Mencari Hasil Ilmu

Wednesday, October 28, 2009

Muzium Padi

Muzium padi Gunung Keriang Jitra Kedah. Ada 3 tingkat. Tingkat bawah sekali terletaknya bahan2 pameran mengenai penanaman padi yang terdapat di negari Kedah terutamanya. Kebanyakkannya adalah sistem penanaman padi yang agak lama. Yang tak pernah di tengok oleh orang muda mudi.



Tingkat kedua ialah ruangan istirehat dimana terdapat ruangan tayangan video, khas untuk lepak kalau penat.



Tingkat atas paling best. Sebab ada ilustrasi pemandangan suasana penanaman padi di negeri Kedah. Ditambah lagi dengan platform berputar yang boleh bergerak sendiri.



















Tallest Tower







Melawat Alor Setar (Menara Alor Setar)





















Bismillah

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama sin gkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. '

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi.

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sa kit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Sunday, October 25, 2009

Tragedi Perang

TRAGEDI peperangan tidak pernah memberi sebarang keuntungan kepada kehidupan manusia sejagat. Apatah lagi dalam setiap perang yang berlaku dalam dunia moden sekarang ia dikaitkan dengan peranan kuasa-kuasa besar sama ada secara langsung atau pun di belakang tabir.

Jika dahulu peperangan yang berlaku hanya melibatkan di antara tentera sahaja tetapi kini skop serangan semakin meluas sehingga melibatkan kawasan bandar mahupun kampung. Yang menjadi mangsa adalah masyarakat sama ada kanak-kanak, wanita mahupun orang tua.

Dalam wawancara dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berlangsung di pejabatnya di tingkat 86, Menara Berkembar Petronas bersama wartawan Mingguan Malaysia, WAN NORAZAH WAN CHIK dan HAFIZAHRIL HAMID beliau dengan lantang mengecam peperangan sebagai satu jenayah yang digunakan kuasa besar sebagai alasan untuk mewujudkan keamanan.

Beliau turut berharap melalui Persidangan dan Pameran Antarabangsa mengenai Jenayah Perang yang dianjurkan Pertubuhan Keamanan Sejagat Perdana (PGPF) selama empat hari mulai Rabu ini, ia dapat mendidik masyarakat dunia mengenai erti peperangan serta menanamkan sifat sukakan keamanan, kasih sayang dan belas kasihan.

Macam mana kita boleh mendedahkan jenayah perang kerana kuasa-kuasa besar sering memainkan peranan di belakang tabir?

Dr. Mahathir: Kalau kita lihat dahulu dalam soal perhambaan yang mengamalkan, mendagang serta mempunyai hamba yang ramai adalah mereka dari negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan Britain. Tetapi apabila mereka memperolehi pendapat umum yang menolak perkara ini melalui suara dan undi mereka, maka kita boleh secara beransur-ansur menukar pemikiran.

Kita punya cadangan adalah supaya sesiapa yang ingin jadi calon presiden, ahli Kongres atau ahli Parlimen di negara-negara yang mempunyai kekuatan ketenteraan, mereka perlu berikrar tidak akan menggunakan peperangan untuk menyelesaikan sebarang pertelingkahan. Jika kita bagi sokongan kepada pemimpin seperti ini maka kita akan dapat Parlimen yang dipenuhi oleh mereka yang anti peperangan. Mereka ini juga boleh membuat undang-undang mencegah perang. Inilah yang berlaku ketika cubaan menghapuskan perhambaan. William Wilberforce, seorang ahli Parlimen Britain telah berusaha selama 20 tahun untuk menghentikan perdagangan hamba.

Namun akhirnya bukan sahaja perdagangan hamba dihentikan oleh kuasa besar dan peniaga besar tetapi hati kecil manusia beranggapan mempunyai hamba adalah sesuatu yang tidak harus dilakukan oleh mereka yang bertamadun. Mungkin satu hari kita akan mendapati orang ramai yang akan menjadi mangsa bila ada peperangan, mereka akan jadi mangsa.

Dahulu perang hanya membabitkan tentera dengan tentera di lapangan perang. Namun sekarang seluruh negara adalah lapangan perang. Apabila tentera meletupkan bom mereka bukan memilih sama ada mangsa itu askar atau atau bukan askar. Semua jadi mangsa sama ada orang tua, muda, perempuan atau lelaki semua kena. Maka ia adalah atas kepentingan orang ramai bahawa perang perlu dihapuskan. Ini kerana yang akan jadi mangsa adalah orang ramai sama ada mereka ini penyokong kerajaan atau musuh semua kena.

Bagaimana dengan pandangan bahawa kebanyakan peperangan dilakukan untuk melariskan perdagangan senjata?

DR. MAHATHIR: Ini sudah menjadi satu masalah yang besar. Sebenarnya industri senjata merupakan penyumbang terbanyak kepada ekonomi sesebuah negara. Jika tidak ada industri senjata atau penyelidikan berjuta pekerja akan kehilangan kerja mereka dan juga para kapitalis akan kehilangan keuntungan mereka. Namun apabila kita menghasilkan senjata maka ia akan ditambah baik dan ia akan dihasilkan dalam skala yang besar. Ini seolah-olah menunjukkan semakin banyak senjata maka kita tidak akan kalah dalam perang.

