Mencari Hasil Ilmu

Sunday, July 08, 2012

male human genital

Saiz zakar manusia terbahagi kepada dua kategori iaitu ia dikira dari segi kepanjangan nya dan ukuran lilit.

Jika di ukur dari semua jenis keluarga beruk (keluarga-homo), saiz zakar manusia merupakan yang terbesar sekali dibandingkan dengan gorilla, monyet, dan macam macam.

Saiz zakar lelaki boleh di kira berdasarkan kepanjangan tempoh eraksi, terutamanya masa kemuncak, masanya, suhu bilik, kekerapan melakukan seks dan teknik pengukuran sais zakar itu sendiri.

Saiz zakar boleh diukur di bahagian bawah zakar dari kepala zakar sehingga pangkal zakar selagi zakar itu timbul di permukaan.

Ukur lilit zakar pula boleh diukur pada masa di saat ereksi penuh. Cara mengukur adalah dengan mengukur secara melilit penuh pada zakar.


Satu kajian dari Kinsey, mengikut set data yang diperolehi, beliau mengatakan bahawa lelaki homoseksual memiliki saiz zakar yang besar berbanding lelaki heteroseksual. Satu factor interpretasi adalah terdapat pengaruh hormon androgen semasa perkembangan embryo.

Kawasan sensitive organ kemaluan wanita termasuk vulva, clitoris dan vigina (4 inci). Terdapat juga Clitoris yang menganjur sehingga ke vulva dan vagina. Jika terdapat banyak tekanan di kawasan vagina menyebabkan vagina akan mengeluarkan cecair tersendiri bagi melincirkan kawasan tekanan itu. Semakin kuat tekanan, semakin banyak cecair yang akan keluar.

Saiz vagina boleh berubah dari keadaan biasa sehingga 2/3 lebih besar. Dinding vagina terdiri daripada membran mucus yang membolehkan nya meregang mengikiut saiz zakar yang diterima. Ini bermaksud vagina boleh menerima saiz dari pelbagai saiz zakar.

Friday, June 22, 2012

9 Satanic Statement

9 Satanic Statement

Satan 100% menolak larangan agama.

Satan mewakilli kewujudan dan berkait rapat dengan spiritual.

Satan menolak hipokrasi.

Satan mewakili kebaikan bagi mereka yang layak dan kerosakan bagi mereka yang tidak layak.

Satan mewakilli dendam yang terpendam.

Satan mewakilli tanggungjawab untuk mereka yang bertanggungjawab.

Satan adalah manusia seperti mana haiwan haiwan yang ada di muka bumi ini. Ada antara mereka yang lebih hina lagi daripada haiwan yang berkaki 4. Disebabkan perkembangan akal dan semangat suci manusia ditingkatkan dari paras seperti haiwan ini.

Satan mewakilli dosa dosa yang wujud di dunia ini. Ia membawa kepada fizikal, mental dan graffiti emosi.

Satan boleh menjadi kawan baik kepada mana mana gereja dan sering berurusan dengannya.

Tuesday, June 12, 2012

Teknologi pembuatan besi sejak zaman Nabi Daud

Teknologi pembuatan besi bermula sejak zaman Nabi Daud lagi. Hal ini diungkapkan lagi di dalah Surah Al-Anbiya ayat 80.

“Dan telah kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu. Guna memelihara kamu dalam peperanganmu. Maka, hendaklah kamu bersyukur (kepada Allah)”.

Fakta seterusnya adalah pada ayat 10 Surah Saba.

“Dan sesunguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman), Hai Gunung-gunung dan burung burung, bertasbihlah berulang ulang bersama Daud, dan Kami telah melunakkan besi untuknya.”

Dalam Surah Saba Ayat 11 pula menyatakan bahawa caca cara membuat baju besi.

“Buatlah baju besi yang besar besar dan ukurlah anyamnnya dan kerjakanlah amalan yang soleh. Sesungguhnya Aku melihat apa yang kamu kerjakan”.

Begitu juga dalam Surat An-Nahl ayat 81

Dan Allah menjadikan bagimu tempat bernaung dari apa yang Dia ciptakan dan Dia jadikan bagimu tempat-tempat tinggal di gunung gunung dan Dia jadikan bagimu pakaian yang memeliharamu dari panas dan pakaian (baju besi) yang memelihara kamu dalam peperangan. Demikianlah Allah menyempurnakan nikmatnya atas kamu agar kamu berserah diri (kepada-Nya).

Saturday, June 09, 2012

12 Satanic rules in earth

Dilarang memberi pendapat atau nasihat selagi tidak diminta.

Dilarang memberi tahu masalah anda selagi anda tidak pasti bahawa mereka akan mendengarnya.

