Zukerberg melancarkan facebook pada kali pertama di Havard pada 4 Febuari 2004. Idea facebook tercetus apabila di kolejnya (Philips Exeter Akademy) menyambung kesinambungan menerbitkan buku sekolah / kolej dengan lengkap semua pelajar, fakulti dan staff. Buku itu digelar sebagai Facebook. Semasa di kolej Facebook ini hanyalah untuk Havard sahaja dengan memaparkan semua gambar dan apa apa sahaja yang berkaitan Havard. Kemudian beliau bercadang untuk menyebarkkannya ke sekolah atau kolej yang lain dengan niat untuk menolong Dustin Moskovitz. Bermulanya penyebaran laman social ini ke Stanford, Dartmouth, Columbia, New York University, Cornell, Brown dan Yale dan macam macam lagi. Semuanya berhubungan dengan Havard.
Zukerberg kemudian berpindah ke Palo Alto, California bersama Moskovits. Mereka kemudiannya menyewa rumah kecil sebagai pejabat mereka yang pertama. Peter Thiel, pelabur yang berminat dengan produk facebook dan kemudiannya melabur.
Pada 24 May 2007, Zukerberg mengumumkan flatform Facebook. Flatform ini dibangunkan dengan mempunyai aplikasi social selaras dengan penemuan Facebook. Dalam seminggu,Facebook sudah mempunyai berjuta juta pengguna.
Pada 6 november 2007, Zukerberg mengumumkan satu system pengiklanan di Los Angeles. Program yang digelar Beacon membolehkan pengguna berkongsi maklumat. Program ini juga membolehkan maklumat pengguna dilindungi.
Pada 2010, Republik islam Pakistan mengeluarkan arahan agar Zukerberg ditahan atas peraduan melukis potret Nabi Muhammad tersiar di Facebook. Kejadian ini menyebabkan Pakistan mengharamkan Facebook di negaranya. Kejadian ini dipanjangkan lagi dengan Pakistan membawanya ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.
Wednesday, September 21, 2011
Sejarah di sebalik facebook
ILHAM DARI PUTERA at 1:35:00 PM