Bahawa pada tarikh 5 Ogos 1957, Duli-duli yang maha mulia Sembilan orang raja2 melayu sebagai raja pemerintah dari 4 buah negeri melayu bersekutu dan lima buah negeri melayu tidak bersekutu memberi perkenan menurunkan tanda tangan persetujuan kepada penubuhan Perlembagaan Tanah Melayu dengan memahat tujuh wasiat raja2 melayu.
“Kami mewasiatkan kepada zuriat keturunan kami perkara yang mana jika kami bersatu padu dan berpegang teguh padanya, selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera”.
Kami namakan dan panggil bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung sebagai Persekutuan Tanah Melayu.
Kami istiharkan dan kami simpan unuk kamu dan kami benarkan kamu isiharkan dan simpan untuk anak2 cucu kamu selain gunung ganang, hutan simpan, tanah simpanan melayu sehingga 50% dan selebihnya berebutlah bersama2 kaum lain.
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu. Selain unuk membeneras kekacauan dalam Negara dan ancaman dari luar Negara.
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja2 melayu memerintah negara ini.
Kami istiharkan islam adalah agama rasmi persekutuan.
Kami teapkan bahasa kebangsaan adalah bahasa melayu.
Kami amanahkan dan peranggungjawabkan kepada raja2 melayu untuk melindungi kedudukan isimewa orang melayu dan kepentingan sah kaum2 lain (bumiputera dan anak2 negeri Sabah dan Serawak).
Wasiat ini dihasilkan atas kehendak raja2 untuk mengekalkan kesinambungan sejarah kedaulatan dan kuasa politik melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil wakil sah
KELUARGA BAHAGIA DANNY X-FACTOR
10 hours ago