAN DATO SULAIMAN
TAMAN CENTURY KB 779
80990 JOHOR BAHRU,JOHOR
JOHOR
ILHAM DARI PUTERA at 8:13:00 AM
Friday, October 09, 2009
Penduduk Islam
Penduduk Islam di dunia kini berjumlah 1.57 bilion, nisbah satu kepada empat orang penduduk dunia, menurut satu laporan komprehensif, semalam.
Laporan oleh Forum Pew Agama dan Kehidupan Awam itu menyediakan satu angka tepat yang sebelum ini jumlahnya hanya dianggarkan.
Projek yang mengambil masa selama tiga tahun itu turut mendedahkan kenyataan-kenyataan yang mungkin mengejutkan.
Sebagai contoh, Jerman mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Lebanon; China mempunyai lebih ramai penduduk Islam daripada Syria dan Rusia pula mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Jordan dan Libya.
“Andaian yang menyatakan bahawa Islam adalah Arab dan Arab adalah Islam, ternyata tidak benar dengan adanya laporan ini,” kata Amaney Jamal, penolong profesor politik di Universiti Princeton yang mengkaji semula salinan awal laporan itu.
Pegawai-pegawai Pew menganggap laporan tersebut adalah yang paling lengkap dalam kategorinya dan meletakkan agama Islam sebagai agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian, yang dianggarkan mempunyai antara 2.1 bilion hingga 2.2 bilion penganut.
Laporan itu turut mendapatkan pecahan antara pengikut mazhab Sunni dengan Syiah tetapi kesulitan timbul kerana tidak banyak negara membuat pecahan seumpamanya, kata penyelidik kanan projek, Brian Grim.
Maka, bilangan pengikut Syiah tidak dianggap khusus dengan laporan menganggarkan Syiah mewakili antara 10 dan 13 peratus daripada keseluruhan umat Islam di dunia, yang sejajar atau sedikit rendah berbanding kajian-kajian lain.
Sebanyak 80 peratus pengikut Syiah tinggal di empat negara iaitu Iran, Pakistan, India dan Iraq.
Laporan turut mendedahkan bahawa meskipun nadi Islam terletak di Asia Barat, bilangan terbesar umat Islam adalah di Asia iaitu meliputi lebih 60 peratus.
Asia Barat dan Afrika Utara hanya mewakili kira-kira 20 peratus umat Islam, 15 peratus di Afrika Sub-Saharan, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat.
Seramai 317 juta penduduk Islam atau satu per lima daripada jumlah keseluruhan penduduk Islam pula tinggal di negara yang penduduknya bukan majoriti Islam.
Sebanyak 10 negara telah disenarai mempunyai penduduk dua per tiga beragama Islam iaitu Indonesia, Pakistan, India, Bangladesh, Iran, Turki, Mesir, Algeria, Maghribi dan Nigeria.
ILHAM DARI PUTERA at 4:15:00 PM
Thursday, October 08, 2009
Penciptaan Nabi Adam
Allah telah memerintahkan Malaikat Jibril untuk turun ke bumi untuk mengambil tanah bagi penciptaan nabi Adam. Namun Bumi menolak kerana takut Nabi adam akan melakukan kerosakan di atas muka bumi. Jibril tidak berbuat apa2 dan kembali kepada Allah.
Malaikat Mikail,Israfil pun menerima jawapan yang sama daripada bumi. Akhirnya Allah menyuruh Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah,
"Izrail, Engkau kini aku tugaskan, walaupun bumi menolak dengan pelbagai alasan, janganlah engkau undur, katakan bahawa kerjamu adalah perintahku".
Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah dan akhirnya bumi pun bersetuju.
Allah pula berfiman,"Ya Izrail pertama engkau yang ku tugaskan dan di belakang kelak ku tugaskan engkau mencabut roh mereka".
- Tanah tempat berdirinya Baitul Muqaddis.
- Tanah Bukit Tursina.
- Tanah Iran
- Tanah Aden
- Tanah Al-Kautsar
- Tanah tempat berdirinya Baitullah
- Tanah Paris
- Tanah Khurasan
- Tanah Babylon
- Tanah India
- Tanah Syurga
- Tanah Tha'if
ILHAM DARI PUTERA at 9:51:00 AM
Terrorisma Dan Jihad Dalam Islam
MUTAKHIR ini kita sering mendengar dan menyaksikan bom meletup bunuh diri, bom berani mati, bom meletup di sana-sini, membunuh manusia, anak-anak dan orang tua, di seluruh penjuru dunia, termasuk di rantau Asia Tenggara dan nusantara.
Masyarakat pun bertanya, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan terorisme, apakah sama pengertian terorisme dengan jihad dalam Islam. Banyak pakar berusaha mendefinisikannya dan menghuraikannya dalam berbagai pendapat dan pandangan mereka.
Kriteria terorisme dapat difahamkan sebagai kegiatan menyusahkan penduduk, merosak perdamaian dan ketenteraman awam, mengancam keselamatan jiwa, harta benda, dan keselesaan hidup manusia.
