Monday, February 22, 2010
Wednesday, February 17, 2010
Tuesday, February 16, 2010
Salahuddin Vs Richard the Lion
Suatu Malam.. Richard the lion Raja England , musuh salahuddin sedang sakit didalam khemah tentera kristian..
Tiba2 ada satu kelibat manusia datang kepada Richard the lion untuk merawat penyakitnya.. siapa sangka manusia itu musuh Richard sendiri.. Solahuddin Al-Ayubi.. Beliau sanggup menyamar dan membuang perasaan benci untuk merawat musuhnya sendiri. Subhanallah..
Pernah diceritakan, Salahuddin Al-ayubi pernah berhadapan Richard the lion untuk menunjukkan kehebatan dan kemahiran masing2. Richard the lion yang berbadan sasa mengambil pedang dari sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus kearah sebiji batu besar.. batu itu terbelah..
Apabila tiba giliran Salahuddin.. Salahuddin lantas mencampakkan sehelai kain sutera kelangit dan menghulurkan pedangnya,. Kain sutera dengan perlahan jatuh dan hinggap dimata pedang.. Kain itu terpotong dua kerana tajamnya mata pedang salahuddin.
Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat.
Beliau akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
Ketika mengepung Acre beliau hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan.Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan
beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga isnin kerena beliau tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu ..
Asakan Tentera Islam teramat dasyat.Memaksa Tentera Kristian menyerah kalah.
Tiada lagi pertempuran berlaku.
Ketua tenteta kristian menunggang kuda menuju kearah Salahudin Al-Ayubbi didepan Baitul Maqdis..
"Adakah kamu orang islam akan memperlakukan kami seperti mana kami memperlakukan keatas orang2 kamu terdahulu?" Kata Ketua Tentera Kristian.
Semasa Kristian berjaya menawan Baitul Maqdis dahulu,jalan-jalan di jerusalem 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah merah mewarnai bumi palestin akibat pembunuhan orang islam beramai2.
" Kami orang islam tidak seperti kamu" Jawab Salahuddin Al-Ayubi.
Jawapan ini telah menyebabkan ramai orang kristian memeluk islam akibat keindahan akhlak yang ditunjukkan Salahuddin Al-ayubbi..
Salahuddin tidak membalas tindakan mereka membunuh orang islam yang tidak bersalah semasa orang kristian menawan baitul maqdis. Bersesuaian dengan tuntutan Islam, Orang awam tidak boleh dibunuh dalam peperangan..
Hari itu, Langit begitu Cerah.
Laungan "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkanAllah" telah memenuhi langit..
Para tentera tersenyum girang..
Pada jumaat, 27 Rajab 583H bersamaan dengan tarikh peristiwa iskraj mikraj Rasulullah SAW.Baitul Maqdis Ditawan Tentera Mukmin.Ramai orang yang terdiri dari ulama,pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang merayakan gembira kemenangan ini.
Selepas menunggu hampir 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddis. ALLAHUAKBAR!
Salib yang terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan.Betapa Hebatnya hari itu hanya allah yang tahu..Kemenangan Seluruh Umat Islam.Kemenangan Atas Kemenangan
ILHAM DARI PUTERA at 8:32:00 AM
Tuhan Untuk Semua Makhluk Manusia
Dalam tradisi islam memang jelas bahawa Rasulluwah bukan pembawa agama baru. Baginda hanya menyambung dan pelengkap para nabi. Nabi Muhammad adalah nabi terakhir.
Ini bermakna islam telah muncul sejak manusia pertama muncul. Dalam islam Nabi Adam adalah nabi juga mendapat wahyu Allah.
Kalau nabi Adam nabi pertama , nabi Muhammad pula yang terakhir. Selepas Nabi Muhammad tiada nabi yang wujud.
Nabi2 dan rasul2 adalah dari umat2 terdahulu terutamanya dari kawasan Timur Tengah. Terdapat juga nabi2 dari kawasan luar kawasan Timur Tengah. Namun kebanyakkan tidak dapat disahkan.
