Pelacur mempunyai takrifan mereka sendiri. Walaupun pada dasarnya mereka hendak menjual diri mereka sendiri untuk memperolehi ganjaran. Mereka bukannya golongan yang bersadai di tepi tepi jalan atau lorong lorong gelap untuk memberi khidmat seks.
Penyakit ini melanda golongan muda lelaki di Malaysia khususnya di Kuala Lumpur. Tidak ada tafsiran tepat mengenai golongan ini.
Moneyboy merupakan pelacur remaja lelaki yang menawarkan khidmat seks kepada lelaki kaya untuk mendapatkan wang dan habuan lain. Tidak seperti pelacur biasa yang didalangi sindiket. Mereka selalunya bergerak sendirian. Matlamat mereka adalah satu mencari sebanyak mungkin wang daripada pelanggan kaya yang memiliki nafsu songsang.
Pada pandangan kasar moneyboy adalah semacam dengan golongan remaja lelaki yang lain. Mereka tidak menunjukkan ciri ciri lembut atau sukakan lelaki seperti mak nyah. Kebanyakkan mereka mempunyai bentuk badan yang sasa dan rupa paras yang menarik tetapi sayangnya nafsu menyongsang arus.
Kebanyakkan moneyboy melakukan aktiviti ini hanyalah kerana wang dari pelanggan. Mereka selalunya akan melakukan aktiviti ini pada waktu malam.
Bagi yang bersetuju akan mengikat kontrak pula dengan pelanggan akan dibela oleh pelanggan mereka dengan gelaran uncle atau sugar daddy. Segala kehendak mereka akan dikehendaki. Biasanya mereka akan hidup mewah dan tinggal di kediaman mewah.
Jika pelajar kos pembelajaran akan ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan dan jika kelapangan mereka akan dibawa bercuti oleh pasangan ke luar negara selain ditaburi hadiah sampingan.
Friday, July 22, 2011
moneyboy
ILHAM DARI PUTERA at 7:51:00 PM