Pada dasarnya undang-undang menerangkan, bahawa terorisme merupakan kejahatan lintas langsung negara dan mempunyai jaringan luas sehingga mengancam perdamaian dan keamanan nasional dan antarabangsa.
Harun Yahya, intelektual Islam terkenal, dalam bukunya Only Love Can Defeat Terrorisme menyatakan, terorisme adalah ancaman yang paling suram menjelang dunia abad ke 21. Terorisme melihat tindakan keganasan sebagai satu-satunya cara mencapai tujuan politik. Di mata pengganas, dilema politik dan konflik hanya dapat diselesaikan dengan keganasan.
Darah dan besi
Tidak ada kelompok yang dapat memahami apa yang diinginkan kecuali dengan darah dan besi. Kenyataan telah menunjukkan bagaimana dahsyatnya tindakan yang dilakukan pengganas di berbagai belahan dunia. Dengan satu letupan manusia yang salah dan tidak bersalah mengalami kematian atau cedera parah. Gedung, bangunan, pesawat, dan harta hancur bertaburan. Suatu tindakan yang cukup mengerikan.
Apakah tindakan seperti ini diajar dalam Islam. Jelas Islam tidak membenarkan tindakan keganasan atas nama agama, dan berusaha mencegahnya sedaya upaya. Pengganas sebagai kejahatan terhadap kemanusiaan dan peradaban yang menimbulkan ancaman serius terhadap kedaulatan negara, bahaya terhadap keamanan, kesejahteraan, perdamaian dunia serta merugikan masyarakat seluruhnya.
Terorisme adalah salah satu kejahatan yang diorganisasi, bersifat lintas negara dan digolongkan sebagai kejahatan luar biasa yang tidak membezakan sasarannya. Dalam khazanah fikah Islam, terorisme memenuhi unsur hukum hirabah.
Para ulama mengertikan al-muharib dengan sebuah riwayat bahawa orang yang mengangkat senjata melawan orang ramai dan menakut-nakutkan, maka ia tidak termasuk golongan kami (Islam).
Sementara jihad mengandungi dua pengertian, iaitu pertama, segala usaha dan upaya sekuat tenaga serta kesediaan untuk menanggung kesulitan di dalam memerangi dan menahan agresif musuh dalam segala bentuknya. Jihad dalam pengertian ini juga disebut qital atau al-harb.
Kedua, segala usaha yang sungguh-sungguh dan berterusan untuk menjaga dan meninggikan agama Allah. Perbezaan antara terorisme dengan jihad adalah bahawa terorisme bersifat merosak dan anarkis, tujuannya untuk menciptakan rasa takut atau menghancurkan pihak lain.
Dilakukan tanpa peraturan dan sasaran tanpa batas, manakala jihad sifatnya melakukan pembaikan sekalipun dengan cara peperangan. Tujuannya menegakkan agama Allah dan membela hak-hak yang terzalimi, dan dilakukan dengan mengikuti peraturan yang ditentukan oleh syariat dengan sasaran musuh yang sudah jelas dan nyata.
Hukum melakukan pengganas adalah haram, mahupun dilakukan oleh perseorangan, kelompok, atau negara. Sebaliknya hukum melakukan jihad adalah wajib.
Adapun bunuh diri adalah orang yang bunuh diri itu membunuh dirinya untuk kepentingan peribadinya sendiri. Sementara pelaku amaliah al-istisyhad (tindakan siap mati syahid) mempersembahkan dirinya sebagai korban demi agama dan umatnya.
Orang yang bunuh dirinya adalah orang pesimis atas dirinya dan atas ketentuan Allah, manakala pelaku amaliah al-istisyhad adalah manusia yang seluruh cita-citanya tertuju mencari rahmat dan keredaan Allah SWT.
Bom bunuh diri adalah hukumnya haram kerana merupakan salah satu bentuk tindakan keputusan dan membinasakan diri sendiri, dilakukan di daerah damai mahupun di daerah perang.
Amaliah al-istisyhad dibolehkan kerana merupakan bahagian dari jihad yang dilakukan di daerah perang atau dalam keadaan perang dengan tujuan untuk menimbulkan rasa takut dan kerugian yang lebih besar di pihak musuh Islam, termasuk melakukan tindakan yang dapat mengakibatkan terbunuhnya diri sendiri. Dengan demikian, amaliah al-istisyhad berbeza dengan bunuh diri.
Dasar-dasar ini dapat dirujuk dalam surah al-Hajj, ayat 39-40; surah an-Anfal, ayat 6; surah an-Nisa', ayat 29; surah al-Maidah, ayat 32; surah al-Baqarah, ayat 195.
Hadis riwayat Muslim dan Bukhari, juga kaedah fikah yang ertinya: Apabila terdapat dua masalah yang saling bertentangan, maka harus diperhatikan salah satunya dengan mengambil kira darar (mudarat) yang lebih ringan.
Huraian di atas menunjukkan bahawa terorisme berbeza dengan jihad. Bahawa terorisme dalam pengertian yang dikemukakan haram, manakala jihad adalah wajib.
