September memang sinonim dengan dengan tragedi 9/11 yang bukan sahaja meranapkan lambang atau kemegahan US, World Trade Center. Kejadian ini turut meningkatkan pandangan serong terhadap umat islam sedunia.
Tarikh ini menjurus kepada pelebelan berterusan umat islam selaku pengganas tanpa mengira bangsa, Negara dan warna kulit. Asalkan islam, nama ‘Pengganas’ akan keluar dari mulut mereka.
Mereka melihat islam dari sudut yang cukup jahat sekali. Asalkan terdapat nama arab atau islam tentu akan dikuarantine dahulu.
Di Xianjiang China pula, etnik Uighur pula dibunuh dan didiskriminasi dari pelbagai segi seperti hak, ekonomi, kehidupan serta amalan ibadah sebagai muslim. Apabila Negara islam ingin masuk campur atau membantu untuk menyelesaikan masalah, kerajaan China pula menjawab “Ini urusan Negara kami, Usah masuk campur”.
Ini tidak termasuk isu2 lama seperti penerbitan karikatur Nabi, penindasan rakyat islam Thailand di selatan Thailand, Islamicphobia, penahanan umat islam tanpa bicara di Teluk Guantanamo Bay, serangan ke atas Iraq dan Afganistan dan lain-lain. Semuanya adalah bagi memburukkan dan menjatuhkan nama islam.
Ditambah lagi dengan orang islam yang terlalu mengikut telunjuk barat tanpa mengira apakah kesannya terhadap islam.
KELUARGA BAHAGIA DANNY X-FACTOR
9 hours ago