Dari pengalaman Nabi adalah dari kawasan Timur Tengah Nabi kebanyakkan dari kalangan kaum yahudi. Cuma majority nabi yang diturunkan adalah dari kaum yahudi. Tetapi apa yang diturukan kepada orang yahudi adalah islam. Yahudi adalah merujuk kepada kaum tertentu bahkan agama Nabi Musa adalah islam.
Orang yahudi menyeleweng agama islam sehingga menukar agama tersebut kepada nama baru agama yahudi. Nama yahudi dirujuk kepada agama mereka selepas kedatangan Kristian.
Agama Nasrani pada masa moden kini di gelar sebagai Kristian dilihat bermula dengan kewahyuan Nabi Isa. Baginda juga seorang yahudi. Secara umumnya kaum yahudi menolak seruan Nabi Isa dengan beranggapan sebagai seorang pembawa ajaran sesat. Apa yang dibawa oleh Nabi Isa adalah agama islam itu sendiri.
Dalam masa kini Nasrani adalah satu mazhab daripada Kristian yang dipanggil sebagai Nasarenes atau dalam bahasa arabnya Nasara. Di bumi Hijaz dimana Rasulluwah lahir dan hidup
Mazhab Nasrani memang amat berbeza dengan mashab arus perdana lain seperti Katolik, Protestan dan Ortodok. Pada zaman Rasulluwah tiada Katolik dan Protestan. Hanya Ortodoks wujud pada zaman tersebut. Ia berpusat di Constaninople (Istanbul) , ibu Empayar Rom Byzantine.
Apabila Rasulluwah berdakwah, banyak orang Kristian dari Mazhab Nasrani terutamanya dari bumi Hejaz dan memeluk islam. Mereka beranggap tidak menukar agama. Islam hanya membetulkan agama sebenar sebelumnya. Nasrani adalah agama islam yang sebelumnya rtetapi diseleweng oleh paderi-paderi mereka.
Ketiga2 agama adalah ahli kitab iaitu umat yang mempunyai kita yang berkaitan dengan wahyu Allah. Kitab yang dimaksudkan adalah Taurat (Yahudi), Injil (Kristian) dan Al-Quran (Islam). Namun, Taurat dan Injil telah diseleweng. Ahli Kitab sebernarnya merujuk kepada umat islam yang berpegang kepada Kitab Taurat dan Injil Yang sebenarnya. Ahli Kitab juga termasuk pengikut islam yang berpegang kepada Kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud , Seorang raja berbangsa yahudi.
Jika Al-Quran merupakan kalam Allah yang disampaikan kepada Rasulluwah melalui perantaraan Malaikat Jibrail tetapi Bible berbentuk laporan seperti mana hadis. Ia merupakan laporan daripada penulis.
ILHAM DARI PUTERA at 5:07:00 AM
Monday, February 15, 2010
Serangan dan cabaran terhadap islam
Telah banyak peristiwa dan gerakan asing yang menunjukkan penentangan terhadap islam dan para penganutnya terutamanya dari dunia barat atas nama politik.
Peristiwa terbaru adalah larangan kerajaan terhadap pembinaan menara bagi bangunan masjid. Pada 2004, Perancis melarang para pelajar islam memakai tudung untuk menutup aurat.
Ia merupakan cabaran malahan yang lebih teruk sekali penghinaan terhadap agama itu sendiri. Ini termasuk lah lakaran kartun Nabi Muhammad dan filem berwajah yang menyentuh dan melukakan hati kita.
Penentangan terhadap islam baik dari segi agama dan politik sebenarnya telah lama berlaku. Ia ditafsirkan sebagai pertembungan antara ideology Sekular dan islam malahan Kristian dan islam.
Penentangan ini berlaku sejak perang salib lagi dan berterusan hingga ke zaman moden dengan berlakunya Perang Bosnia tidak lama dulu.
Dunia barat sebernarnya mempunyai agenda tersendiri dalam menetang dan menguasai Negara islam. Mereka sebenarnya ingin menguasai agenda ekonomi untuk mengaut kekayaan dari Negara islam yang mewah dan makmur.