Terancang dan berkembang
Terorisme bukanlah suatu yang baru, ia telah hidup sejak dulu melalui organisasi yang terancang dan berkembang.
Terorisme berkembang subur di abad moden melalui revolusi Perancis, atau nihilisme Rusia abad ke 19. Menurut Harun Yahya, diperkirakan sebanyak 500 kelompok pengganas di dunia yang meliputi kelompok jaringan antarabangsa yang mengendalikan ubat-ubatan terlarang dan pelacuran.
Demikian juga organisasi bawah tanah, pergerakan marginal, berbagai kelompok ideologi radikal dan pemujaan terhadap orang yang menyeleweng. Di era teknologi, senjata kimia merupakan ancaman tindakan pengganas yang paling merbahaya dan mengerikan.
Pada tahun 1984, seramai 750 orang telah diracuni di empat restoran di kota Oregon. Kemudian terungkap bahawa seorang Hindu yang terinspirasi oleh pemujaan dan penyembahan era baru kepimpinan Baghwan Shree Rajneesh bertanggungjawab terhadap keganasan tersebut. Pada tahun 1995, pemuja Aum Shinrikyo melepaskan gas sarin di sistem kereta api bawah tanah Tokyo yang mengorbankan 12 orang dan mencederakan 5,500 orang.
Sejak tahun 1962, anggota ETA, organisasi pengganas yang memperjuangkan kemerdekaan wilayah Basque melakukan serangan yang menyebabkan kematian lebih 800 orang di Sepanyol. Tentera Republik Ireland (IRA) yang berjuang untuk kemerdekaan Ireland telah melakukan serangan yang mengakibatkan kematian lebih dari 3,200 jiwa.
Tindakan pengganas menimbulkan korban di berbagai negara, seperti Amerika Syarikat, Uganda, Angola, Nigeria, Britain, Perancis, Sepanyol, Jepun, Timur Tengah, Amerika Latin dan sebagainya. Sekarang jaringan ini mulai muncul di kawasan nusantara dan sekitarnya.
Keterangan ini menunjukkan bahawa tindakan pengganas bukan hanya dari kalangan Islam, tetapi juga dari kalangan umat-umat lain di dunia.
Tindakan teroris juga bukan hanya terjadi di dunia Islam, tetapi juga di berbagai belahan dunia lainnya. Bahkan ajaran Islam sangat bertentangan dengan tindakan pengganas dan keganasan. Dalam perang yang jelas melawan musuh saja, Islam melarang membunuh anak-anak, perempuan, dan membakar pohon kurma. Ertinya, Islam melarang membunuh orang yang tidak bersalah.
Dalam hal membela agama dan kebenaran Islam, Islam membolehkan tindakan kekerasan. Kerana itu, Nabi SAW memerangi Bani Quraizah, Bani Mustalik, dan Bani an-Nazir kerana mereka mengkhianati perjanjian dengan umat Islam di Madinah.
Baginda menyuruh runtuhkan masjid Dirar di Madinah kerana tujuan orang munafik mendirikannya untuk memecah belahkan umat Islam.
Secara prinsipnya Islam melarang pembunuhan terhadap manusia yang tidak berdosa, memerintahkan agar berlaku adil, menyuruh kerjasama dengan umat lain, menyuruh berbuat baik, termasuk kepada yang bukan Muslim.
Firman Allah yang bermaksud: Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya, dan sesungguhnya Allah Maha Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai) kemenangan. (al-Hajj: 39)
ILHAM DARI PUTERA at 9:38:00 AM
Nafsu
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.
ILHAM DARI PUTERA at 9:22:00 AM
Saturday, October 03, 2009
SIS cabar keputusan Mahkamah Syariah
SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah
Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi
INI BUKAN ARTIKEL BERKENAAN POLITIK,TETAPI MARUAH AGAMA ISLAM YG DICABAR OLEH ORANG ISLAM SENDIRI...BACA FAHAMI DAN RENUNG-RENUNGKAN
Tindakan Sister In Islam [ SIS ] dan Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina
[ JAG ] semakin berani mencabar keputusan mahkamah Syariah berhubung isu sebat ke atas Kartika Dewi yang mengaku bersalah minum arak .
Biarpun hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah iaitu 6 sebatan dan denda sebanyak RM 5,000 tidaklah sepenuhnya menepati hukum syara' tetapi sekurang - kurangnya ia membawa semangat perlaksanaan undang - undang syariah dalam negara ini .
Jika 6 sebatan sahaja dibantah dan ditentang habis - habisan oleh SIS dan JAG , saya tidak dapat gambarkan bagaimana mereka mahu bertindak jika negara ini benar - benar melaksanakan hukum syara' iaitu antara 40 ke 80 kali sebat bagi mereka yang sabit bersalah meminum arak .
Jelasnya SIS dan JAG menggunakan hujjah kononnya hukuman itu kejam , menjatuhkan maruah malah bercanggah dengan hak asasi manusia . [ Jika 6 rotan sudah dianggap kejam ertinya mereka akan berkata 40 rotan sangat kejam .]
