Berlansung pada hari sabtu yang lepas. Diadakan sempena ulang tahun ke 25 TV3 di dataran merdeka Kuala Lumpur dari pukul 2 petang sampai 1100. Aku pergi naik komuter ngan kawan aku yang nak sangat pergi ke sana. Nak kata ramai orang mestilah pada masa konsert sebab penuh ngan orang.
Ada 5 booth aja. Hotlink, Hot Fm, MyTV3, Tv3 Kids dan acara padang seperti tarik tali angkat baldi air, Bang Bang Boom dan lain lain lagi.
Booth Hot Fm memang No 1. So hot sebab hanya ada satu kipas. kakakaakaka. Booth lain semua ada 2@3 kipas. hahaahahah.
Kamal ni posing malu2 pulak tapi sebenar nya nak tunjuk jam mahal nya. Jangan marah Kamal.
Sape yang mesej tu. New gossip.

Hero baru malaysia. Orang kelantan katakan. Padan la jambu bangat. sekali nampak macam pompuan sekali nampak macam laki pulak. 



Remy dengan gaya dari filem Comolot. Ala2 gaya laki lembut. So sporting Remy.


Last but not least. Aidid Marcello macam tak mesra rakyat pulak aku nampak. Dari penglihatan aku.
Monday, June 22, 2009
Konsert Inspirasi TV3
ILHAM DARI PUTERA at 8:17:00 PM
Sunday, June 21, 2009
Dostana
Satu movie hindustan yang aku suka tengok. So fun. Susah aku nak tengok/minat movie hindustan.
Kisah mengenai dua orang pemuda yang sanggup menyamar hanya untuk mendapat cinta seorang gadis.
Lakonan John Abraham, Abhishek, Priyanka Chopra.
ILHAM DARI PUTERA at 10:14:00 PM
Thursday, June 18, 2009
Marcel Vista Video
Nak kongsi seorang personaliti/model yang cukup cute miut ni. Namanya MARCEL. Model kepada vista Video, Score underwear, workout inspiration, Michael bergin underwear dan macam2 lagi. kekekekekeeke.
ILHAM DARI PUTERA at 10:03:00 AM
Monday, June 15, 2009
Formula One Malaysia

