Muzium Seni Bina dibuka kepada umum pada bulan September 2005. Objektive utama adalah untuk mempamirkan keunikan warisan seni bina yang terdapat di Malaysia.
Ruang pameran dibahagikan kepada 8 galeri utama. Bangunan muzium ini adalah bangunan yang dibina pada pertengahan abad ke 18 oleh Pemenrintah Belanda bagi menempatkan pegawai pegawainya.
Ia kemudian dijadikan pejabat pentadbiran semasa pentadbiran Inggeris. Sebelum diambil alih oleh Jabatan Muzium Malaysia pada 2000, Bangunan ini telah digunakan sebagai pejabat Pentadbiran Lembaga Air Melaka sejak tahun 1982.
Muzium ini diharap dapat memberi sedikit gambaran mengenai seni bina unik di Malaysia.
Muzium ini terletak di Bandar Hilir. Waktu melawat adalah pada Isnin - Ahad, 9 pagi hingga 6 petang.
Monday, June 07, 2010
Muzium Seni Bina Malaysia
ILHAM DARI PUTERA at 4:35:00 AM