Hujjah yang dikemukan ini nyata menunjukkan kejahilan mereka terhadap hukuman Islam . Mereka tidak melihat kepada hikmah dan unsur spiritual yang terdapat di dalam satu - satu perlaksanaan hukum Islam . Mereka hanya menilai dari unsur luar pula dengan cara yang salah dan menanggapinya dengan persepsi yang asing dari pandangan syara' dan maqasid syari'yyah .
Lebih menghairankan , mereka hanya peka terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah , kononnya hukuman itu kejam dan menjatuhkan maruah serta bercanggah dengan hak asasi manusia , sedang mereka tidak bersuara apa lagi menentang hukuman sebat yang dijatuhkan oleh mahkamah sivil ke atas pesalah dalam pelbagai kes jenayah dalam negara kita . Sedang sebatan dalam hukuman Islam tersangat jauh bezanya dengan sebatan dalam hukum sivil.
Sebatan mengikut cara Islam :
a] Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
b] Jika pesalah hamil, hukuman dilaksana selepas 2 bulan melahirkan anak
c] Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
d] Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
e] Sebatan dengan kekuatan sederhana
f] Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala
g] Tidak melukakan kulit pesalah.
Adapun sebatan mengikut kaedah sivil pula:
a] Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
b] Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat
c] Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja
d] Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat
e] Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
f] Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
g] Sesetengah yang lain menyebat dengan cara sentap.
h] Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana dirasakan cebisan kulit tersentap keluar .
Jika SIS dan JAG terus menerus begini seperti mempunyai dendam terpendam terhadap Mahkamah Syariah dengan mengambil langkah menentang keputusannya malah mengheret persepsi mereka yang separuh masak terhadap Islam , suka saya tegaskan Dewan Pemuda PAS Pusat sedia berhadapan dengan SIS dan JAG demi memelihara kesucian Islam sekaligus membetulkan tanggapan salah mereka terhadap Islam .
Kami sedia turun dalam apa jua medan atau forum , wacana atau debat dan dialog atau bahas . Sila anjurkan dan kami akan hadir . Tindakan SIS dan JAG sudah keterlaluan . Saya tidak faham , apa yang mereka mahu ? Nak jaga maruah ? maruah siapa ? maruah apa yang mereka nak jaga ?
Kalau dihukum itu menjatuhkan maruah , maknanya minum arak itu tidak menjatuhkan maruah . Jika sebat pesalah dengan 6 rotan menggunakan kaedah cara sebatan Islam [ biarpun jumlah sebatan itu tidak menepati hukuman Islam ] dianggap kejam , maknanya membiarkan orang mabuk lalu mengheret berlakunya pelbagai jenayah ekoran mabuk seperti berzina atau membunuh itu tidak kejam .
Persoalannya , kenapa hukuman sebat yang diputuskan oleh mahkamah syariah dianggap kejam sedang hukuman yang sama diputuskan oleh mahakamah sivil mereka sepi dan membungkam seribu bahasa . Saya nak tanya , apa sebenarnya yang mereka mahu ?
Sekali lagi saya cabar Dr. Hamidah Marican Pengarah Eksekutif Sistem In Islam membuka gelanggang debat ilmiyyah dan jemput kami Dewan pemuda PAS Pusat bagi kita membahaskan Benarkah Sebat Kartika satu Kekejaman yang Menjatuhkan Maruah ?
Apakah langkah yang diambil oleh SIS dan JAG sebagai tindakan sengaja mahu memberi tekanan ke atas Mahkamah Syariah dan pihak berkuasa agama dalam negara ini untuk tidak bertindak ke atas pesalah - pesalah agama ? atau mereka suka dan bangga melihat negara ini bebas tanpa batas atas nama hak asasi lalu semua boleh berbuat apa sahaja sekalipun suatu yang bertentangan dengan agama ?
Tindakan SIS dan JAG ini menimbulkan interpersepsi yang bersimpang siur dan paling dekat , orang - orang yang beriman dan bertaqwa melihat mereka ini berniat jahat terhadap agama Islam dan tidak keterlaluan jika ramai yang menganggap SIS dan JAG berlaku biadab terhadap Islam amnya dan mahkamah Syariah khasnya .
ILHAM DARI PUTERA at 3:32:00 PM
Indonesia Menang Tuntutan 'Batik'
Presiden Indonesia menggesa 234 juta rakyat negara itu memakai batik bagi meraikan kemenangan berhubung hak perebutan warisan kebudayaan dengan negara jiran, Malaysia.
Pertubuhan kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Unesco minggu ini dilaporkan akan meletakkan cara pembuatan batik yang diamalkan Indonesia - membabitkan proses rumit mencelup dengan lilin dan warna - dalam senarai Warisan Kebudayaan Dunia agensi badan dunia itu.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengarahkan seluruh penduduk Indonesia meraikannya pada hari Jumaat ketika ia diisytiharkan secara rasmi dengan mengenakan baju, pakaian, blaus yang dibuat dari batik.