Wednesday, October 21, 2009

Pertandingan Ragbi Bawah 16 Tahun

Pertandingan di antara pasukan ragbi sekolah menengah di seluruh negeri perlis. Peserta yang ke final adalah SMK syed sirajuddin dan SMK Abi.







































Hari Terakhir Di Shah Alam

Tarikh 16 hari bulan adalah hari terakhir aku di Shah Alam. Tidur semalam di Blue Wave Hotel Shah Alam.

Hari selepas tu aku ke Putrajaya untuk urusan kerja.





Perbezaan Undang2 Di Malaysia

Saiz rotan bagi pesalah jenayah sivil tidak dinyatakan dan bergaris pusat 1.25 cm manakala saiz rotan bagi pesalah jenayah syariah menggunakan panjang rotan 1.22m dan bergaris pusat 1.25cm.

Pesalah jenayah sivil peperiksaan kesihatan boleh dilakukan oleh mana2 pegawai kesihatan manakala pesalah jenayah syariah dilakukan oleh pegawai perubatan yang beragama islam.

Hukuman sebat (sivil) dilaksanakan oleh mana mana pegawai sebat rotan yang dilantik oleh Kominsioner Jeneral Penjara manakala sebat (syariah) dilakukan oleh pegawai sebat yang beragama islam sahaja.

Pukulan sebat (sivil) hendaklah di bahagian punggung manakala pukulan sebat (syariah) di lakukan di mana bahagian tubuh badan kecuali muka ,kepala, perut dan bahagian kemaluan.

Rotan (sivil) diangkat setinggi mungkin dan dilibas ke punggung pesalah manakala pegawai (syariah) tidak boleh mengangkat alat sebatan melebihi paras kepalanya dan pukulannya hendaklah di buat secara sederhana supaya tidak melukakan kulitnya.

Pesalah sivil tidak memakai pakaian dan hanya ditutup di bahagian alat sulit sahaja dan di ikat di Tripod. Pesalah Syariah bagi laki2 hendaklah berdiri dan perempuan hendaklah duduk di atas kerusi yang tiada penyandar dan dikehendaki memakai pakaian nipis.

Pesalah jenayah sivil, jika sebahagian atau keseluruhannya hukuman sebat tidak dapat dilaksanakan atas sebab2 kesihatan maka ia akan dirujuk ke makamah. Bagi jenayah syariah boleh di tanggugkan sehingga pesalah itu sihat tubuhnya untuk menjalani baki hukuman itu.

Perempuan (hukuman jenayah sivil) tidak boleh dikenakan hukuman sebatan manakala perempuan (hukuman jenayah syariah) boleh di kenakan hukuman sebat.

Tiada saksi (undang2 sivil) di perlukan semasa upacara sebat dijalankan manakala saksi (undang2 syariah) sekurang2 nya 4 lelaki islam.

Tuesday, October 20, 2009

Hukuman Sebat

Jenis- Jenis Kesalahan Yang Memerlukan Hukuman Sebat.

  • Zina.Surah An-Nur ayat 2.
  • Menuduh Zina. An-Nur ayat 4.
  • Minum Arak. Al- Maidah ayat 90.
Alat Sebatan

Dalam islam alat yang boleh di gunakan adalah rotan, pelepah Tamar, ranting kayu atau hujung kain. Rotan yang digunakan perlulah sederhana. Tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, tidak pecah2 dan tidak berbuku2.

Tidak mencederakan dan tidak menyebabkan luka ke atas pesalah. Tujuan hukuman sebat adalah mencegah/ memberi pengajaran bukan memudaratkan.

Ukuran alat sebatan adalah sama ukurannya (kira2 panjang nya tidak melebihi 1.22 meter dan tebal 1.25 cm).

Sebab Sebab Terhalang Hukuman Sebat.

 Apabila pesalah menarik balik pengakuan sebelum hukuman sebat dilaksanakan. Sama ada secara lansung atau tidak.
 Apabila saksi2 mengubah pendirian dan menarik balik kenyataansebelum di laksanakan hukuman sebat.

Undang2 Sebat (minum arak) Di Malaysia

Negeri2 Yang Melaksanakan Undang2 Sebat di Malaysia.

Kelantan
Kesalahan meminum minumam yang memabukkan seks 25 enekmen jenayah syariah 1985. Denda tidak melebihi Rm 5000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua2 sekali dan sebat tidak melebihi 6 kali

Pahang
Kesalahan meminum minuman yang memabukkan seksyen 125(3) enekmen tatacara jenayah syariah 2002.Hukuman denda tidak melebihi RM 5000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau sebat tidak melebihi 6 kali atau mana2 kombinasi.

Perlis
Kesalahan minimum minum minuman yang memabukkan seksyen 24 enekmen jenayah dalam syarak 1991. Hukuman denda tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau sebat tidak melebihi 6 kali atau mana2 kombinasi.