Laporan sulit Kesatuan Eropah (EU) menuduh kerajaan Israel menggunakan alasan perluasan penempatan, pemusnahan rumah, dasar perumahan berunsur diskriminasi dan tembok pemisah Tebing Barat untuk merampas Baitulmaqdis Timur secara aktif.
Dokumen berkenaan menyebut rejim Zionis itu mempercepatkan pelannya bagi Baitulmaqdis Timur sedangkan kawasan berkenaan dirancang untuk dijadikan ibu negara Palesti pada masa depan.
"Tindakan Israel sekitar Baitulmaqdis adalah cabaran terbesar kepada perjanjian damai Israel Palestin," menurut Laporan Misi Ketua EU mengenai Baitulmaqdis Timur.
Laporan berkenaan diperoleh akhbar The Guardian, bertarikh 15 Disember 2008. Ia menerima alasan masalah keselamatan Israel di Baitulmaqdis, tetapi menekankan: "Kebanyakan tindakan Israel menyalahi undang-undang baru-baru ini di sekitar bandar raya itu, menjejaskan alasannya itu."
"Tindakan Israel membina penempatan baru, tembok keselamatan, dasar perumahan berunsur diskriminasi, pemusnahan rumah, permit terhad dan berterusan menutup institusi Palestin meramaikan Yahudi di Baitulmaqdis Timur, melemahkan komuniti Palestin di situ, menghalang pembangunan bandar Palestin dan memisahkan Baitulmaqdis Timur dengan keseluruhan Tebing Barat," menurut laporan.
Ia didedahkan ketika kebimbangan semakin memuncak berhubung dasar Zionis di Baitulmaqdis Timur. Dua rumah dimusnahkan Isnin lalu sebelum ketibaan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, dan 88 lagi dijadualkan untuk dimusnahkan di daerah Silwan semuanya kerana ketiadaan permit.
Hillary menyifatkan pemusnahan itu sebagai 'tidak membantu', dan berkata, ia melanggar syarat Israel menurut pelan damai anjuran Amerika, tetapi Tel Aviv menolaknya mentah-mentah.
Sunday, March 08, 2009
Israel rampas Baitulmaqdis Timur
ILHAM DARI PUTERA at 10:18:00 AM