Fenomina Facebook amat menular sekali di seluruh dunia. Siapa yang tidak menggunakan Facebook akan dilebelkan sebagai buta IT. Pada tahun 2008, pengguna Facebook mencecah 140 juta pengguna. Lantaran sambutan yang menggalakan itu Facebook menjana pendapatan sebanyak 300 juta pada tahun 2008.
Fenomina ini menyebabkan Facebook menjadi buruan pelabur dalam mencari ruang pelaburan baru. Pada tahun 2007, Microsoft telah membeli 1.6% kepentingan bernilai 240 juta. Syarikat Russia, Digital Sky Technologies pula melabur sebanyak 200 juta menjadikan nilai syarikat Facebook melonjak ke $US15 Billion
Blog majlis Fathul Hidayah mendedahkan pemilik sebenar Facebook. Facebook dimiliki oleh Mark Zuckerberg seorang graduan sains computer dari university Harvard Anak kepad pasangan yahudi Edward (doctor gigi) dan Karen Zuckerberg (pakar perubatan). Pada usia 11 tahun beliau telah mencipta permainan computer ‘Risk’ dan permainan musik ‘Synape’. Facebook dilancarkan di bilik asramanya pada 4 Febuari 2004 untuk menudahkan mahasiswa Havard berhubungan.
Semasa di Havard, beliau menjadi anggota Alpha Epsilon Pi (AEPi) yang aktif. Pertubuhan ini adalah pertubuhan persaudaraan mahasiswa yahudi di US. Keanggotaan hanya terbuka kepada bangsa yahudi yang belajar di university. Tujuan utama adalah untuk membina semangat kepimpinan di kalangan mahasiswa yahudi.
Facebook membenar penubuhan akaun baru yang menyokong terhadap ideology zionis, kewujudan Israel dan yang berkaitan. Yang tidak menyokong akan disiasat dan akhirnya di tutup akaunnya. Contohnya di Indonesia, Kumpulan Cyber Jihad yang diketuai oleh Muhhammad Jibriel ( Prince Of Jihad) akhirnya tidak diizinkan untuk melayari Facebook. (rujukan Eramuslim.com dan Arrahmah)
KELUARGA BAHAGIA DANNY X-FACTOR
9 hours ago