Ekonomi Malaysia senantiasa menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan sepanjang 1990 dan 1997 sebelum berlakunya krisis kewangan terutamanya di Asia. Dengan beberapa langkah yang berkesan seperti tambatan mata wang mengembalikan semula ekonomi Malaysia dan kekal kepada tahap guna tenaga sepenuhnya. Pertumbuhan ekonomi ini menyebabkan meningkatnya keperluan negara terhadap guna tenaga dalam sector ekonomi dan secara tidak lansung mendorong kemasukan buruh asing dari pelbagai negara ke Malaysia.
Fenomena ini dilihat apabila jumlah pekerja asing yang dicatatkan pada 1997 (627426), 1998 (395140) kerana kemelesetan ekonomi, 1999(409660), 2000 (807096), 2001(849829) dan 2002(1067529). Keadaan ini menunjukkan ekonomi Malaysia telah pulih daripada kemelesetan yang berlaku akibat banyak sector telah membuka peluang pekerjaan yang banyak dalam negara. Antara sector ekonomi yang banyak memerlukan tenaga buruh ialah sector pertanian, pembinaan, perhidmatan dan pembuatan.
Kemasukan buruh asing ke Malaysia adalah melalui 2 cara iaitu melalui cara sah melalui agensi agensi yang berdaftar dengan Jabatan Imigresen Malaysia atau dengan cara yang tidak sah iaitu melalui agensi agensi haram yang tidak lansung yang tidak berdaftar. Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Malaysia antara negara ASEAN yang menghadapi masalah kemasukan buruh asing tanpa izin yang kritikal. Ini kerana kedudukan geografi yang strategic melalui jalan laut yang berhampiran satu sama lain.
Buruh asing yang terdapat di Malaysia terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu golongan bukan warganegara yang menetap di Malaysia dan mempunyai kad pengenalan berwarna merah yang terdiri daripada pelbagai keturunan. Di bawah Akta Sekatan Kerja 1968, golongan ini tidak dibernarkan makan gaji sekiranya mereka tidak mempunyai permit yang dikeluarkan oleh Kementerian Buruh. Kedua, pekerja asing mahir yang terdiri daripada golongan professional dalam bidang teknikal dan pentadbiran. Ketiga, buruh asing yang memasuki Malaysia secara tidak sah . Mereka digelar sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang majoritinya bekerja dalam bidang pertanian dan pembinaan.
Pada 1960, Mekanisma dan struktur pengambilan pekerja asing tidak termaktub di dalam system undang undang negara menyebabkan pengambilan pekerja asing secara tidak formal berlaku melalui orang tengah atau agen dari negara seperti Indonesia dan Thailand. Pada 1969, satu perundangan baru berkaitan pekerjaan diperkenalkan sebagai Peraturan Pekerjaan 1969 (Sekatan Dan Permit Pekerjaan) yang bertujuan sebagai memberi permit kerja secara fleksibel kepada pekerja asing dan tinggal di Malaysia.
Kebanyakan majikan, pekerja asing dan kaum keluarga telah menyalahgunakan peruntukan untuk tinggal secara haram di Malaysia. Masalah ini berlarutan sehingga tahun 1997, dimana kerajaan dilihat tidak menghiraukan situasi dengan alas an kedatangan mereka adalah sementara dan akan pulang ke negara asal. Pada ketika itu, Malaysia menghadapi masalah kekurangan pekerja asing terutama di sector perladangan dan kerajaan mengambil langkah langkah bagi menentukan aliran kemasukan pekerja asing di Malaysia.
Perundangan yang berkaitan dengan pekerja asing dilihat berubah ubah sama ada lebih ketat atau lebih longgar bergantung dengan keadaan semasa dan keperluan negara dalam sector guna tenaga. Dasar yang semakin berubah ubah boleh dianggap sebagai satu alat yang digunakan oleh kerajaan untuk mengawal kemasukan pekerja asing ke Malaysia.
Pada 1981, kerajaan telah mengumumkan peruntukan undang undang mengenai pembentukan agensi pekerja asing. Peruntukan bertujuan mempercepatkan proses pengambilan pekerja asing dimana majikan tidak perlu ke negara sumber untuk mencari pekerja. Pada 1984, Perjanjian Medan telah dimenterai antara Malaysia-Indonesia bagi menetapkan mekanisma dan penawaran tenaga buruh ke Malaysia. Indonesia bersetuju menawarkan tenaga buruh kepada 6 kategori yang diperlukan oleh Malaysia dalam terutamanya perladangan dan pembantu rumah. Selepas itu, Malaysia beberapa perjanjian lain dengan negara seperti Filipina (Pembantu rumah), Thailand (Pembinaan dan Perladangan) dan Bangladesh (Pembinaan dan Perladangan).
Dasar pengambilan pekerja asing pada era 1990 yang diamalkan di Malaysia adalah pendekatan jangka pendek dimana hanya untuk memenuhi permintaan sahaja. Dengan keadaan ekonomi Malaysia yang sedang berkembang sekarang dilihat tidak dapat membendung kemasukan PATI ke Malaysia. Pada 1991, kerajaan telah memperkenalkan peraturan baru yang dikenali sebagai Legalization Process (Proses Pengampunan).
Di bawah peruntukan baru ini, setiap majikan yang menggajikan pendatang tanpa izin perlu mendaftarkan dan mengesahkan status mereka dalam masa 6 bulan atau mereka akan berhadapan dengan tindakan makamah atau akan didenda sebanyak RM10K bagi setiap pekerja asing yang digajikan. Bagaimanapun, majikan perlu menghantar PATI pulang ke negara asal dan mengambilnya kembali melalui saluran yang sah. Ia telah menyulitkan dan meningkatkan kos majikan terutamanya dalam mengurus pengambilan pekerja asing dalam kuantiti yang besar. Peruntukan ini gagal mendapat sambutan dan tidak berkesan dalam menangani isu PATI.
Friday, December 03, 2010
Dasar Dan Pengurusan Pekerja Asing Di Malaysia
ILHAM DARI PUTERA at 7:41:00 AM