Dasar perang menentang keganasan tajaan Amerika Syarikat telah menyebabkan serangan kilat pada 11 September 2001 merupakan satu bentuk baruintipan yang berlaku ke atas dunia islam untuk menaklukinya. Ini termasuk tindakan melancarkan serangan bersenjata ke atas pengganas muslim di mana mana pengganas itu berada.
Peristiwa 11 September menjustifikasi pendudukan AS ke Iraq dan Afganistan. Ini tujuan memecah belahkan rakyat di kedua-dua Negara itu. Motifnya menjadikan Iraq dan Afganistan sebagai tanah jajahan dan akhirnya memudahkan pihak AS membina saluran paip dan gas di kawasan timur tengah dan sebahagian Negara Asia Tengah yang kaya raya.
Gerakan mengintip Negara Iraq dan Afganistan oleh pihak AS telah lama berjalan sebelum berlakunya !! September. Rantau kaya yang mempunyai rizab minyak dunia lebih daripada 60% berjaya menguasai atas nama Memerangi Keganasan. Disokong pula oleh NATO dan beberapa NGO serta Pertubuhan Negara- Negara Bersatu.
Ramai penulis2 arab melebelkan penaklukkan ke atas Iraq dan Afganistan sebagai Perang Salib Petrol yang dilancarkan terhadap dunia islam.
Penulis juga melebelkan perang yang sedang dilancarkan adalah PERANG DUNIA KE 4 diantara KRISTIAN DAN ISLAM.
ILHAM DARI PUTERA at 6:12:00 AM
Sunday, February 14, 2010
Langit Yang Mengembalikan
“Demi langit yang mengandungi hujan”.
Atmosfera menglingkupi dari sejumlah lapisan. Setiap lapisan memiliki peranan penting bagi kehidupan. Lapisan lapisan pada bumi adalah seperti Troposfera, Ozon, Ionosfera.
Lapisan Troposfera 13- 15 KM dari permukaan bumi . Wap air yang naik dari dari permukaan bumi terkumpul sehingga penuh dan turun kembali ke bumi sebagai hujan.
Lapisan ozon pada ketinggian 25 KM memantulkan radiasi berbahaya dan sinar ultraviolet yang datang dari ruang angkasa dan mengembalikan kedua-duanya ke ruang angkasa.
Ionosfera memantulkan kembali pancaran gelombang radio dari bumi ke pelbagai belahan bumi lain seperti satelit komunikasi sehingga memungkin kan komunikasi tanpa kabel, pancaran radio dan telivision pada jarak yang jauh.
Lapisan magnet memantulkan kembali partikel- partikel radioaktif berbahaya yang di pancarkan matahari dan bintang –bintang lain ke ruang angkasa sebelum sampai ke bumi.
ILHAM DARI PUTERA at 5:36:00 AM
Saturday, February 13, 2010
Penciptaan Alan Semesta
“Demi langit yang mempunyai jalan-jalan”, (Al-Quran 51:7).
Di alam semesta mempunyai planet2, dan ada juga planet2 yang mempunyai bulan. Semuanya bergerak pada garis peredaran yang dihitung mengikut unit tahun. Masing2 seolah berenang sepanjang garis edar dalam kerasian dan teraturan yang sempurna bersama2 dengan yang lain. Sejumlah komet juga bergerak bersama sepanjang garis edar yang di tetapkan nya.
Saat Al-Quran diturunkan , manusia tidak memeliki teleskop seperti masa kini untuk mengamati ruang angkasa yang berjarak jutaan kilometer.
Tambahan lagi, Allah menciptakan alam semesta untuk kita belajar tentang alam ciptaan tuhan. “Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar, Dia menutupkan malam atas siang dan menutup siang atas malam”, (Al-Quran 39:5)
Keterangan yang di sebut di atas tentang saling menutup satu sama lain berisi keterangan yang tepat mengenai bentuk bumi. Penyataan ini hanya benar jika bumi berbentuk bulat. Semasa Al-Quran diturunkan pada abad ke 7, telah ditetapkan dan di syariatkan bahawa bentuk bumi adalah bulat.