Apabila anda berada di rumah individu lain, pastikan anda menghormati tuan rumah atau jangan anda sekali pun pergi ke sana.

Jika tetamu di rumah anda membuat sesuatu yang menyakiti hati anda, sakiti lah pula mereka sehingga mereka merasa menyesal melakukannya.

Dilarang melakukan hubungan seksual selagi anda tidak pasti bahawa pasangan anda mengkehendakinya.

Jangan merampas hak seseorang selagi ia tidak membebankan individu tersebut dan rampaslah beban itu jika ia membebankan dan merayu untuk lari dari beban.

Percaya dengan keupayaan magik, sihir dan benda benda aneh. Mereka adalah wujud dan sesungguhnya ia mampu mengubah hidup anda.

Jangan meminta sesuatu yang bukan hak anda .

Diharamkan mencederakan atau membunuh kanak kanak.

Dilarang membunuh haiwan selagi anda tidak dalam bahaya atau untuk makanannya.

Apabila berada di wilayah yang asing, jangan sekali menegur sesiapa.

Jangan melakukan hubungan seksual di dalam bilik air selagi tidak diarahkan.

Saturday, March 24, 2012

Cordoba House

Tujuan utama Cordova House adalah sebagai pusat komuniti.

Misi terbesar kami adalah untuk menguatkan lagi hubungan antara barat dan dunia muslim serta membantu menentang ideology radikal. Cordova house turut menyentuh isu Palestine dan Israel. Menerusi pusat ini semua penganut kepercayaan lain boleh bekerjasama jika mahu kesefahaman dan keamanan senantiasa dipelihara.

Di Cordova House, Kami berkongsi ruang bagi menjalankan aktiviti komuniti, seperti kolam reang, dewan kuliah, taman permainan untuk kanak-kanak. Cordova Hosue merancang untuk mengadakan program sereti member tumpuan kepada pendidikan dan syarahan, rekreasi dan oleh raga, aktiviti social seperti kelas memasak.

Di Tingkat 13, terdapat sebuah masjid. Kami juga akan meminta kerjasama daripada pemimpin pemimpin agama lain agar mengadakan ruang beribadat bagai agama masing masing.

Turut dimuatkan adalah ruang memorial multi kepercayaan untuk memperingati mangsa mangsa yang terbunuh semasa serangan 11 September 2001.

Objektif utama bagi penubuhan Cordova untuk menjadikannya satu penyatuan dan penawar kesedihan.

Cordova akan dibina atas 2 asas yang penting dan melaksanakan rukun yang sama kepada Yahudi, Kristian dan Islam. Pertama menyayangi tuhan yang maha pencipta dengan seluruh jiwa, raga, minda, hati dan kekuatan. Ke dua, menyayangi jiran tetangga sebagaimana kita menyanyangi diri sendiri.

Halangan utama sekarang adalah pembinaan belum selesai. Masalah utama adalah sumber kewangan.

Kenyataan daripada Presiden Us Barrack Obama, Datuk Bandar Michael Bloomberg, Presiden Kristian Dan Datuk Bandar Yahudi di New York menyokong hak muslim untuk mengamalkan agamanya.

Kenyataan dari mereka jelas bahawa pendirian Amerika terhadap kebebasan agama. Ini juga menunjukan hubungan baik antara Amerika-Muslim.

Friday, March 16, 2012

Feminisme Liberal

Isu utama yang diperjuangkan oleh golongan ini adalah bagaimana untuk mewujudkan kesetaraan gender secara kuantitif. Lelaki dan perempuan mesti sama sama mengambil peranan sama ada di dalam atau di luar rumah. Mereka mempunyai pandangan bahawa perbezaan peranan secara gender ini disebabkan tuntutan budaya setempat bukannya perbezaan biologi.

Ideologi liberal menjadikan golongan wanita melihat golongan lelaki dengan penuh curiga. Dari aspek agama, golongan liberal melihat golongan ulama sebagai golongan yang bias dan mahu memengagi sebelah pihak sahaja. Mereka juga melihat ulama sengaja mentafsir Quran bagi gender lelaki sahaja. Secara ringkasnya ideology liberal berpusat kepada menyusun semula struktur social masyarakat yang didominasi oleh kaum lelaki.

Dari ideology liberal ini, muncullah gerakan Feminisme Muslim yang berkaitan fahaman liberal dan Feminisme.

Sunday, March 11, 2012

Feminisme Muslim

Fahaman Feminisme muslim mula popular di Mesir pada awal 1920 . Tokoh yang popular dalam fahaman ini adalah seperti Prof. Dr. Amina Wudud, Dr. Fatima Mernissi, Riffat Hassan, Amira Sonbol dan Irshad Manji di US. Fokus aktiviti mereka adalah tafsiran ayat ayat al- quran dan hadis yang berkaitan dengan wanita.

