Imam Mahdi Dan Senario Sejagat
DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN SELAIN DARI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MEMESAN DIANTARA SATU SAMA LAIN DENGAN KEBENARAN SERTA MEMESANKAN SATU SAMA LAIN DENGAN KESABARAN - AL QURAN SURAH AL ‘ASHR 1-3
PROLOG
Negara baru akan parah pada tahun 19 dan 97,Penduduk meratap belas kasihan dan maut berterusan,Bahang musim panas dan taufan mengganas di bulan September,Penduduk tidak dapat lari dan puluhan ribu akan mati.- Michael de Nostradame @ Nostradamus (1503 – 1566)
Firasat:
1. Dalam tahun 1997; Asean, di antaranya yang meliputi Malaysia, Thailand dan Singapore sebagai negara-negara rantau Asia Tenggara bilamana Indonesia mengalami kegawatan ekonomi paling teruk dan kacau bilau yang menumbangkan regim Suharto pada awal tahun 1998.
2. Penduduk negara dunia ketiga dan membangun meratap belas kasihan lantaran kemarau yang diakibatkan oleh fenomena El Nino di bahagian Asia Timur dan Asia Selatan manakala La Nina mengganas di bahagian Amerika Latin.
3. Bencana El Nino bermula seawal tahun 1997 dengan kemuncaknya di bulan September 1997 apabila kemarau hebat melanda Indonesia dan juga Malaysia termasuk negara-negera rantau Asia Tenggara. Krisis air juga berlaku di banyak negara. Jerebu tebal pula meliputi keseluruhan AsiaTenggara dari Mac hingga Oktober 1997.
4. Bulan Ogos 1998, fenomena La Nina yang menyebabkan banjir besar melanda China, ribuan terkorban. Amerika Syarikat dilanda taufan Bonnie pada 25 Ogos. Angka kematian pun terus bertambah!
5. Kematian pun berterusan bersilih ganti tanpa penghabisan!! FENOMENA CAKERAWALA
Ribuan tahun dahulu apabila sesebuah komet yang menyerupai thi bintang melintasi langit, orang yang melihatnya akan menggigil ketakutan. Menurut mereka, sebuah bebola api yang turun dari langit itu menandakan kemarahan tuhan atau dewa-dewa mereka.
Ketika kedatangan agama Kristian pun, komet dianggap sebagai bad omen atau BALA yang bererti petanda buruk. Misalnya pada tahun 1066, Raja Harold dari keturunan Saxon telah dikalahkan oleh William the Conqueror, Penakluk Normandy dari Perancis ketika peperangan Hasting dan England jatuh ke tangannya. Kemenangan William adalah sejurus selepas sebuah komet lalu di ruang angkasa negara itu dalam jarak yang paling hampir dengan bumi pada ketika itu. Komet itu adalah Halley yang dianggap sebagai bala bagi Raja Harold.
Sejarah kaum Aztec di Mexico juga ada mencatatkan kedatangan “butiran jagung yang menyala” iaitu sebuah komet pada tahun 1517 yang menjadi petanda kepada kejatuhan Montezuma II, Raja Aztec pada tahun 1520 sebaik saja penyerahan empayarnya kepada conquistadores(penjajah) Sepanyol, Hernan Cortes. Konon-kononnya kejatuhan diktator Ferdinand E. Marcos, pemerintah Filipina setelah memerintah selama dua puluh tahun juga bertepatan dengan kedatangan komet Halley dalam tahun 1986.
Sementara itu dalam tahun 1996 kedatangan Komet Hyakutake malahan pada tahun 1997 kedatangan Komet Hale-Bopp telah menjadi dua fenomena cakerawala sebagai petanda kegawatan ekonomi dan jerebu tebal di Asia Tenggara sambil menyaksikan tumbangnya presiden terlama yang memerintah Indonesia selama 32 tahun iaitu Suharto. Apakah semuanya kebetulan belaka? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui! Kita telah sedia membaca sejarah manusia bahawa komet bahkan beberapa jasad cakerawala lain memberi petanda kepada kejatuhan banyak tamadun (Crash of Civilization) yakni China, Babylon, Rom dan Parsi sebelumnya. Bolehkah dipercaya fakta sebegini sedangkan Rasulullah SAW telah berpesan bahawa kemangkatan puteranya Ibrahim bukanlah kerana gerhana matahari cincin pada hari Isnin, 27 Januari 632 Masehi bersamaan dengan 29 Syawal 10 Hijrah pada jam 9.45 pagi waktu tempatan Jazirah Arab. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui! Tidak dijadikan oleh-Nya sebarang petanda melainkan dengan hikmah-Nya jua. Apatah lagi jika kita menginsafi bahawa sesetengah petanda merupakan amaran Allah ke atas umat manusia.