Dahulu kala ahli astronomi memahami bentuk muka bumi secara berbeza. Mereka meyakini bahawa bumi berbentuk mendatar. Jika mereka ke hujung dunia mereka mungkin akan jatuh ke bawah.
“Dan Kami menjanjikan langit itu sebagai atap yang terpelihara, sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda (kekuasaan Allah) yang ada padanya”. (Al-Quran 21:32).
Atmosfera yang menutupi bumi berperanan bagi membolehkan kehidupan. Dengan berfungsi memecahkan sejumlah meteor yang besar mahupun yang kecil ketika memasuki bumi. Ia mencegah ia jatuh secara terus dan membahayakan makhluk hidup.
Atmosfera menapis sinar2 dari ruang angkasa yang membahayakan kehidupan. Atmosfera hanya membiarkan ditembus oleh sinar tidak merbahaya dan berguna. Sesetengah yang menembusi atmosfera adalah penting bagi proses fotosintesis tanaman dan bagi kelansungan seluruh makhluk hidup.
Fungsi pelindungan dari atmosfera tidak berhenti . Atmosfera juga melindungi bumi dari suhu dingin membeku ruang angkasa yang mencapai suhu sekitar 270 darjah celcius di bawah paras beku.
Selain atmosfera terdapat juga Van Allen, Satu lapisan yang tercipta akibat wujudnya medan magnet bumi yang berperanan sebagai perisai melawan radiasi berbahaya yang mengancam Planet kita. Jika Van Allen tiada Semburan energi raksaksa daripada api matahari akan mennghancurkan seluruh kehidupan di muka bumi.
Tenaga yang terpancar dalam satu jilatan api sahaja dan jika dihitung setara dengan 100 juta bom atom yang dijatuhkan di Hiroshima. Ia dapat meningkatkan suhu tiba2 sehingga mencapai 2500 darjah Celcius.
ILHAM DARI PUTERA at 4:23:00 AM
Thursday, February 11, 2010
Apabila Kita Kalah
Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain…. Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir…..
kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini..” Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai….” Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku. Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuba kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang
diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara Islam yang lain plak jadik cam kiter? MALAYSIA DISERANG ???
untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa.(Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)
AMERIKA menyatakan Malaysia sarang pengganas.. Ada pejuang Hizbullah terlepas ke Malaysia …lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia …
AMERIKA menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.
Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.
Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.
Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita… YB Wakil Rakyat… Parlimen dan ADUN… Tauke-tauke Cina yang kaya… semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.
Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMERIKA dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al- Khattab… Khalifah Ali Abi Thalib… Khalifah Khalid Al-Walid… Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi… yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.
SAAT Peperangan bermula….
Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMERIKA dan Sekutunya mengebom…melancar peluru berpandu…membedil…menembak Rakyat Malaysia…mereka membunuh Orang tua…perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita…sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!
AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran.
Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis,Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagipesawat musuh silih berganti…. .
Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang….datang lagi pesawat musuh silih berganti….
Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO…diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya… menghujani bom-bom dan roket…kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh.
Anda di berada di Kedah….Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara…tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda…menentang pintu rumah anda….anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah…
Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda…sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia …muncung senapang ditujukan di kepala anda…
Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006…diajukan muncung senapang…
DAMMMMMM…anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu…Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak..anda tidak mempunyai perasaan apa-apa… sekarang berlaku kepada diri sendiri… baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata…..
Anda menangis ketakutan… .
Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak…untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati….tetapi umur anda masih panjang….anda masih hidup…anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri….
Anda mengalirkan air mata… INGAT AKAN ALLAH….
Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.
Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri.. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini….Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata…Anak kecil ditembak didepan mata…Isteri dirampas untuk diperkosa… . didepan mata!!!!kawan-kawan. ..sahabat taulan… ramai yang terkorban..dan tidak kurang juga yang cedera parahh..
Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri…mereka tidak bernasib baik seperti anda…
Diatas bukit itu juga…anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat… mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah… tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa…Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti….
Apa yang anda Harapkan pada masa itu????
Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali…
BANTUAN ALLAH….
BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH…
ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA … ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA,SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG
LAINNNNNN… ..BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI……
Tetapi tunggu punya tunggu…. bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba…
ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN
menyatakan:
“Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia ”
(Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)
“Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti…setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu”(Presiden NAM )
“Alhamdulillah. .. Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan.. .Kita semua patut bersyukur… kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni”, Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)
“Tak apa… selepas peperangan tamat… Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia ” (Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand )
“Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk
Islam Malaysia yang dilanda peperangan” Pemimpin Arab Saudi)..bagi komen dan pendapat…
APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??
fikir-fikirkan. ……
ILHAM DARI PUTERA at 5:15:00 AM
Wednesday, February 10, 2010
Sunday, February 07, 2010
Kiamat Hampir Dah??.
Adakah secara kebetulan atau ia petanda akan sesuatu hari yang akan datang.
(27-11-2009)hari raya aidiladha "hari jumaat"
(18-12-2009)tahun baru hijrah "hari jumaat"
(25-12-2009)hari krismas "hari jumaat"
(1-1-2010)tahun baru "hari jumaat"
(26-2-2010)maulidur rasul "hari jumaat"
(2-4-2010)good friday "hari jumaat"
(28-5-2010)hari wesak "hari jumaat"
(10-9-2010)hari raya aidilfitri "hari jumaat"
(27-8-2010)nuzul al-quran "hari jumaat"
(5-11-2010)depavali "hari jumaat"
Lu Fikir La Sendiri. Saja nak promote filem baru . hahhaaha
ILHAM DARI PUTERA at 7:37:00 PM
Dasar Luar Venuzuela
Dalam konteks hubungan antarabangsa, negara2 Latin bersikap kontra terhadap AS dan negara pakatan lain. Selain Malaysia, Libya, Iran dan Cuba yang sering dilabel sebagai suara penentang apabila ditindas, tidak mematuhi peraturan dan perundangan antarabangsa. Kini suara lantang tersebut dari Venuzuela pula menerusi kepimpinan Hugo Chaves. Chaves dilihat tidak senang dengan tindak-tanduk AS yang cuba mendominasi Venuzuela. Ini menyebabkan US bertindak provokatif untuk menjatuhkan pemerintahan Chaves. Tindakan US yang berterusan bertindak provokatif dilihat sebagai keangkuhan kepada ketidakadilan dasar antarabangsa kuasa besar dunia. Tindakan provokatif dilihat cuba memusnahkan integriti dan kedaulatan negara. Percubaan untuk campur tangan bagi mempengaruhi geopolitik negara terbukti berlaku. Chaves beberapa kali cuba diguling sama ada melalui rampasan kuasa, ketenteraan atau pilihanraya dimana penentang presiden dilihat rakan atau proksi kuasa besar AS.
Sokongan kuasa US terhadap rampasan kuasa tentera 12 April 2002 membuktikan penglibatan kuasa asing dalam persekitaran politik Venuezuela.
Hugo dilihat memberi nafas baru kepada perjuangan menentang campur tangan US di negara2 lain dunia terutamanya di Latin. Tidak hairan lah beliau digelar Fidel Castro ke dua. Suara lantang amat penting bagi seimbangkan penindasan jurang ekonomi blok utara (AS, Kanada dan Eropah). Peranan pemimpin seperti Dr M amatlah ditunggu2 kerana memperjuangkan keamanan dan anti penindasan.
Tindakan Chaves yang lantang dan berani berkait rapat dengan peristiwa/krisis yang didalangi US bagi menjatuhkan pentadbirannya. Dari negara terpendam dan kini meningkatkan imej dan prestij di kaca mata antarabangsa. Beliau dilihat memberi imbangan pengaruh terhadap tindakan US yang ingin menguasai dunia.
Pada Feb 2005, dalam temu bual di tv, beliau ada menyatakan bahawa jika dia mati dibunuh yang bertanggungjawab adalah Presiden AS. Betapa kontra nya pendapat perjuangan beliau.