One malaysia bukan lah sesuatu yang baru seperti yang diperkatakan oleh segolongan pihak. Konsep ini merupakan legasi pemimpin lama melalui pendekatan yang baru untuk generasi MALAYSIA yang silih berganti supaya lebih releven dengan semasa. Dasar ini merupakan dasar pelengkap kepada WAWASAN 2020 yang diterapkan kepada rakyat MALAYSIA dan mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat. Ini merupakan inspirasi terakhir tindakan kerajaan bagi mencapai status negara maju yang mahukan rakyat berbilang kaum untuk bersatu padu.
Konsep One Malaysia mempunyai 2 ciri asas iaitu nilai perpaduan dan nilai inspirasi.
Nilai perpaduan dengan memastikan penerimaan semua kaum di Malaysia dan tidak menidakkan undang2 yang sedia ada serta memastikan kepentingan sosial.
Nilai inspirasi pula menekan kan prinsip budaya kecermelangan, keberanian berinovasi, meritokrasi berlandaskan undang2, ketabahan, intergriti dan penguasaan ilmu.
Ini untuk menyerlahkan lagi negara bangsa yang bergelar Malaysia.
Sumber semasa ucapan Perdana Menteri di dewan rakyat secara LIVE di TV1.
ILHAM DARI PUTERA at 4:19:00 PM
Saturday, June 13, 2009
Anu Dalam Botol
Atas nasihat pihak Jakim dan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) judul filem Anu Dalam Botol kini telah ditukar kepada tajuk asalnya, Botol Dalam Almari (Bottle in the Closet).
"Terus-terang saya memang terkilan kerana terpaksa menggugurkan judul Anu Dalam Botol kerana selama ini ramai orang dalam industri telah menerima dan terbiasa dengan judul itu. Tapi saya tetap akur dengan permintaan Jakim dan LPF sebab saya tidak boleh bersikap pentingkan diri sendiri dan sedar pihak terbabit mempunyai sebab kenapa tidak meluluskan tajuk itu.
"Pada mereka anu itu merujuk kepada alat sulit atau zakar. Jadi ia tidak sesuai dengan norma-norma hidup masyarakat tempatan dan ketimuran," jelas Raja Azmi.
Tentang pandangan pihak Jakim dan LPF terhadap keseluruhan skrip Botol Dalam Almari, Raja Azmi berkata, kedua-dua pihak tersebut tidak menyentuh tentang apa-apa pemotongan beberapa babak filem tersebut.
"Tetapi, mereka ada minta supaya adegan ranjang dapat dilakukan secara beralas dan tidak terlalu direct. Beberapa isu agama dalam skrip filem itu pula masih diteliti pihak Jakim untuk memperkukuhkannya," kata Raja Azmi yang terharu mendapat sokongan banyak pihak untuk menghasilkan filem itu.
Sambung Raja Azmi lagi, sebaik saja tugas pra-produksi Botol Dalam Almari dilakukan, pihaknya akan membuka peraduan memilih watak Rubidin/ Ruby dan Ghous kepada peminat filem tanah air.
"Kita sudah pun ada calon Top 5 untuk watak Rubidin/Ruby dan Top 5 bagi watak Ghous. Sekarang ini hanya tunggu masa untuk peminat sendiri memilih siapa yang layak mengisi kedua-dua watak tersebut. Kita rasa penonton juga ada citarasa untuk menyumbang kepada pembikinan filem ini.
"Bagi saya ini sesuatu yang baru dalam industri dan belum pernah peminat yang menentukan siapa pelakon utama sesebuah filem. Saya sudah maklumkan perkara ini kepada semua pelakon terbabit dan mereka tidak kisah, bersifat terbuka dan menganggap ia sebagai satu cara baru dalam pembikinan filem. Semua adalah soal rezeki juga.
"Untuk peminat, saya akan menyediakan hadiah yang menarik dan tunggu peraduan ini yang kemungkinan besar akan dibuat dengan kerjasama murai.com.my sendiri," kata Raja Azmi..jpg)
Calon Top 5 Bagi Watak Ghous
Tony Eusoff
Norman Hakim
Fauzi Nawawi
Nazim Osman
Wan Raja
Calon Top 5 Bagi Watak Rubidin/ Ruby
Zizan Nin
Adiputra
Arja Lee
Kefli AF
Ryzal (Dunia Baru/ KRU)
ILHAM DARI PUTERA at 8:51:00 AM
Thursday, June 11, 2009
Saturday, June 06, 2009
Thursday, June 04, 2009
Puteri Santubung dan Puteri Sejinjang
Persembahan Teater Zam (Budak Faundation sains) bertajuk Puteri Santubung Dan Puteri Sejinjang. Turn No 7 sebelah malam.
Part one;
Disekitar hari rehesel dan sebelum Hari Kemuncak.
Melukis prop dengan tekun nyer.
On Rehesel. Posing jangan tak posing.
Posing lagi.
Macam tak pernah jumpa benda tu.
Dengan penuh perasaan bermain piano.
Dalam kelas semasa lecture tak ader la.
Part 2 :
Hari Kemuncak Berlakon Teater sempena Subjek Ko-corikulum.
Puteri2 sedang memegang hadiah tempat ke tiga yang dimenangi group mereka.
Pose jangan tak pose.
Barisan pelakon masa hadapan.
Berlakon sebagai watak nenek tua. Nenek memang la tua. First watak yang masuk. Nenek ni memang pandai berlakon. Pelakon of the year
Hero-Hero di dalam Puteri Santubung dan Puteri Sejinjang.
Jangan Jelous dengan ketampanan kami bertiga. hehehehehehe.
Prop sahaja penuh satu belakang stage.
Preparatin of the night.Pakai jangan tak pakai.
Tiba giliran budak handsome nak pose. heheheeheheh
Semua pelakon Puteri Santubung dan Puteri Sejinjang pose pulak.
ILHAM DARI PUTERA at 10:50:00 PM
Wednesday, June 03, 2009
B-SPOT
Suara Generasi Belia Baru. Setiap Hari Selasa jam 1000 malam. Boleh dikatakan macam rancangan debat oleh remaja2 untuk remaja.
Untuk yang tak terlepas satu2 episod bleh lah menonton di 'Catch Up' Tv di www.satusuara.com.
ILHAM DARI PUTERA at 9:04:00 AM
Tuesday, June 02, 2009
Bio-Nik

Jom saksikan Drama Bi-Nik di TV3 setiap hari isnin jam 0900-1000 di tv3. Best giler cerita ni sebab kualiti macam drama luar negara. Memang banyak Komputer generated , gambar tampal tapi still best
ILHAM DARI PUTERA at 10:50:00 AM










