Mencari Hasil Ilmu

Tuesday, July 14, 2009

Manifesto Pembangkang

Mula2 aku ingat manifesto kerajaan tapi pembangkang punya. Kakakakakaakakaka. Pilihan raya umum ke 12.

Sunday, July 12, 2009

ASAL USUL HARI IBU

Sejarah hari ibu telah dikenal pasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa A.S atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Jadi, apakah hukumnya kita sebagai umat islam menyambut Hari Ibu ni? Hari Bapa pula, bagaimana??

Paderi Dedah Rahsia

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
” LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN“
Hayati kandungannya

Bismillahirrahmanir rahim.

Artikel ni agak panjang, tapi banyak pengetahuan dan manfaat untuk kita, insya Allah… Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya.

Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika , dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani.. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan- jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka..

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ” Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.” Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, “Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ” Barulah pemuda ini beranjak keluar.


Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, “Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?” Paderi itu menjawab, “Dari tanda yang terdapat di wajahmu.” Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim
itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, “Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ” Si pemuda tersenyum dan berkata, “Silakan!”

Sang paderi pun mulai bertanya,

“Sebutkan satu yang tiada duanya,
dua yang tiada tiganya,
tiga yang tiada empatnya,
empat yang tiada limanya,
lima yang tiada enamnya,
enam yang tiada tujuhnya,
tujuh yang tiada delapannya,
delapan yang tiada sembilannya,
sembilan yang tiada sepuluhnya,
sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
sebelas yang tiada dua belasnya,
dua belas yang tiada tiga belasnya,
tiga belas yang tiada empat belasnya.”

“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!”

“Siapakah yang tercipta dari api,
siapakah yang diazab dengan api dan
siapakah yang terpelihara dari api?
Siapakah yang tercipta dari batu,
siapakah yang diazab dengan batu dan
siapakah yang terpelihara dari batu?”

“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca “Bismillah.. .” dia berkata, -Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ” Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).” (Al-Isra’: 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa
ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s..w.t.
berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ” Dan malaikat- malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim
paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s..w.t.
berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat
dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, “Pukullah batu itu dengan tongkatmu.” Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.” (Al- Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf
ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah
waktuSubuh. Allah s.w.t.. berfirman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. ” (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus
AS...

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah
saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba
dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan
serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, “Tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku.

Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Yusuf:9

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.
Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara
keldai.” (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,
Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim..

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api
ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu
Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.


Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, “Apakah kunci syurga itu?”

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti
keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan
kekuatirannya, namun tidak berhasil.

Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab
pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, “Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya
dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi *****a satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! “

Paderi tersebut berkata, “Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”

Mereka menjawab, “Kami akan jamin keselamatan anda. “

Paderi pun berkata, “Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa
Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. “
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk
agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**

NOTA:

Ini merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur’an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu
(kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke
telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian
tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. *****a, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.

PERTEMUAN MENARIK MENGENAI BABI"

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Hal ini penting untuk diketahui, terutama oleh pemuda-pemuda kita yang sering pergi ke negara-negara Eropah dan Amerika di mana daging babi adalah makanan asas dalam hidangan mereka. Dalam kesempatan ini, saya fikir kembali kejadian yang berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis.

Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram,kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada.Kerana babi diternak dalam peternakan modern, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi..

Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteria dan mikroba lainnya.? "Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina mengetahui hal itu, mereka bertanya, " Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, " Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia.

" Mereka memenuhi apa yang beliau pinta.. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.

Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.

Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh ghirah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya.

(bersifat kebabian tuh... ishh)

100 Hari "banyak negative".

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pentadbiran Datuk Seri Najib Razak "lebih banyak yang negatif daripada yang positif".

Tambahnya, ia berdasarkan penilaian peribadinya terhadap pentadbiran Najib yang genap 100 hari esok.

Bercakap kepada pemberita di PWTC hari ini, Dr Mahathir berkata, yang negatifnya termasuklah cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Johor dan Singapura.

Bercakap selepas menyampaikan ucap utama program "Wacana Kedudukan Institusi Beraja dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dari Perspektif 1Malaysia" yang diadakan secara tertutup, Dr Mahathir ditanya sama ada pentadbiran Najib telah membuat kajian mengenai cadangan pembinaan jambatan tersebut.

Menurutnya, pembinaan jambatan berkenaan tidak boleh menyelesaikan masalah kesesakan di Johor Bahru.

Satu perkara lagi yang dianggap negatif, menurut Dr Mahathir lagi, ialah pelantikan orang yang korup dalam pentadbiran Najib.

Ditanya mengenai perkara positif mengenai pentadbiran Najib, beliau berkata: "Yang positif ialah Najib berjumpa ramai orang dan dia tidak tidur malam."