Presiden Romulo Gallegos, Presiden pertama dijatuhkan melalui rampasan kuasa tentera selepas 8 bulan berkuasa. Rampasan kuasa diketahui Marcos Perez Jimenez mendapat restu bantuan ketenteraan AS. Sekali gus membuktikan penglibatan campur asing dalam persekitaran politik Venuzuela. Beliau menyokong perjuangan Castro dan menyelar AS dan mengelar George W.Bush sebagai syaitan. Ia dilakukan secara terbuka di Perhimpunan Agong Bangsa2 Bersatu pada 19 September 2006 dan mendapat liputan meluas media seluruh dunia.
Sikap kontra Chaves bermula apabila melakukan lawatan rasmi negara ke Iraq (10 Ogos 2000) Beliau satu satunya negara yang melakukan lawatan ke Iraq selepas tercetusnya Perang Teluk (1991). Ini menjadikan AS tidak senang dengan Hugo Chaves.
Keberanian Chaves tergambar apabila beliau berani memberi amaran keras kepada duta AS ke Caracas untuk tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran politik dan ekonomi Venuezuela. Pernah memberi amaran keras meminta duta AS meninggalkan Venuezuela kerana mencampuri urusan negara. Kenyataan nya berbunyi , “Kamu telah melanggar Piagam Geneva sekiranya kamu terus campur tangan dalam hal ehwal Venuezuela kamu boleh di istiharkan sebagai Persona Non Grata dan keluar dari sini “Chaves kepada William Brownfield).
Tindakan usir adalah susulan dari pernyataan duta itu sendiri seolah2 campur tangan dalam urusan Venuezuela.
Sekali gus memberi gambaran negatif kepada hubungan dua hala. Tindak balas Chaves memberi isyarat kepada dunia bahawa ketegangan hubungan diplomatic antara Caracas- Washington semakin memuncak.
AS mencorak hubungan luarnya berdasarkan kepentingan negaranya tanpa memikir kesan terhadap negara lain. Semestinya ia tidak digemari negara lain dan mengdisriminasi negara dunia ke tiga. AS negara yang memiliki keupayaan ekonomi yang kukuh dilihat memenopoli kekuatan ekonomi dunia dengan melakukan hubunga diplomatic, ekonomi dan lain2.
Pada 24 Feb 2007, negara itu menghabiskan lebih 50 billion untuk membendung hegemoni AS serta tabung Kewangan Antarabangsa (iMF).
ILHAM DARI PUTERA at 10:39:00 AM
Kekuatan Ekonomi Minyak Venuzuela
Penerokaan minyak bermula pada tahun 1908-1935 dimana satu ledakan ekonomi terpenting dalam susun atur politik, ekonomi dan social negara memberi signifikasi penting untuk Venuzuela untuk muncul sebagai kuasa serantau. Penemuan minyak telah menjadi nadi ekonomi dan pendapatan negaranya. Ia juga menjadikan Venuzuela antara pengeksport terbesar dunia.
Menjadi pengeksport minyak pada 2004, menjadi pengeksport untuk lebih 2.36 juta tong minyak mentah sehari sekaligus menunjukkan bahawa negara itu antara negara terpenting dalam menjamin pasaran minyak antarabangsa.
Amerika dilihat sebagai negara pengimport terbesar berdasarkan laporan EIA 2004 11.8 juta, Jepun 5.3 juta, China 2.9 juta, Jermen 2.5 juta, Korea Selatan 2.1 juta, Perancis 2.0 juta, Italy 1.7 juta, Sepanyol 1.6 juta, India 1.6 juta, Taiwan 1.0 juta,
Sebarang perubahan di Venuzuela akan mengubah harga minya US dan sekali gus dunia. Sebagai salah sebuah negara dalam negara2 pengeluar minyak OPEC menjadikannya rakan dagangan utama pilihan bagi negara2 pengguna dan pengimport minyak dunia. Ini menyebabkan US rakus terhadap Venuzuela . Yang menariknya dalam 11 ahli OPEC, Venuzuela sahaja yang datang dari negara bukan islam.
ILHAM DARI PUTERA at 7:12:00 AM
Ekonomi Dan Perniagaan Venuezuela
AS merupakan rakan dagang terbesar Venuezuela. AS mengimport 60% dari eksport tahunan Venuezuela (2005) diikuti Columbia (8%), Belanda (8%), Mexico (4%), Ecador (2%).
