Gereja (Westboro Babtist) yang sama yang menganjurkan 'No Homo Mayor' turut menganjurkan Hari Membakar Al - Quran Atarabangsa pada ulang tahun ke 9 serangan pengganas ke atas World Trade Center di New York 11 September 2001. Upacara ini dianjurkan oleh Dove World Outreach Center. Diumumkan oleh Terry Jones pada Julai 2010 di gereja kristian di Gainesville, Florida disokong oleh isterinya Sylvia.
Dove World Outreach Center adalah perjumpaan kecil di Gainesville, Florida yang mempunyai ahli sebanyak 50 orang ahli. Gereja ini banyak mengeluarkan kenyataan mengenai islam dan anti Lesbian Gay Biseksual Transseksual (LGBT). Pada 2009, Dove World mengeluarkan 'surat merah' bertulis islam adalah berinspirasi dari syaitan. Pengikut pengikut mereka turut mengenakan baju tertulis Jesus adalah penyelesai masalah anda dan hidup anda kepada anak mereka.
Tambahan lagi gereja ini mengatakan bahawa Koran adalah sumber yang diinspirasikan dari syaitan.
Terry Jones mengeluarkan kenyataan bahawa islam adalah ganas dan agama yang cuba menyelindung agama nya dari sifat sebenar dengan mengatakan bahawa agama yang membawa keamanan dan ingin menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling.
Gereja ini juga mengeluarkan petanda kontroversi bahawa islam adalah agama syaitan. Islam agama syaitan adalah tajuk kepada buku yang telah diterbit.
Gereja akan membakar Koran (buku suci umat islam) pada 11 Sepember 2010 jam 6 pm - 9 pm. Upacara membakar Koran adalah simbolik kepada memperingati mangsa mangsa yang terkorban di Dalam WTC dan yang terlibat secara lansung atau tidak secara lansung.
Balai Bomba Gainesville tidak memberi permit untuk membakar Al-Quran dimana pembakaran terbuka buku adalah tidak dibenarkan di bandar untuk mengurangkan pencemaran. Pihak gereja akan meneruskan upacara ini walaupun didenda.
Mereka juga mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa Jesus Christ adalah solusinya. Orang ramai perlu mencari kebenaran yang terdapat di dalam Bible.
Ramai yang menjangkakan bahawa upacara ini akan menjadi sebagai upacara yang berjaya seperti 'Hari Melukis Potret Muhammad'.Walaubagaimanapun, upacara ini ditentang oleh ahli politik, puak puak yang mewakili agama dan orang kebanyakkan.
National Association of Evangelicals mengumumkan bahawa upacara ini disokong untuk dibatalkan.
Sekutu Terry Jones German Evangelical Alliance bersifat berkecuali dalam soal ini. John Rankin, Presiden Theological Education Institute di Connecticut mengeluarkan slogan "Yes to the Bible, No to the Burning of the Qur'an". beliau juga menggalakkan dialog antara agama dan menyeru umat kristian menolak upacara ini.
Ahmadiyya Muslim Community juga mempersoalkan sama ada Dove World Outreach centre mengikiu ajaran agama kristian yang sebenar dimana tolerence dan kasih sayang.
Bagi ketua angkatan tentera Amerika Di Afganistan beranggapan bahawa tindakan ini akan menguatkan lagi Taliban bagi mendapatkan sokongan orang orang islam di Afganistan. Semangat benikan Amerika akan membuak buak.
Kedutaan Amerika di Kabul mengeluarkan kenyataan mengkritik rancanagan membakar Al-Quran.
Juru cakap Vatican mengatakan bahawa membakar Al-Quran adalah satu tindakan yang melampau dan mengeluarkan kenyataan bahawa Tidak ada yang boleh membakar Al-Quran pada Hari itu.
Thursday, September 09, 2010
Hari Membakar Al - Quran
ILHAM DARI PUTERA at 9:33:00 AM