Jawapannya disambut dengan gelak ketawa para hadirin.

Masa depan orang Melayu

Ketika ditanya mengenai nasib orang Melayu di negara ini, Dr Mahathir berkata, ianya bergantung kepada orang Melayu sendiri.

“Mereka harus bertindak untuk orang Melayu tetapi lima tahun pentadbiran (Perdana Menteri) Tun Abdullah Ahmad Badawi rosak semua - rakyat, ekonomi, kewangan dan parti-parti BN.

“Tetapi saya tidak dengar orang Melayu komplen terhadap Tun Abdullah,” katanya.

Mantan perdana menteri itu berkata, orang Melayu hari ini tidak puashati kerana dituduh menjadi penghalang perpaduan, pertumbuhan ekonomi dan sebagainya.

Katanya, mereka bimbang apa yang akan berlaku kepada mereka nanti dan mereka harus tahu apa yang akan berlaku dalam negara mereka sendiri.

Dr Mahathir juga berkata, parti pembangkang tetap diperlukan untuk menegur kerajaan jika membuat salah.

“Tidak pedulilah DAP atau PAS, kita perlukan pembangkang kerana orang kita tidak tegur walaupun kerajaan buat tidak semuanya benar,” tambahnya.

Ketika diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan memansuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dr Mahathir berkata, sepanjang 38 tahun penggubalan dasar tersebut, ia menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang terbaik.

Sepatutnya, kata beliau, orang Melayu menggunakan DEB untuk kepentingan ekonomi mereka tetapi sebaliknya menyalahgunakannya.

Orang Melayu, katanya, menyalahgunakan lesen, kontrak dan permit import yang diluluskan (AP)

'DEB tidak salah tetapi yang salah (ialah) kerana orang yang menyalahkan lesen, kontrak dan AP itu,” katanya.

Saturday, July 11, 2009

SaguHati Kepada Rakyat

Saguhati diberikan kepada rakyat sempena 100 hari pemerintahan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6. Diumumkan pada ucapan beliau di Kuala Lumpur Covension Center (KLCC).

Pemberian Diskaun 20% kepada pengguna kad pra bayar SmartTag dan Touch 'N Go bermula 1hb September 2009

1. Pertamanya, kerajaan menyedari bayaran tol ke atas pengguna-pengguna jalan bertol boleh membebankan dalam keadaan ekonomi masa kini. Terutamanya "frequent users” ataupun pengguna yang kerap yang berpendapatan rendah, kerajaan perihatin tentang hal ini. Untuk itu, bagi meringankan beban pengguna lebuhraya yang menggunakan kad pra bayar Smart Tag dan Touch 'n Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, mereka akan layak menerima diskaun sebanyak 20%.

Pemberian diskaun ini adalah sebagai langkah sementara dan akan bermula pada 1 September 2009. Pengguna yang layak boleh menuntut diskaun tersebut semasa membuat tambah nilai di 136 Point of Sales (POS) di lebuhraya-lebuhraya utama dan di Ibu Pejabat Touch 'n Go Sdn. Bhd. Dalam tempoh 6 bulan selepas itu, kemudahan ini boleh didapati di mesin-mesin ATM dan stesen minyak utama atau agen yang dilantik di Semenanjung Malaysia.

Program Perumahan Rakyat

2. Keduanya, kerajaan komited menyediakan perumahan mampu milik di bawah Program Perumahan Rakyat untuk membantu golongan berpendapatan rendah mendiami rumah yang berkualiti dan mampu dimiliki.

Namun dasar semasa di Wilayah Persekutuan hanya membenarkan mereka menyewa rumah-rumah ini. Bagi mengatasi masalah ini dan untuk memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri, Kerajaan bersetuju untuk membenarkan rumah-rumah tersebut dibuka untuk penjualan bagi penghuni yang sedang menyewa. Jumlah rumah yang ditawarkan untuk tujuan penjualan ini adalah sebanyak lebih kurang 44,000 unit.

Peniaga dan penjaja kecil

3. Ketiganya, berkaitan peniaga dan penjaja kecil. Pada Sabtu 20hb Jun bertempat di Tanjung Karang, Selangor semasa majlis ramah mesra dengan gabungan persatuan penjaja dan peniaga kecil Melayu Malaysia, mereka telah memohon pengurangan sehingga 50% bayaran lesen bagi peniaga kecil dan penjaja. Hari ini, saya dengan sukacitanya mengumumkan semua 69,000 penjaja dan peniaga kecil di Wilayah Persekutuan akan menikmati potongan sebanyak 50% kepada pembaharuan dan lesen baru mereka yang berkuat kuasa serta merta. Ini bukan sedikit jumlah potongannya, ia melibatkan antara RM 10 hingga RM 700 setahun. Jadinya, saya menyeru agar kerajaan-kerajaan negeri yang lain juga mengambil langkah yang sama untuk mengurangkan beban para peniaga kecil dan penjaja semasa sebagai tanda kita prihatin terhadap mereka dalam menghadapi krisis ekonomi yang sedang melanda.