Justeru, barangkali kedatangan komet bahkan gejala samawi bukanlah setakat sebagai lambang petunjuk terhadap kejahatan manusia tetapi juga rahmat bagi manusia yang beriman kepada-Nya! Manusia amat tidak mengetahui sesuatu peristiwa yang tersirat di sebalik suratan takdir yang direncanakan oleh Tuhan. Manusia hanya meramal walau ketentuan belum pasti kerana menjadi hak-Nya untuk menentukan sejarah manusia itu sendiri walaupun manusia diberikan ikhtiar dalam menjalani kehidupan sebagai bukannya mengharapkan takdir semata-mata.
Walaupun kedatangan komet-komet pada zaman moden ini tidak dianggap menakutkan sesiapa tetapi sindrom ketakutan itu masih ada bagi sebilangan kaum yang mempercayainya. Bagi peminat astronomi, senarionya berlainan kerana mereka mengkaguminya dan menganggap sebagai salah satu dari sekian banyak fenomena cakerawala yang patut diambil tahu dan diselidiki. Sekarang kita melihat banyak faktor lain yang menyebabkan beberapa kuasa besar yang cuba mendominasi dunia mengambil iktibar dari gejala samawi atau dalam kata lain yang lebih tepat ialah bagaimana menggunakan kuasa alam semesta atau “Kuasa Kosmos”. Kenapakah tarikh 20 Mac 2003 dipilih oleh Pentagon untuk mengisytiharkan perang ke atas Iraq?
Cuba lihat fakta ini:
Lokasi: Washington DC lat.: 38d53'52" Utara long.: 77d02'13" Barat
#Pada jam 4:35 am EST (US) atau 9:35:30 UT atau 5:35 pm Malaysia Standard Time
Planet Marikh berada 19 darjah 00 minit 19 saat di azimuth 144 darjah 52 minit 02 saat. Serangan telah dilancarkan tepat pada jam 5.35 pm waktu Malaysia. Sudut Planet Marikh berada 19 darjah adalah saat pelancaran peluru berpandu ke atas Iraq bermula. Kenapa 19 darjah? Sebabnya mudah, geometri Washington DC adalah 19 darjah sebagai lambang Zionis dan sebagai syarat mutlak kemenangan ke atas Iraq!! Itulah waktu kuasa kosmos yang sangat dipercayai oleh golongan Yahudi / Zionis Amerika dan Israel.
Bukan satu rahsia lagi bahawa permainan justifikasi 'kuasa kosmos' telah digunakan oleh kuasa besar untuk mencapai wawasannya ke atas Negara lain tanpa sebarang rasa sedar oleh kebanyakan umat Islam sedangkan bangsa Yahudi sangat mempercayainya dan sentiasa mencuba dalam segala perkara untuk membuktikan kekuatan kuasa kosmos ini.
Peristiwa bersegarisnya Musytari, Marikh dan planet-planet lain walaupun dikatakan tidak menyusuli apa-apa kejadian luar biasa, yang tidak pun pula menawarkan spekulasi baru tentang ijtimak (conjunction of planets) bagi matahari, bulan dan lima planet-planet dalam konstelasi Aries sepertimana yang telahpun berlaku pada 5 Mei 2000 lalu, akan tetapi para pengkaji barat (westerners) tetap juga berasa takut kalau-kalau tanda-tanda kelangitan sebegitu (bersegarisnya planet-planet itu) adalah bersusur-galur dari konjungsi planetari dalam buruj Aquarius dalam tahun 24 Mac 1345 yang diikuti dengan wabak maut (Black Death) yang membunuh sepertiga dari populasi Eropah pada waktu itu!
Adakah wabak yang pembunuh iaitu SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome: Sindrom Pernafasan Yang Teruk) yang melanda dunia (China, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Kanada) pada tahun 2003 ini adakah juga boleh dihubungkaitkan dengan ijtimak planet-planet suria 5 Mei 2000 pada tiga tahun yang lalu itu?
Tidak lama lagi iaitu pada tanggal 27 Ogos 2003 akan berlaku perihelia planet Marikh yang termasyhor dalam sejarah umat manusia. Apa tidaknya, perihelia ini belum lagi pernah berlaku dalam ribu-ribuan tahun lampau semenjak kewujudan tamadun manusia lagi! Apakah yang akan ditunjukkan oleh fenomena perhelia Marikh 2003 ini? Telah tersebar khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa peristiwa gerhana matahari 25 Oktober 2003 dan gerhana bulan 9 November 2003 sempena awal dan pertengahan Ramadhan 1424 yang mana kedua-duanya dapat dilihat di Mekah adalah petanda kepada ketibaan Imam Mahdi Muntazar (Yang Di Tunggu-tunggu). Semuanya merupakan kebarangkalian yang tidak diketahui benar atau tidak walaupun telah sekian lama umat Islam mempunyai anggapan yang demikian tetapi Imam yang diharap tidak pernah kunjung jelma. Apa pun, tahun 2003 adalah tahun yang besar bagi gejala falak untuk para peminat falak seantero dunia dari barat hingga ke timur yang seakan-akan tidak sabar menantinya.
Monday, September 27, 2010
Imam Mahdi
ILHAM DARI PUTERA at 5:16:00 AM