Dari segi peratusan perdagangan, Venuzuela merupakan pasaran besar bagi peniaga AS diikuti Columbia (17%), Brazil (9%), China (5%), Jepun (4%), Jermen (3%) dan Panama (3%).
Pada tahun 2002, pendominasian ekonomi didominasi AS dan negara maju lain. AS mempunyai keupayaan ekonomi AS$ 11 TRILLION manakala negara miskin 6.4 Trillion dari 33.3 TRILION. Ini jelas menunjukkan bahawa negara kaya mempunyai keupayaan ekonomi jauh lebih besar dari negara miskin.
Pada 13 Januari 2007, lawatan Presiden Iran Ahmadinejjad ke Caracas memberi satu suntikan baru hubungan dua hala Venuzuela-Iran. Persetujuan kedua2 buah negara bagi membiayai projek2 negara lain untuk membantu menangkis domonasi AS dilihat mengimbangi kuasa besar.
Lawatan ke dua selepas 4 bualan menunjukan Iran bersedia menghadapi cubaan menghadapi sekatan antarabangsa berhubung Projek Nuklear serta membentuk satu rangkaian sekutu dari negara haluan kiri.
Ini membuktikan bahawa pakatan anti AS wujud secara tersusun dan sistematik. Ini menggambarkan wujud kerjasama lebih erat bagi membedung manipulasi Washington menerusi politik, ekonomi dan ketenteraan.
Kedua2 negara yang kaya mampu mewujudkan dana RM7.2 BILLION bertujuan membiayaai perlaburan di Venuzuela dan Iran membuktikan bahawa pakatan antara negara mampu mewujudkan jaringan dan peluang ekonomi yang lebih berkesan di bawah kemakmuran kejiranan.
ILHAM DARI PUTERA at 4:40:00 AM
Saturday, February 06, 2010
Venuzuela Suara Dunia Ketiga
Setiap negara memerlukan interaksi dengan negara2 lain bagi memantapkan kedaulatan negara dan cuba mendapatkan pengiktirafan di ruang diplomasi antarabangsa. Jelas sekali dunia yang semakin tidak bersepadan ini memerlukan hubungan politik dan ekonomi. Dalam era ini, tidak ada satu negara pun mampu sendirian tanpa sebarang perhubungan satu sama lain.
Setiap tingkah laku yang berlaku memberi perubahan dan impak terhadap persekitaran antarabangsa . Pengamatan mengenai kebangkitan negara tersebut menampakkan satu wadah kepimpinan baru bagi rumpun selatan dan Dunia KeTiga.
Venuezuela merupakan sebuah negara persinggahan Christopher Columbus dan Alfonso de Ojeda pada 1498-1499. Pada masa itu Venuezuela didiami oleh kaum Arawak dan Chibcha. Mengalami perubahan politik, ekonomi dan social apabila Sepanyol menjajah timur laut Venuezuela dan kemudiannya membentuk sebuah negara Venuezuela pada 1521. Penjajahan berterusan sehingga 1811 apabila berlakunya pemberontakan.
Semenjak Venuzuela bebas dari penjajahan , proses modenisasi digerakkan dan mencuba melakukan yang terbaik bagi menarik pelaburan asing dan membangunkan insfrastruktur, pertanian dan pendidikan. Era Antonio Guzman Blanco (1870-1888) memaparkan satu cubaan membina sebuah negara maju dan moden.
Pada tahun 1902, disebabkan pergantungan dana dari negara asing, perlabuhan terpenting di Venuzuela dihalang operasi menerusi sekatan dan ancaman daripada British, Itali dan Germen. Ini bukti pihak barat masih ingin menjajah dan tidak puas hati dengan penjajahan masa lampau sehingga masih berani menggangu gugat negara lain semata2 menjaga kepentingan mereka sendiri.
Sejarah yang panjang menyebabkan negaranya utuh dalam survival di peringkat antarabangsa . Venuzuela merupakan negara pengeluar minyak mentah yang terbesar di pasaran minyak mentah global. Semasa pemerintahan Juan Vicente Gomes memulakan eksplorasi dalam bidang petroleum di Venuzuela.