4. Selain itu keempat, secara umumnya ke seluruh Malaysia, kerajaan telah memperuntukkan RM 150 juta untuk skim TEKUN bagi faedah peniaga dan penjaja kecil. Manakala RM 15 juta lagi diperuntukkan khusus untuk kegunaan masyarakat India melalui program pembangunan usahawan muda mereka.


Penambahan pengeluaran permit teksi

5. Kelimanya, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menambah permit teksi kepada individu. Kita dapati pemberian permit sebegini akan memangkin motivasi pemilik teksi bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik serta memberi layanan yang lebih mesra kepada pelanggan. Setakat ini kerajaan telah memberikan lebih 7,000 permit teksi individu. Di sini, saya umumkan, jumlah permit ini akan ditambah sebanyak 3,000 lagi dalam masa tiga bulan akan datang. Walau apa pun, yang lebih penting mutu perkhidmatan haruslah ditingkatkan bersama dengan senyuman yang mesra.


Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Mencegah jenayah

6. Keenamnya, seperti yang saya sebutkan di awal tadi, salah satu bidang keberhasilan utama nasional (NKRA) yang telah dikenal pasti oleh pihak kerajaan adalah meningkatkan tahap keselamatan awam. Dalam hal ini, kerajaan komited untuk mengurangkan kadar jenayah antaranya yang berleluasa seperti ragut dan pencurian kenderaan. Perincian langkah-langkah pencegahan konkrit akan diumumkan pada penghujung bulan ini.

Pendaftaran kelahiran

7. Ketujuh, bersangkutan pendaftaran kelahiran. Saya sedar pendaftaran kelahiran merupakan satu isu yang dekat di hati rakyat terutamanya di Sabah dan Sarawak. Oleh itu, pihak Kerajaan akan terus mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat didaftarkan dengan kadar segera.

Untuk Sabah, semenjak 2005 sebanyak 36,000 permohonan pendaftaran telah diterima dan daripada jumlah tersebut 92% telah diluluskan. Manakala di Sarawak, semenjak tahun 2005 sebanyak 19,000 permohonan telah diterima dan daripada jumlah tersebut, 80% permohonan telah diluluskan.


Untuk itu, saya mahukan Unit Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) khususnya di Sabah dan Sarawak akan terus diperkemas bagi memberi bantuan dan kemudahan yang lebih luas kepada penduduk di pedalaman untuk mendaftarkan kelahiran anak mereka.

Kewarganegaraan

8. Kelapan, dalam hal kewarganegaraan, untuk makluman, jumlah permohonan yang tertangguh pada 1 November 2008 adalah sebanyak 34,000. Sehingga Jun 2009, sebanyak 46 peratus telah selesai dibuat keputusan. Usaha untuk menyelesaikan baki permohonan yang belum diputuskan akan dipergiatkan lagi dengan sasaran penyelesaian sepenuhnya pada penghujung tahun ini.

Dalam pada itu, pihak Kerajaan juga akan menyegera dan mempertimbangkan permohonan Permit Masuk untuk membolehkan pemohon mendapat taraf Penduduk Tetap. Sehingga 2008, sebanyak 34,000 permohonan Permit Masuk diterima oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan sebanyak 41 peratus telah diluluskan.

Infrastruktur Luar Bandar

9. Kesembilannya, selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menambah baik connectivity dan akses kepada kemudahan asas, pelaksanaan program people centric seperti jalan luar bandar dan kemudahan bekalan elektrik dan air akan dipertingkatkan terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Jalan Luar Bandar

10. Kesepuluh, kerajaan akan menggandakan pembinaan jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak daripada 750 kilometer yang dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-9 kepada 1,500 kilometer dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 dan di Semenanjung Malaysia, kerajaan akan meningkatkan pembinaan rangkaian jalan demi kemudahan rakyat.


