Kesengsaraan masyarakat Thai terus tertindas ekoran wujud syak wasangka yang tinggi kerajaan Thailand ke atas penduduk penduduk wilayah bekernaan. Bagi mereka, penduduk islam terlibat dalam perancangan menggulingkan kerajaan. Atas rasa curiga yang mendalam, maka ramailah pemimpin pemimpin islam yang ditangkap tanpa sebarang alasan.
Niat sebenar kerajaan adalah untuk mengurangkan populasi penduduk beragama islam di wilayah itu. Keadaan jelas semasa pemerintahan Taksin Shinawatra. Tidak hairanlah suatu hari nanti, bahasa, identity dan hak untuk mendapatkan perlindungan dihapuskan.
Amat mustahil untuk mengatakan bahawa penduduk selaan Thai akan tunduk kepada kehendak Bangkok kerana perkara ini tidak wajar jika dikaitkan dengan fakta wilayah Selatan Thai dibawah kerajaan Patanni pernah menjadi wilayah yang berdaulat.
Serangan yang dilakukan pihak Kerajaan Thai secara lansung untuk menakut-nakutkan penduduk setempat. Maka akan berlakulah penghijrahan besar besaran penduduk dari tempat tersebut kerana merasakan tidak selamat lagi. Sekali gus, wilayah itu senang ditakluki seperti mana yang berlaku kepada kaum Rohingnya di Myanmar.
Di Takbai, tentera-tentera mula dihantar masuk menyebabkan penduduk setempat tidak lagi merasakan terbatas dan menimbulkan perasaan takut dalam dir masyarakat. Pergerakan mereka terbatas pada waktu malam khususnya malah digalakkan untuk tidak keluar.
Penduduk yang ditangkap keluar pada waktu malam akan disoal siasat seperti mereka bersalah. Budaya lepak pada waktu malam di kedai kedai kopi tidak lagi terdapat di sana kerana bimbang kepada keselamatan mereka.
Suatu yang merumitkan apabila penduduk yang mengadakan kenduri pada waktu malam seperti majlis tahlil ataupun majlis – majlis lain. Penduduk dikehendaki melaporkan kepada tentera kerajaan dan tentera inilah akan mengawal majlis tersebut. Bagi penduduk tempatan perkara ini membahayakan diri mereka kerana melibatkan tentera.
Tidak semua penduduk menyukai kehadiran tentera. Apabila tentera berkawal mereka risau akan diserang hendap oleh golongan penentang kerajaan. Jika mereka tidak memberi tahu mengenai majlis maka tuan rumah akan diberi tindakan.
Penduduk di wilayah tersebut sudah lama tidk beriktikaf di masjid. Mereka banyak menghabiskan masa di rumah. Mereka hanya akan ke masjid hanya apabila masuk waktu untuk sembahyang dan akan pulang apabila selepas bersembahyang. Mereka merasakan apa apa sahaja boleh berlaku di masjid.
Walaupun Narathiwat diwartakan sebagai zon kuning atau zon bersih namun jangan disangka kawasan tersebut akan aman senantiasa. Penduduk tempatan menganggap hanya keamanan boleh diwujudkan apabila Bangkok memberi autonomi kepada wilayah selatan.
Yang menghirankan bahawa tentera kerajaan bebas menangkap mengikut kemahuan mereka tanpa sebab Telah ramai menjadi mangsa tangkapan tentera kerajaan. Penduduk juga tidak dibenarkan berbicara mengenai hak, politik serta mengutuk apa apa juga tindakan kerajaan. Jika diketahui, mereka akan ditangkap.
Kebimbangan penduduk terserlah apabila ramai tentera kerajaan berkahwin dan berkeluarga di kawasan tersebut. Ia secara lansung meramaikan penganut-penganut Buddha di kawasan berkenaan. Ia melenyapkan majority masyarakat melayu islam yang menjadi majority di kawasan berkenaan.
Sunday, December 05, 2010
islam dilihat sebagai pengganas di Selatan Thai
ILHAM DARI PUTERA at 8:07:00 AM