Isu yang ditimbulkan bahawa golongan ini adalah kesamarataan di kalangan manusia. Mereka beranggapan bahawa ayat ayat ini ditafsirkan bahawa golongan ulama mentafsirkan berdasarkan kepada budaya dan praktikal masyarakat arab. Mereka menuntut bahawa wahyu wahyu yang sedia ada dikaji semula untuk sesuai kepada semua golongan.

Sudut pemikiran, kreativiti dan cara berfikir semua nya berkisar kepada fahaman liberal. Bagi mereka, satu tafsiran baru perlu dilakukan semula bagi membentuk kerangga intelektual, terkini dan sesuai dengan kerangka setempat.

Metodologi asas adalah dalam mentafsir wahyu wahyu supaya tidak terkongkong dalam metodologi klasik yang menjurus kepada penguasaan kaum adam. Beberapa metodologi yang digunakan adalah metodologi sains, sosiologi, antropologi, liguastik, sejarah, kritikan sains dan sastera dan lain lain lagi metodologi yang bersesuaian.

Metodologi ini diperkenalkan oleh sarjana barat seperti Charles Sanders Pierce, F.D. Schleieirmacher dan W. Dilthey.

Wednesday, March 07, 2012

Isu2 Dalam Feminisme Muslim

Penglibatan Sister In Islam Di Malaysia dalam gerakan Feminisme Muslim amatlah banyak. Antaranya Isu Poligami, batas pakaian, aurat wanita, reformasi undang undang keluarga islam dan isu murtad.

Surat SIS diterbitkan dalam The New Straits Time (10.01.2002) dan The Sun (11.01.2002) mengutarakan isu poligami.

SIS menggunakan Surah Nisa 4:3 dan 4:129 yang menunjukkan bahawa poligami tidak untuk suka suka diamalkan tetapi untuk memberi keadilan social kepada anak anak yatim

SIS menekankan bahawa Surah Nisa 4:3 melarang poligami bagi membolehkan kaum lelaki mendapatkan seberapa banyak wanita sebagai isteri. Islam menekankan bahawa orang islam boleh hanya 4 isteri maksimumnya.

Friday, March 02, 2012

Bukti kewujudan Nabi Muhammad ada banyak dalam kitab-kitab agama lain.. Dalam kitab tua yang berusia beribu tahun iaitu Rig Veda ada disebut tentang kelahiran seorang pemimpin yang dipanggil Narashangsa  . Bila diteliti oleh para penyelidik hari ini , didapati ciri - ciri yang ada pada Narashangsa itu mempunyai persamaan yang pelbagai dengan Nabi Umat Akhir Zaman , Nabi Muhammad SAW . Mari kita lihat persamaannya .
 

1 . Narashangsa Bermaksud' Yang Terpuji '

Yang mana dalam kitab Veda disebut juga tentang nama Eelit . Dalam nota kaki pada salah satu daripada Rig Veda yang diterbitkan , Eelit bermakna ' Yang Terpuji ' . Kalau kita semua buka kamus translate bahasa arab-Melayu, nama 'Muhammad' itu sendiri bermaksud " Yang Terpuji " . Kesimpulannya , Eelit equal to Narashangsa dan equal to yang Terpuji .'' Yosh! dah dapat pun formula  Matematik Tambahan Simultanous Equation.

2 . Tempat Narashangsa akan lahir di kawasan Padang Pasir

Kita sudahpun sedia maklum bahawa tempat kelahiran Nabi kita ini ialah di kawasan yang dikelilingi padang Pasir. Mekah yang cuacanya panas dan terletak dikawasan tengah padang pasir di Semenanjung Padang Pasir ( semua berpasir ). Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan oleh sepasang suami isteri yang bernama Abdullah dan Aminah.

3 . Kualiti Personaliti

Rig veda menjelaskan bahawa Narashangsa yang akan lahir itu mempunyai personaliti yang cukup hebat . Dia amat disayangi oleh ramai manusia . Stanley Lane Poole  menulis tentang Nabi Muhamnad dalam speeches of Muhammad menjelaskan bahawa siapa yang melihat baginda akan menghormatinya . Sesiapa yang mendekatinya akan menyayanginya . Mereka akan mengatakan ; " Aku tidak dapat melihat orang seperti dia ( Nabi Muhammad ) sebelum mahupun sesudah itu " .

Kita lihat Kisah Nabi Muhammad hijrah ke Madinah, kalau tak silap saya , Abdullah (mengatakan " aku melihat cara dia menunggang kuda sahaja sudah 1 / 3 aku beriman kepada dia").