Bekalan Air dan Elektrik di Sabah dan Sarawak

11. Kesebelas, bersangkutan liputan bekalan air yang boleh diminum kini berada pada tahap 52% di Sabah dan 61% di Sarawak. Liputan ini akan ditambah menjadi sekurangnya 80% menjelang tahun 2015. Manakala, penekanan yang sama juga akan diberikan kepada liputan bekalan elektrik. Sasaran dan KPI untuk peningkatan ini akan dikemukakan pada hujung bulan ini.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

12. Perkara yang kedua belas berkaitan lesen memandu. Sesungguhnya generasi muda adalah taruhan masa depan negara. Kerajaan amat memahami bahawa generasi muda adalah generasi yang idealistik dan mempunyai aspirasi, citarasa serta gaya hidup yang tersendiri. Dunia mereka adalah dunia internet, hiburan dan bersosial sesama mereka di tempat-tempat yang popular. Ini termasuklah kemampuan untuk mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat tanpa melibatkan kos yang tinggi. Makanya, motosikal menjadi mod pengangkutan pilihan sebilangan besar anak muda.

Namun begitu, berdasarkan kepada maklumat jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), hanya 6 juta pemegang lesen memandu motosikal kelas B2 yakni 250cc ke bawah.Ini bermakna ramai yang menunggang motosikal tanpa memiliki lesen memandu. Rata-rata terdiri dari anak muda yang berkapcai ke hulu dan ke hilir.

Masalahnya, saya dapati kos mendapatkan lesen memandu adalah tinggi iaitu di antara RM500 sehingga RM700. Sehubungan ini, sebagai kerajaan yang memahami naluri anak muda, kita memutuskan untuk membantu secara keseluruhan pengguna motosikal mendapatkan lesen memandu mereka dengan mengurangkan kadar bayaran belajar dan kadar lesen memandu. Ini tidak akan menjejaskan kompitensi di mana ujian kelayakan masih lagi dikekalkan. Saya gembira, institut memandu menyambut baik hasrat kerajaan dan telah bersetuju mengurangkan caj bayaran latihan kepada sebanyak RM211. Inisiatif baru ini akan berkuatkuasa mulai 1 September 2009 sempena bulan kemerdekaan.


Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Amanah Saham Wawasan untuk golongan miskin di Bandar

13. Akhir sekali yang ketiga belas, dalam rangka untuk meratakan kemakmuran Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk Skim Amanah Saham Wawasan terutamanya bagi golongan miskin tegar di bandar. Skim ini bertujuan untuk meringankan bebanan mereka terutama di hujung tahun bagi menampung keperluan persekolahan anak-anak. Menjelang 2010, seramai 20,000 isi rumah miskin tegar di bandar akan diberi sebanyak 10,000 unit untuk isi rumah di bawah senarai E-Kasih.

Selaras dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk melabur, kerajaan telah bersetuju bagi PNB untuk menubuhkan satu lagi tabung unit amanah baru iaitu "Amanah Saham 1Malaysia (AS 1MALAYSIA)”. Tabung unit amanah baru yang akan dilancarkan tidak lama lagi ini akan dibuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan akan mempunyai saiz sehingga 10billion unit tertakluk kepada permintaan semasa.

Penubuhan tabung unit amanah baru pada ketika ini adalah sesuai selaras dengan jangkaan pemilihan ekonomi dalam tempoh separuh tahun kedua tahun ini. Tabung ini dijangka akan memberi peluang pelaburan kepada pelabur untuk menikmati pulangan pendapatan yang berpatutan dalam tempoh jangka panjang.

* Sumber dari http://www.1malaysia.com.my.

Thursday, July 09, 2009

Mempromosi Negeri Perlis



Negeri yang kecil ini mempunyai populasi sebanyak 210,000.Ethnic composisi terdiri daripada Melayu (174,805, 79.74%), Chinese (21,058, 9.6%),Indian (2,658, 1.21%)dan Lain2 (20,690 or 9.45%.

Pusat bandar negeri perlis adalah di kangar dan bandar diraja adalah Arau. Bandar lain yang penting adalah Jejawi, Padang besar (bandar sempadan diantara Malaysia dan Thailand), Kuala Perlis(Terminal ferry utama,port pengakapan ikan).

Sejarahnya, Perlis berasal dari sebahagian dari negeri Kedah. Selepas Siam menawan Kedah pada 1821. Pada tahun 1842, Sultan Kedah bersetuju menerima persetujuan Siam untuk memisahkan Perlis daripada Kedah dan Satun ke tangan Siam.Syed Hussain Jamalulail anak kepada Hadhrami Arab immigrant(father side) dan ibunya cucu keturunan sultan Kedah menjadi sultan Kedah yang pertama. Semua Keturunan yang diperintah digelar raja bukan nya sultan.

Walaupun negeri Nya kecil tapi tempat untuk melawat terlalu banyak. Banyak lagi kawasan yang tak di senarai dalam klip tersebut.

Wednesday, July 08, 2009

Rosak Rosak

Kisah mengenai komuter yang rosak di Batu Tiga pada hari selasa jam 3 petang. Terpaksa tunggu satu jam untuk tren yang berikutnya. Susah betul.


