Mencari Hasil Ilmu

Friday, April 03, 2009

LARANGAN BARU PILIHAN RAYA BUKIT SELAMBAU DAN BUKIT GANTANG.

Bagi pilihan raya terbaru di kawasan Bukit Selambau di Kedah dan Bukit Gantang di Perak. Pihak polis pula mewajibkan parti-parti yang bertanding supaya tidak menggunakkan isu isu seperti kes Attantunya, Ceramah melebihi jam 11pm dan dilarang sepenuhnya berarak mengelilingi kawasan bertanding dengan menaiki motosikal.

Seperti yang kita tahu, kes Atantunya selalu digunakan oleh parti PKR (ANWAR IBRAHIM) yang menjadikan isu ini sebagai isu yang hangat dan penting sejak Beliau terlepas daripada hukuman tahanan. Kes ini juga menjadi topic perbualan hangat bagi individu2 yang mengikuti perkembangan politik semasa. Isu ini logiknya ditutup pada pilihan raya ini kerana Dato Najib naik naik jadi Perdana Menteri dan kalau kalah di tiga kawasan memberi tamparan hebat kepada Dato Najib yang baru menaiki naik menjadi Perdana Menteri. Tapi tak pula dinyatakan bahawa kes Liwat pun patut diharamkan perbualannya semasa pilihan raya kali ini. Kes tu pun tak abis lagi dibicarakan. Mengapa kes Attantunya tak boleh tapi kes Liwat boleh pulak. Atau ada udang di sebalik batu. Mengapa sekarang????. Mengapa tak diharamkan dulu lagi????. Lagipun perkembangan kes Attantunya tak menunjukkan apa apa.

Larangan membawa bendera parti politik dengan menggunakan kenderaan. Akhir2 ini idea ini memang popular di kalangan golongan muda mudi . Mereka akan membawa bendera parti politik megelilingi kawasan kawasan mengundi dengan motosikal. Parti kerajaan pula menyatakan terdapat golongan yang berpolitik secara ini akan bertindak ganas dengan memukul golongan yang tak puas hati dengan mereka semasa mereka membawa bendera mengelilingi kawasan tersebut. Namun dalam berita tak ada pun dilaporkan yang tercedera.

Tidak boleh ceramah selepas pukul 11 pm. Satu syarat baru dikuatkuasakan polis Malaysia semasa pilihan raya baru baru ini semasa hendak memohon permit ceramah politik. Mengapa perlu di hadkan kepada pukul 11pm. Atau polis tak mampu untuk menjaga hal hal politik ini. Pembangkang selalu nya rajin sangat kalau nak ceramah banyak banyak .

Semakin lama semakin sempit system pilihan raya di Malaysia. Ini tak boleh, tu pun tak boleh.