“Saya menggesa rakyat Indonesia di mana-mana juga memakai batik pada 2 Oktober,” kata Yudhoyono yang dipetik oleh agensi berita Antara ketika menghadiri mesyuarat pemimpin dunia G20 di Amerika Syarikat.
Yudhoyono berkata negara itu perlu mengadakan ‘parti batik’ untuk memberitahu dunia bahawa seni berkenaan datangnya dari Indonesia.
Media di sini juga berada dalam suasana kemenangan berikutan keputusan Unesco itu yang dilihat sebagai babak terkini dalam pertikaian dengan Malaysia yang didakwa sebagai ‘mencuri’ segala-galanya dari batik hingga tarian dan lagu negara itu.
Malah rakyat Indonesia berkata penggunaan teknik dan motif batik rakyat Malaysia juga sebagai satu plagiat.
Bagaimanapun pakar batik Persatuan Warisan Indonesia, Judi Achjadi berkata pengiktirafan Unesco terhadap batik Indonesia tidak bermakna Malaysia yang memiliki tradisi pembuatan pakaian sendiri tidak mempunyai hak terhadap hasil seni itu yang turut tersebar ke seluruh Asia, Asia Barat dan Afrika.
ILHAM DARI PUTERA at 3:24:00 PM
Friday, October 02, 2009
Pengesport Senjata Dunia
Perjanjian Pertahanan dengan Brazil, Morrocco dan Saudi Arabia meningkatkan jualan senjata Perancis 13% daripada tahun 2008
ILHAM DARI PUTERA at 3:51:00 PM
Surah Yassin
Doa Yassin Terjemahan Bahasa Melayu
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, pujian yang memenuhi nikmat-nikmat-Nya dan sejajar dengan kurnia tambahan-Nya. Wahai Tuhan kami, kepadaMulah segala pujian sesuai dengan keagungan zat-Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu. Ya Allah, cucurkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
Ya Allah, dengan keberkatan surah Yassin serta Al-Quran yang penuh hikmah dan dengan berkat orang yang Engkau pilih untuk diutuskan risalah, kenabian, kewalian dan hidayah ke jalan-Mu yang lurus, juga keberkatan atas segala yang dibawa oleh Jibril daripada-Mu, iaitu Al-Quran dari Yang Maha Kuasa lagi Maha Penyayang.
Kami pohon keberkatan dengan khasiat huruf-huruf dan nama-nama yang sempurna serta dengan apa yang Engkau zahirkan penciptaan dari ayat-ayat keterangan yang nyata. Dan dengan kehalusan serta kelembutan-Mu yang menenangkan setiap keresahan dan membebaskan setiap yang terpenjara.
Wahai Tuhan yang mengalirkan setiap lautan dan semua mata air. Wahai Tuhan pemilikannya hanya antara huruf kaf dan nun(kun) dan yang mengetahui segala sesuatu yang belum berlaku. Kami pohon pada-Mu Ya Allah agar Engkau kurniakan kepada kami rezeki dengan keredhaan–Mu. Jadikanlah kami dan kurniakanlah tempat kami kebahagiaan dan kekayaan.
Engkau mudahkanlah segala hajat dan permintaan kami. Jadikanlah setiap seorang daripada kami di kalangan hamba-hamba-Mu yang sentiasa memperoleh kejayaan dan kemenangan. Janganlah Engkau jadikan kami golongan yang menagih rezeki dari orang lain. Ikatkanlah lidah orang yang memburuk-burukkan kami. Engkau pandulah kami dengan taufik-Mu. Jadikanlah keredhaan-Mu sebagai teman dan sahabat kami.
Anugerahkanlah kami dengan sifat kemulian dan kehebatan serta perkenankanlah doa kami dengan kadar segera. Ya Allah perkenankanlah doa kami. Jadikanlah harapan kami sebagai realiti dan masukkanlah kami ke dalam benteng anugerah-Mu yang kukuh, dengan rahsia firman-Mu: " Sesungguhnya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu hanyalah dengan Dia berfirman kepada perkara itu, jadilah! Maka ia terus jadi. Maka Maha Sucilah Tuhan yang dengan tangan-Nya kekuasaan memiliki dan menguasai segala sesuatu, dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan".
Maha Suci Tuhan yang melepaskan setiap yang terperangkap dalam hutang. Maha Suci Tuhan yang melepaskan setiap yang ditimpa dukacita. Maha Suci Tuhan yang pemilikan-Nya hanya antara huruk kaf dan nun. Maha Suci Tuhan apabila Dia menghendaki sesuatu memadai hanya dengan Dia mengatakan "jadi!" maka jadilah ia.
Wahai Tuhan yang menghilangkan dukacita, hilangkanlah. Wahai yang menghilangkan dukacita, hilangkanlah. Wahai yang menghilangkan dukacita, lenyapkanlah dari kami kesusahan, dukacita dan segala masalah kami. Wahai Tuhan yang Maha Hidup dan berdiri dengan sendiri.