Tren yang rosak dan spoil kan perjalanan hari aku. Rosak depan aku lak tu.


Untuk kurangkan marah disebab kan Tren yang rosak itu, tangkap gambar dan cerita benda2 yang lucu. Baru hilang marah tu.



Banyak orang yang tergendala disebab kan tren yang rosak itu. Dah lah panas giler. Sesak pulak tu.





Tapi akhir nya, tesion hilang di sebab kan dapat main games bowling.

Tuesday, July 07, 2009

MJ di Semadikan Di Kubur Kristian

Sungguh menyedihkan mendengar berita Michael Jackson akan di kebumikan di tanah perkuburan Kristian. Khabarnya walaupun dikatakan Michael Jackson telah memeluk agama Islam dan diakui oleh abang dan sahabatnya tiada hitam putih Michael Jackson telah menukar agamanya menyebabkan keluarga Michael Jackson yang sememangnya Kristian membuat keputusan menyemadikan Raja Pop Dunia itu diperkuburan Kristian.

Umat Islam di seluruh dunia pun tidak boleh buat apa-apa.

Majlis memberi penghormatan terakhir kepada Michael Jackson Selasa ini dijangka menjadi pertunjukan terbesar di dunia, seperti yang diramalkannya ketika hidup.

Kira-kira sejuta orang dijangka menghadiri majlis itu di arena Staples Center di Los Angeles dengan 750 juta lagi peminat menyaksikannya di televisyen.

Keluarga Michael semalam mengesahkan, upacara akan diserikan dengan persembahan dan dan penghargaan daripada beberapa legenda muzik.

Menurut laporan media di Amerika Syarikat, Michael akan dikebumikan dalam keranda bersalut emas 14 karat berharga RM87,000.

Michael Jackson akan dikebumi di Taman Peringatan Forest Lawn, Los Angeles, namun begitu keluarga Michael jackson sedang berusaha untuk mendapatkan perintah mahkamah untuk menyemadikan Michael Jackson di rumah nya.

Monday, July 06, 2009

Petua Hilang Ngantuk

Semua orang, apabila memandu kereta terutama untuk perjalanan jauh seperti balik kampung berhari raya, travelling kerana tugas rasmi , akan merasa mengantuk yang teramat sangat ketika memandu.

Hal ini boleh mengundang padah kerana hanya sedetik sahaja anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dpt mengawal kenderaan yg dipandu.

sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi...

لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ

“LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM...”

(maknanya: [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah
dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu
memulakan perjalanan anda

ditambah dengan ayat

“BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA’ WAHUWASSAMIUN ‘ALIIMM” 3X.
SELAMAT MENCUBA !! SEBARKAN KPD RAKAN2 ANDA UNTUK MANAFAAT BERSAMA.

Event @ Pavilion





Sunday, July 05, 2009

Israel takut penduduk Arab ramai

Menteri Perumahan Israel, Ariel Atias, menegaskan peningkatan penduduk Arab di banyak wilayah Israel perlu dihalang dan berkata usaha menghentikan fenomena itu adalah satu tanggungjawab setiap Yahudi.

"Saya melihatnya sebagai tugas negara untuk menghalang pertambahan penduduk Arab kerana mereka tidak cintakan Israel," kata Atias pada sidang Persatuan Peguam Israel, yang memberi fokus kepada memperbaharui Pentadbiran Tanah Israel.

Menteri itu yang merujuk kepada Harish, projek perumahan yang dibina untuk komuniti Haredi di utara Israel, berkata, penduduk Arab dari Wadi Ara sudah pun memasuki ke kawasan Harish.

Atias kemudian berkata: "Jika kita meneruskan keadaan seperti sekarang, kita akan kehilangan Galilee."

"Isu kependudukan tak sepatutnya bercampur semakin ramai di situ. Saya tidak berasa ia satu kebaikan untuk mereka tinggal bersama," katanya.

Palestine ( Pendapat Aku)

Isu yang tak Padam2 dari dunia sejak lima puluh tahun lalu adalah isu Palestine. Kalau isu perang dingin pun dah padam sudah.

Palastine adalah nama yang asalnya Judea yang kerap kali di gunakan pada zaman Rome iaitu kawasan dari laut Mediterranean sehingga sungai Jordan . Palestine pada asalnya diduduki oleh kaum Judia yang majoriti nya Yahudi. Disebabkan Yahudi berniat jahat kepada empire rome menyebab kan mereka di halau oleh rome keluar dari palestine. So orang Arab tak boleh lah di persalahkan. Mereka tak buat jahat pon.