ILHAM DARI PUTERA at 4:56:00 AM
Pengerak Semula Darwinisme.
Di barat terdapat ilmuan menjadi evolutionist atau materialistic kerana seseorang ilmuan perlu memenuhi pra syarat untuk mendapat promosi , diiktiraf akedemik agar diiktiraf dalam jurnal ilmiah. Memang telah menjadi dasar sains dan teknologi negara2 barat.
Individu yang mengekemukakan teori evolusi dan mempertahankan nya adalah seorang ilmuan Inggeris yang bernama Charles Robert Darwin.
Darwin tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang biologi. Dia hanya memiliki minat terhadap alam dan makhluk hidup. Minat ini menyebabkan beliau sacara sukarela berlayar dengan sebuah kapal bernama H.M.S pada tahun 1832. Beliau sangat terpesona dengan pelbagai jenis species makhluk hidup terutamanya jenis2 burung Finch di kepulauan Galapagos. Beliau mengira bentuk variasi paruh pada burung tersebut. Kemudian lahirlah konsep adaptasi terhadap persekitaran.
Konsep ini ada kaitan juga dengan Hukum Seleksi Alam. Ini dikira menemukan asal usul species. Satu species berasal dari species yang lain. Beliau menerbitkan buku yang berjudul The Origin Of Species By Mean Of Natural Selection pada tahun 1859.
Teori Darwin dipandu oleh ahli biologi Perancis yang bernama Lamarck. Menurut beliau makhluk hidup mewariskan ciri-ciri yang mereka dapat selama hidupnya dari satu generasi ke generasi sehingga terjadi evolusi.
Salah satu dalam aspek dalam diri penemu Darwinisma adalah pandangan beliau mengenai warna kulit manusia di muka bumi ini. Beliau menganggap orang kulit putih Eropah lebih baik dan lebih maju daripada ras manusia yang lain.
Darwin berpendapat orang kulit hitam dan orang Oborigin Australia sama dengan Gorila. Golongan ini digelar golongan tidak beradab. Golongan tidak beradab akan disingkirkan sedikit demi sedikit.
Di saat kemunculan buku Darwin, seorang ahli Botani Gregor bernama Gregor Mendel menemukan hokum penurunan sifat pada tahun 1900. Saat ini melahirkan satu cabang biology yang di beri nama GENETIK. Beberapa tahun kemudian struktur gen dan kromosom ditemukan. Pada tahun 1950, penemuan struktur molekul DNA yang berisi informasi genetic menghempas teori evolusi Darwin.
Beberapa dekad lalu Era perjuangan barat dalam membuktikan kebenaran Neo-Darwinisme. Bukti baru pihak golongan Neo-Darwinisme berupaya memberi contoh mutasi yang menguntungkan. Neo- Darwinis berupaya memberi contoh mutasi yang menguntungkan dengan melakukan ribuan eksperimen mutasi. Yang teruk nya, usaha mereka berakhir dengan kegagalan keseluruhan.
Sebahagian besar pembela fanatik muncul pada 1970. Awalnya ahli Paleontologi Amerika, Niles Eldredge dan Stephen Jay Gould sangat sedar bahawa pernyataan Neo-Darwinisme telah meruntuhkan secara keseluruhan dari cacatan fosil sejarah. Fosil membuktikan bahawa makluk hidup tidak berasal dari evolusi bertahap tetapi tiba secara tiba2 dan sudah terbentuk sepenuhnya.
Darwin mengajukan kesimpulan nya semasa bidang genetic, mikrobiologi dan biokimia belum diteroka. Jikalau bidang2 ini ditemukan kan dahulu maka Darwin akan sedar bahawa teori nya benar2 tidak ilmiah.
Begitu juga dengan dunia ilmu pengetahuan pada masa itu yang hanya memeliki pemahaman yang dangkal dan kasar tentang struktur dan fungsi sel.
ILHAM DARI PUTERA at 4:54:00 AM





