Semoga Allah mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam
ILHAM DARI PUTERA at 3:39:00 PM
Tuesday, September 29, 2009
Cuti Hari Raya- Balik Kampung
Pertama kali pulang beraya tepat di pagi hari raya Ahad 20 September 2009. Sampai awal kg tepat jam 2 petang.
Rasa punya rasa macam kenal rasa kuih ni.
Roti John. Keistimewaan makanan Melaka. So Popular di sini. Sapa Tak makan rugi sedap gila. Kalau ibu kota ada Roti John berlauk. Kalau Perlis Roti John Telur. Kalau Melaka Pula ada roti John Sardin. The real Roti John. Dibawa oleh orang luar semasa menjajah Melaka. Telur sardin bawang mayonis cili di celup di permukaan dalam roti dan digoreng. Yang berlain nya adalah cili dan mayonis. Kena lah ubah mengikut selera orang melaka yang suka makan pedas.
Eyes of Malaysia. Terletak di tepi laut. Dikawasan yang ditambak. Pusing lima kali aja.














Menara Taming Sari. Terletak di sebelah Dataran Pahlawan.




ILHAM DARI PUTERA at 9:23:00 AM
Sunday, September 27, 2009
1.8 Billion Manusia
Mereka yang memeluk islam adalah di iktiraf sebagai golongan yang terbaik. Firman Allah dalam Surah Ali Imran :110 "Kamu adalah umat yang terbaik yang di lahirkan untuk manusia menyuruh kepada kebaikan dan menegah kepada kemungkaran dan beriman kepada Allah".
Islam paling berpengaruh di Timur Tengah, Benua Afrika utara dan termasuk beberapa negara di Asia. Komuniti minoriti terbesar di jumpai di China, semenanjung Balkan di Eropah Timur dan sebahagian Russia. Semuanya bertunas melalui kumpulan immigran muslim.
Hari ini terdapat kira2 1.8 billion uma islam yang berdaftar di pusat2 pendaftaran di seluruh dunia. Jumlah uma islam pula di katakan melebihi jumlah yang di nyatakan kerana terdapat umat islam baru yang tidak merekod , memaklumkan dan menukar nama atau agama baru merekan kerana takut akan prejudis gara2 'Islamicphobia'.
Kira2 20 peraus adalah dari tanah arab, 30 peratus dari negara India dan 15.6 peratus dari Indonesia.
Isu ini timbul apabila micheal jackson yang di katakan islam tidak menukar status agama barunya secara hitam putih dan persoalan imbul berapa banyak kah umat islam di dunia ini.
Islam adalah agama sejagat unuk semua manusia tanpa mengira bangsa, negara, bahasa dan warna kulit.
Jika kita mengucap dua kalimah syahadah maka islam lah kita.
ILHAM DARI PUTERA at 2:39:00 PM
Tuesday, September 15, 2009
Boikot Indonesia
Mereka memberontak, membakar bendera kita, dan sekarang cuba mencari rakyat Malaysia, bagi tujuan apa, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Jika kita rakyat Malaysia berfikir secara waras, cuba kita fikirkan semula apakah yang terjadi pada tahun 1998 sewaktu mereka menggulingkan Suharto? Sebagai rakyat Malaysia yang terkandas di Jakarta pada tahun 1998, dan seterusnya jika tanpa bantuan kedutaan kita, mungkin saya sudah lama tidak menghirup angin keamanan negara kita Malaysia. Oleh yang demikian, saya ingin menyarankan, sekiranya rakyat Indonesia itu sendiri yang bermati-matian mahu "membunuh" jiran mereka ini, saya cadangkan agar Malaysia mencari jalan supaya negara dan rakyat kita tidak dipijak seperti mana yang mereka fikirkan kita boleh dibuat begitu. Cadangan saya: 1. Boikot barangan import dari Indonesia untuk sementara waktu. 2. Boikot kedatangan pekerja asing dari negara itu sendiri untuk waktu yang tertentu, ataupun sampai rakyat mereka sedar, yang mereka sangat memerlukan Malaysia bagi menjana ekonomi mereka sendiri. 3. Jangan diperpanjangakan visa pekerjaan mereka selepas dua atau tiga tahun, ataupun visa mereka yang sudah tamat tempohnya dalam waktu ini. 4. Menteri Dalam Negeri/Luar Negeri harus memberikan taklimat yang betul dan menjelaskan perasaan rakyat kita sendiri terhadap sikap yang ditunjukkan oleh warga Indonesia. Jika kita mula melakukannya, saya pasti bahawa bukan sahaja negara Indonesia itu sendiri yang merasa peritnya, namun lebih perit lagi kepada rakyat mereka sendiri yang terutamanya sangat berharap kepada kekukuhan ekonomi Malaysia sebagai sumber pendapatan mereka dan keluarga di Indonesia. Kenapa kita mesti merasa takut dan masih berharap agar mereka sedar? Mereka ini tidak akan sedar, kerana dari pengalaman saya yang tinggal di negara itu selama enam tahun, perangai rakyat mereka yang datang dari kelas bawahan ataupun sangat miskin, sangatlah menggerunkan. Dan perlu diingat bahawa lebih dari 85 peratus rakyat Indonesia adalah dalam lingkungan dua kelas ini. Jika warga di pulau Bali sangat membenci "orang Indonesia" mereka sendiri (ingat pada Bali 2002 dan 2005?), nah kita rakyat Malaysia, fikirkanlah sendiri akibatnya. Jika kita sangat bangga jika dapat memboikot gergasi besar Amerika, mengapa tidak kepada Indonesia?.Tepuk dada tanya selera.