Biblical Old Testament,Numbers, Chapter 34:
And the Lord spake unto Moses, saying, Command the children of Israel, and say unto them, When ye come into the land of Canaan; (this is the land that shall fall unto you for an inheritance, even the land of Canaan with the coasts thereof:)

Berdasarkan Torah, Land OF Israel telah dijanjikan untuk orang israel (Yahudi).Pada Tahun 1896 Manisfesto The Jewish State, Theodor Herzl berulang kali mengaitkan dengan konsep Promised Land Bible walau pun Herzl adalah seorang atheist. Berdasarkan bukti2 rekod dan arkeology membuktikan bahawa yahudi telah conquered and memulakan penempatan di Canaan semasa 13 BC.Rasul Musa telah memberi masyarakat israel hak dan mengemudi mereka keluar dari mesir ke Promissed land. Masyarakat islam menyangkal dan mengatakan bahawa Promised Land hanya di berikan kepada Yahudi yang menganggap islam sebagai agama mereka. Kalau mereka meninggalkan ajaran Torah yang sepatutnya dianuti maka tidak boleh lah mereka menuntut Promised Land itu. Buang setengah ambil setengah. Tinggalkan Torah ambil Talmud. Bila nak argue ambil Torah balik.

Muslim(Arab) juga boleh claim the right of BaitulMuqqadis kalau berdasarkan Torah dan al Quran. Masyarakat Arab juga boleh menuntut Land of Canaan kerana telah dijanji oleh Ibrahim kepada anak anak nya termasuk ismail.

Muslim juga boleh menuntut tanah palestin kerana muslim telah terbukti memelihara tempat2 suci agama yahudi seperti The Cave of the Patriarchs dan the Temple Mount dan juga telah membina Dome of Rock dan Masjid Al Aqsa lebih 1400 tahun lalu. Muslim percaya bahawa Phophet Muhammad telah melalui Jurusalem selaku tempat pertama perjalanan ke syurga.

Zionism berasal dari perkataan bible "Zion" yang kerap kali digunakan di dalam bible merujuk kepada Jurusalem dan Tanah Israel. Zionism adalah ideology yang ingin menampilkan atau menyatukan yahudi di seluruh dunia di negara asal mereka "Tanah Israel". Zionisme juga istilah yang digunakan untuk mendefinisikan pergerakkan antarabangsa untuk menyatukan kepulangan Kaum Yahudi kepada tanah asal mereka dan sekali gus menubuh dan mengawal tanah yahudi.

Pada tahun 1897 Herzl telah memanggil penemuan Kongress pertama Zionist Dunia yang menemukan golongan pro Zionist kepada satu pergerakkan. Perjumpaan ini membantu menemukan yahudi di negara2 yang besar populasi yahudi nya dalan menubuhkan satu pergerakkan zionisme.

Pergerakkan Zionisme tertujuan untuk menyelesaikan masalah pokok iaitu masalah sebagai kaum minority dimana di tidakkan dalam segala2 bidang. Mereka dilayan seperti Alien.

Zionisme politik adalah satu pergerakkan libralisasi orang yahudi pada 19CE di mana konsep ini menyeluruh ke seluruh eropah. Di dalam zaman ini, semangat untuk menjatuhkan empire otthomon telah meluap2. Mereka mendapat inspirasi pergerakkan semangat kebangsaan di Ireland, Norway, Poland, Republic Czech, Germany, Italy, Turkey dan India. Semangat kebangsaan lazim nya ada 2 tujuan utama iaitu membebaskan dari kuasa asing dan penyatuan dari perbagai jenis political entiti.

Penubuhan Zionisme sendiri menunjukkan bahawa Yahudi berniat jahat dalam mencuri tanah rakyat palestine secara haram. Israel banyak merampak dari menggunakan jalan rundingan. Kalau ada rundingan pon mesti berat sebelah. Yang nak menang mesti Israel. Israel kenyang dapat tanah, Palestine kelaparan hilang tanah.Fatah patut di bubar kan dari muka bumi macam israel.

Saturday, July 04, 2009

Malaysia modal paling popular kempen Pilihan Raya Presiden Indonesia

BERDASARKAN pada kedudukan geografi, Malaysia tidak dapat memilih siapakah jirannya. Negara ini bersempadan dengan beberapa buah negara iaitu Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina.

Sudah menjadi kebiasaan orang paling terdekat yang sering mendatangkan masalah dan pada masa yang sama sangat diperlukan apabila dalam kesusahan.

Malaysia tentunya tidak menghadapi masalah dengan Costa Rica atau Mexico, kerana kedua-dua buah negara itu terletak jauh dari negara kita. Tetapi hubungan kita dengan negara jiran terutama Indonesia sering menjadi panas kerana pelbagai isu yang berpanjangan.

Isu-isu yang tidak kunjung selesai itu pula muncul secara bermusim dan kini ia muncul kembali ketika musim Pilihan Raya Indonesia. Maka sekali lagi Malaysia dijadikan mangsa untuk mencari populariti di kalangan calon yang bertanding.

Tiba-tiba sahaja isu Ambalat ditimbulkan kembali oleh Indonesia walaupun kedua-dua buah negara telah bersetuju untuk menyelesaikan di meja rundingan melalui jawatankuasa teknikal yang telah ditubuhkan.

Malaysia dituduh mencerobohi perairan di Ambalat, walaupun perbatasan di kawasan laut itu belum diputuskan.

Lantas para calon yang bertanding untuk Pilihan Raya Presiden Republik Indonesia terus memberi komen masing-masing dengan harapan mendapat perhatian pengundi mereka.

Perkara itu diakui sendiri oleh seorang pengamat politik tempatan, Profesor Dr. Hermawan Sulistyo dalam satu majlis diskusi yang diadakan di Jakarta baru-baru ini.

Menurut beliau isu itu sengaja dibangkitkan bagi membolehkan calon tertentu meraih populariti.

Calon yang paling banyak mengeskploitasi isu itu tentulah Jusuf Kalla dan Megawati Soekarnoputri kerana mereka bukannya presiden dan bebas memberi sebarang komen tanpa memberi kesan kepada hubungan kedua-dua buah negara.

Bagi Susilo Bambang Yudhoyono pula isu itu merupakan satu perangkap dan permainan politik.

Jusuf Kalla dan Megawati mudah sahaja bagi mereka untuk memberi komen, termasuk mengeluarkan ancaman perang ke atas Malaysia.

Sebaliknya Susilo yang merupakan Presiden Indonesia, beliau perlu menjawab dengan berhati-hati kerana apa juga bicaranya dikira sebagai dasar yang diamalkan oleh Indonesia.

Oleh sebab sikap berhati-hati yang diambil beliau itu, Susilo terus dicap sebagai seorang pemimpin lembam dan tidak berkeyakinan oleh lawannya.

Jadi isu itu terus dipanaskan dengan siri demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, sehingga terdapat kumpulan yang menawarkan diri untuk terjun ke kawasan Ambalat demi mempertahankan Indonesia kerana menyangka ia sebagai sebuah pulau.

Untuk makluman, Ambalat sebenarnya adalah singkatan kepada perkataan 'Ambang Batas Lautan' dan oleh kerana sudah menjadi kebiasaan di Indonesia untuk meringkaskan perkataan yang panjang maka istilah itu diringkaskan menjadi Ambalat.

Jusuf Kalla yang menyedari isu hubungan dua buah negara mendapat perhatian rakyat telah menggunakan isu yang sama dalam iklan kempennya iaitu meminta rakyat Indonesia memilih beliau jika mahu negara berkenaan menjadi lebih baik daripada Malaysia.

Megawati pula dalam pusingan akhir debat calon presiden juga membangkitkan isu Ambalat yang kononnya pencerobohan di wilayah itu kerana Malaysia menganggap Indonesia tidak tegas dalam mempertahankan kedaulatan sempadan negaranya.

Melihatkan situasi itu, kerajaan dan rakyat Malaysia tidak harus melatah dengan isu yang timbul secara bermusim, kerana ia lebih kepada permainan politik dan bukannya dasar dalam hubungan bilateral Malaysia-Indonesia.

Sebenarnya selepas jatuhnya pemerintahan Orde Baru dan kini masuk zaman Reformasi, Indonesia masih tercari-cari tapak untuk dijadikan asas kepada segala aspek termasuklah politik dan ekonomi.

Namun harus diingat walaupun para pemimpin politik serta pemerintahan negara silih berganti, tetapi Malaysia dan Indonesia akan tetap berjiran dan kita tidak mempunyai pilihan. Oleh itu jadilah jiran yang baik demi kesejahteraan bersama.

BinaKan Ku Bangunan Tinggi

DAN berkatalah Firaun, “Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu, (iaitu) pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta...”

(al-Mu’min: 36-37)

PADA suatu hati, Firaun memerintahkan para menteri serta para pemimpin di Mesir berkumpul di istananya. Firaun mengeluarkan perintah kepada Haman, iaitu salah seorang menterinya, supaya mengetuai pertemuan tersebut.

Firaun tidak berpuas hati dengan seruan Nabi Musa yang menyatakan bahawa hanya Allah sahaja yang layak disembah. Firaun mahu semua rakyat menyembah dirinya sahaja. Dia mendakwa dirinya adalah tuhan yang memerintah seluruh alam itu.