ILHAM DARI PUTERA at 11:45:00 AM
Friday, September 11, 2009
Alpha Epsilon (AEPi)
- Awal asasnya adalah untuk membantu lelaki yahudi mencari pasangan yahudi juga.
- Juga bertujuan untuk mengekalkan dan menguatkan hubungan sesama yahudi di sekolah tinggi dan sektor pekerjaan
- Menyiapkan yahudi Amerika untuk menjadi pemimpin masa hadapan.
- Berkait secara lansung melalui Ikatan Inisiatif Israel.
- Berkait rapat dengan pertubuhan yahudi yang lain seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish Hatorah, Chabadon on Campus, Hasbara Fellowship, B'inai Brith International, Shaare Zadek, Chai Lifeline, Holocoust Museum and Gift of Life.
ILHAM DARI PUTERA at 10:13:00 AM
Mark Zuckerberg
- Dilahirkan didalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester Country, New York.
- Majalah 'Time' telah mengiktirafkan Mark dalam ranking ke 52 sebagai tokoh paling berpengaruh dunia pada tahun 2008.
- Mark individu ke 321 terkaya di Amerika daripada 400 individu pada ahun 2008.
- Individu termuda yang pernah disenaraikan ketika usianya mencecah 24 tahun. Kekayaan sebanyak US$1.5 Billion.
- Termasuk di dalam Alumni AEPi.
ILHAM DARI PUTERA at 9:57:00 AM
Tujuh Wasiat Raja2 Melayu.
Bahawa pada tarikh 5 Ogos 1957, Duli-duli yang maha mulia Sembilan orang raja2 melayu sebagai raja pemerintah dari 4 buah negeri melayu bersekutu dan lima buah negeri melayu tidak bersekutu memberi perkenan menurunkan tanda tangan persetujuan kepada penubuhan Perlembagaan Tanah Melayu dengan memahat tujuh wasiat raja2 melayu.
“Kami mewasiatkan kepada zuriat keturunan kami perkara yang mana jika kami bersatu padu dan berpegang teguh padanya, selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera”.
Kami namakan dan panggil bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung sebagai Persekutuan Tanah Melayu.
Kami istiharkan dan kami simpan unuk kamu dan kami benarkan kamu isiharkan dan simpan untuk anak2 cucu kamu selain gunung ganang, hutan simpan, tanah simpanan melayu sehingga 50% dan selebihnya berebutlah bersama2 kaum lain.
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu. Selain unuk membeneras kekacauan dalam Negara dan ancaman dari luar Negara.
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja2 melayu memerintah negara ini.
Kami istiharkan islam adalah agama rasmi persekutuan.
Kami teapkan bahasa kebangsaan adalah bahasa melayu.
Kami amanahkan dan peranggungjawabkan kepada raja2 melayu untuk melindungi kedudukan isimewa orang melayu dan kepentingan sah kaum2 lain (bumiputera dan anak2 negeri Sabah dan Serawak).
Wasiat ini dihasilkan atas kehendak raja2 untuk mengekalkan kesinambungan sejarah kedaulatan dan kuasa politik melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil wakil sah
ILHAM DARI PUTERA at 9:35:00 AM
Thursday, September 10, 2009
The Lucky Laki - Superman
Reff:
Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku
Ayahku selalu berkata padaku
Laki-laki tak boleh nangis
Harus selalu kuat harus selalu tangguh
Harus bisa jadi tahan banting
Tapi ternyata sakitnya cinta
Buat aku menangis
Back to Reff:
Ayahku selalu memarahi aku
Jika jatuh air mataku
Kata ayah selalu air mata itu
Adalah tanda kelemahan
Tapi ternyata air mataku
Ternyata jatuh juga
ILHAM DARI PUTERA at 11:13:00 AM
Fenomina Facebook amat menular sekali di seluruh dunia. Siapa yang tidak menggunakan Facebook akan dilebelkan sebagai buta IT. Pada tahun 2008, pengguna Facebook mencecah 140 juta pengguna. Lantaran sambutan yang menggalakan itu Facebook menjana pendapatan sebanyak 300 juta pada tahun 2008.