Sebaik sahaja semua rakyatnya berkumpul, Firaun terus berkata, “Hai Haman, adakah aku ini seorang pendusta?”

“Tidak ada seorang pun yang berani menentang tuanku,” Kata Haman.

Firaun berkata dengan marah, “Tetapi Musa berani menentang aku. Musa pernah mengatakan bahawa ada Tuhan lain selain aku di langit.”

“Wahai tuanku, sesungguhnya Musa itu berbohong,” kata Haman lagi.

“Aku sudah mengetahui bahawasanya dia berdusta.”

Firaun menoleh ke arah Haman dan mengeluarkan perintah kepadanya. “Aku mahu kau membina sebuah bangunan yang tinggi mencakar langit. Tingginya itu haruslah mencapai ke pintu-pintu langit. Aku hendak naik dan melihat bagaimanakah rupa Tuhan Musa itu. Bukankah Tuhan Musa itu berada di atas langit?”

“Saya akan melaksanakan perintah tunku itu. Saya akan segera mengumpulkan jurutera-jurutera, beribu-ribu tukang batu dan tukang kayu untuk membinanya,” kata Haman, berjanji kepada Firaun.

Setelah bertungkus lumus membina bangunan itu, maka siaplah bangunan yang tinggi hinggakan puncaknya tidak kelihatan. Sebaik sahaja bangunan itu siap, Firaun pun segera naik ke tingkat yang paling atas dan memerintahkan supaya dibuatnya anak panah untuknya.

Anak panah itu dipanah ke arah langit. Dengan takdir Allah, anak panah itu kemudian terjatuh semula di hadapan Firaun. Anak panah itu berlumuran dengan darah. Padahal panah itu telah dicelupnya dengan darah sebelum dia memanah langit.

Dengan bangganya Firaun berkata, “Tengok, aku sudah pun membunuh Tuhan Musa, Tuhan Musa itu telah mati ditangan ku. Aku yakin Musa adalah pendusta kerana dia mendakwa ada Tuhan di langit yang dapat menolongnya dan melantiknya sebagai Rasul”.

- Petikan daripada buku Untaian 366 kisah daripada al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd.

Friday, July 03, 2009

Just For This Week

Aku, Amin, Saipol, Hasbie pergi lepak kat KLCC. Just lepak.
















Hari rabu. First day cerita Ice Age 3-Dinosour. Cerita Ice Age Tu best sangat . Kategory Kebaboom. 9 star. Best sebab bergelak dari awal cerita sampai akhir. Jalan cerita pon best giler. Mudah faham dan banyak mesej yang baik2.

Ada gak budak intake aku DMLT yang join tengok pada ari tu.




















Wednesday, July 01, 2009

Jon Belajar Masak

Jm belajar memasak bersama lecturer2 PTPL. Kita akan belajar meng decorate cupcake, melipat napkin (bukan napkin budak tu), dan masak spegetti goreng.



6 wakil pelajar SMK CHERAS sedang meng-decorate cupcake yang belum di decorate. Lawatan sambil belajar di PTPL SHAH alam



So exited dia orang tengok .



Lecturer PTPL mengajar melipat kain napkin.



Cupcake yang siap di decorate oleh students. Macam nak makan semua tu. Dari ZERO to cantik.



Bahan2 untuk masak spegetti. Ada 2 jenis satu masam dan satu tak masam(yang tu sedap). Ditambah lagi ngan

MARCES

Lawatan ke MARCES di adakan pada hari isnin 29 june 2009 . Lokasi nya berdekatan ngan OPEN university dan PWTC. Dekat aja dari komuter. Tak boleh masuk tanpa surat atau autorized.









Tuesday, June 30, 2009

TRANSFORMERS

Filem yang di nanti nanti kan oleh ramai orang. Filem of the year pulak tu. Filem yang di nanti nantikan.

Watak yang paling best adalah watak kereta remote control yang cute mute tu. Berjaya kalah kan watak Bumble Bee yang cute tu. So happening and funny.

Satu lagi watak Jet tua/lama tu.

World Nuclear Producer

The Statistic of world largest nuclear producer. Start with the 10 largest nuclear producer.

USA 29.2%
FRANCE 16.1%
JAPAN 10.8%
GERMANY 6.0%
RUSSIA 5.6%
KOREA 5.3%
CANADA 3.5%
UKRAINE 3.2%
BRITAIN 2.7%
SWEEDEN 2.4

OTHERS 15.2%

On the next list is North Korea, Republic Islamic of Iran Top 10 tak derr satu pon super power yang besar yang ada pon Pakistan (bukan top 10). Malaysia pon lambat nak masuk list. Masih dalam proses pikir. Malaysia semakin tertinggalan banyak bidang