Fenomina ini menyebabkan Facebook menjadi buruan pelabur dalam mencari ruang pelaburan baru. Pada tahun 2007, Microsoft telah membeli 1.6% kepentingan bernilai 240 juta. Syarikat Russia, Digital Sky Technologies pula melabur sebanyak 200 juta menjadikan nilai syarikat Facebook melonjak ke $US15 Billion
Blog majlis Fathul Hidayah mendedahkan pemilik sebenar Facebook. Facebook dimiliki oleh Mark Zuckerberg seorang graduan sains computer dari university Harvard Anak kepad pasangan yahudi Edward (doctor gigi) dan Karen Zuckerberg (pakar perubatan). Pada usia 11 tahun beliau telah mencipta permainan computer ‘Risk’ dan permainan musik ‘Synape’. Facebook dilancarkan di bilik asramanya pada 4 Febuari 2004 untuk menudahkan mahasiswa Havard berhubungan.
Semasa di Havard, beliau menjadi anggota Alpha Epsilon Pi (AEPi) yang aktif. Pertubuhan ini adalah pertubuhan persaudaraan mahasiswa yahudi di US. Keanggotaan hanya terbuka kepada bangsa yahudi yang belajar di university. Tujuan utama adalah untuk membina semangat kepimpinan di kalangan mahasiswa yahudi.
Facebook membenar penubuhan akaun baru yang menyokong terhadap ideology zionis, kewujudan Israel dan yang berkaitan. Yang tidak menyokong akan disiasat dan akhirnya di tutup akaunnya. Contohnya di Indonesia, Kumpulan Cyber Jihad yang diketuai oleh Muhhammad Jibriel ( Prince Of Jihad) akhirnya tidak diizinkan untuk melayari Facebook. (rujukan Eramuslim.com dan Arrahmah)
ILHAM DARI PUTERA at 10:58:00 AM
keganasan dunia dan jihad islam
THAILAND: Jihad Menentang Pekerja Binaan Yang Beragama Buddha. Dilaporkan pada 11 June 2009,(Reuters). Seorang pekerja binaan yang beragama Buddha telah dibunuh oleh pengganas Islam di Yala dan meninggalkan nota yang berbunyi, “Kamu membunuh orang yang tidak berdosa oleh itu terpaksalah kami membunuh orang orang kamu . Penekanan berita ini adalah pembunuhan seorang pekerja binaan Buddha dan nota yang mengatakan orang Buddha ini bersalah sedangkan orang islam tidak bersalah.
Penonjolan media barat terhadap orang orang islam yang dibesar2kan sebagai gerakan jihad islam menentang orang bukan islam yang melakukan keganasan melampau sehingga menyebabkan kehilangan nyawa yang banyak.
Prasangka dan laporan media barat yang berat sebelah dan tidak mengandungi fakta2 yang berlaku di Thailand iaitu ketika pembunuhan begitu banyak orang islam dalam majid berbanding seorang pekerja binaan Buddha.
Pembunuhan seorang pekerja binaan beragama Buddha ini sebernarnya dilakukan setelah berlaku tragedy pembunuhan kejam terhadap orang islam yang sedang bersembahyang di masjid yang membunuh sekurang2 10 jemaah yang sedang menunaikan sembahyang tetapi media barat memilih menonjolkan pembunuhan kejam lelaki buruh binaan Buddha dan melupakan pembunuhan di masjid.
Jihad telah di sempit maknanya kepada peperangan senjata semata2 untuk membunuh orang kafir dengan mengambil ayat2 perang dalam al-quran. Secara dasarnya memberi gambaran kasar mengenai kewajiban berperang dan langka2 yang perlu diambil ketika berperang. Yang menyedihkan lagi apabila ada ayat2 al-quran yang diambil sedikit mengikut sesedap rasa sahaja.
ILHAM DARI PUTERA at 10:53:00 AM
Islam Semakin Lemah
September memang sinonim dengan dengan tragedi 9/11 yang bukan sahaja meranapkan lambang atau kemegahan US, World Trade Center. Kejadian ini turut meningkatkan pandangan serong terhadap umat islam sedunia.
Tarikh ini menjurus kepada pelebelan berterusan umat islam selaku pengganas tanpa mengira bangsa, Negara dan warna kulit. Asalkan islam, nama ‘Pengganas’ akan keluar dari mulut mereka.
Mereka melihat islam dari sudut yang cukup jahat sekali. Asalkan terdapat nama arab atau islam tentu akan dikuarantine dahulu.
Di Xianjiang China pula, etnik Uighur pula dibunuh dan didiskriminasi dari pelbagai segi seperti hak, ekonomi, kehidupan serta amalan ibadah sebagai muslim. Apabila Negara islam ingin masuk campur atau membantu untuk menyelesaikan masalah, kerajaan China pula menjawab “Ini urusan Negara kami, Usah masuk campur”.
Ini tidak termasuk isu2 lama seperti penerbitan karikatur Nabi, penindasan rakyat islam Thailand di selatan Thailand, Islamicphobia, penahanan umat islam tanpa bicara di Teluk Guantanamo Bay, serangan ke atas Iraq dan Afganistan dan lain-lain. Semuanya adalah bagi memburukkan dan menjatuhkan nama islam.
Ditambah lagi dengan orang islam yang terlalu mengikut telunjuk barat tanpa mengira apakah kesannya terhadap islam.
ILHAM DARI PUTERA at 9:41:00 AM
