4 . Wahyu

Djelaskan juga bahawa Nasrashangsa akan mendapat pengetahuan secara wahyu . Nabi Muhammad juga kita sedia maklum diturunkan wahyu melalui perantaraan Malaikat Jibril. Bahkan Nabi Muhammad telah mengetahui sesuatu perkara yang belum berlaku sekiranya telah diwahyukan terlebih dahulu . Perkara ini boleh dirujuk dalam tafsir ayat Surah Al-Ruum Ayat 2 hingga 4 .

" Telah dikalahkan Bangsa Romawi . Di negeri yang terdekat dan mereka sudah dikalahkan itu akan menang . Dalam beberapa tahun , bagi Allah SWT adalah urusan sebelum dan sesudah mereka menang . Dan di hari itu ( Kemenangan bangsa Romawi ) itu gembiralah orang orang yang beriman . "

5 . Narashangsa sebagai penerima Informasi dari Tuhan .

Dalam Veda pula menyatakan, Narashangsa sebagai Kavi . Makna Kavi pula terbahagi kepada dua iaitu sebagai penyair dan satu lagi ialah mendapat pengetahuan daripada Tuhan . Ini juga ada pada Nabi Muhammad SAW . Maka nyatalah benar akan firman Allah itu pada ayat Quran surah As Saffat ayat 36 -37 ;

Dan mereka berkata ; " Apakah sesungguhnya kami harus meninggalkan sembahan - sembahan kami kerana seorang Penyair gila . Sebenarnya dia ( Muhammad ) telah datang membawa kebenaran dan membenarkan rasul rasul sebelumnya ."


6 . Personaliti yang lemah lembut

Fakta sejarah telah menjelaskan yang rupa paras Nabi Muhammad ini adalah segak dan lemah lembut . Bahkan amat menarik personalitinya . Penulis bukan Islam pun turut meraguinya . Saya tak ingat tajuk buku itu beserta penulisnya ,tapi penulis itu meletakkan Nabi Muhammad SAW ditempat yang pertama bagi tokoh yang berpengaruh . Bahkan Nabi mereka yakni Isa A.S berada ditempat yang bawah . SubhanAllah .


7 . Penegah melakukan dosa 
Disebut juga bahawa Narashangsa adalah seorang yang menegah melakukan dosa . Seorang yang melakukan dosa , beliau akan menolong orang itu supaya tidak lagi melakukan dosa pada masa akan datang . Hal ini ada  persamaan dengan Nabi Muhammad SAW yang juga menegah manusia berbuat dosa dan mendorong manusia berbuat baik dan beribadat kepada Allah SWT .

8 . Mempunyai 12 orang isteri

Dalam Atharvaveda iaitu kitab suci Hindu juga menyebut tentang Narashangsa akan mempunyai 12 orang isteri . Hal ini juga betul betul berlaku pada Nabi Muhammad SAW , yang mana baginda sebenarnya mempunyai dua belas orang isteri ;

1 . Khadijahh Binti Khuwalid
2 . Saudah Binti Zam'a
3 . Aishah Binti Sayyidina Abu Bakar
4 . Hafsah Binti Sayyidina Umar
5 . Zainab Binti Khuzaima
6 .Ummi Salma Binti Abu Umayyah
7 . Zainab Binti Jahsy
8 . Juwayria Binti Haarith
9 . Rayhana Binti Zaid
10 . Ummi Habibah Binti Abu Sufian
11 . Safiyah Binti Huyay
12 . Maimunah Binti Harith

Hal ini juga tepat dengan apa yang dinyatakan dalam kitab suci Hindu tentang Narashangsa yang dikatakan mempunyai dua belas isteri . Dr Ved Prakash Uppaday , Muhammad in the Hindu Scriptures menjelaskan selanjutnya bahawa tidak ada dalam sejarah dunia pemimpin agama yang mempunyai 12 isteri selain daripada Nabi Muhammad SAW .


Didalam kitab suci Hindu , Mahabharata terdapat satu karakter yang bersamaan dengan ciri ciri Nabi Muhammad SAW . Nama karakter tersebut ialah Kalki . . Kalki ya bukan Kaki, .Bukti Kalki ni ialah Nabi Muhammad ? Jom teruskan pengembaraan...

1 . Kalki sebagai pemimpin agama dan pemerintah ( King )

Nabi Muhammad bukan sahaja Pemimpin agama dan pemerintah , bahkan menurut Prof K.S Ramakrishna Roa , Kolej Kerajaan untuk Wanita di Mysore , Kartanaka , menulis dalam bukunya The Prophet of Islam menyatakan bahawa Nabi Muhammad sebagai Nabi , pahlawan , peniaga , negarawan , peniaga , pemidato , reformis , pembela anak yatim ,  pembela abdi , pembela wanita , qadi dan alam aspek kemanusiaan , baginda adalah jaguh istimewa .


2 . Kalki pemimpin peperangan
Nabi Muhammad sudah semestinya sebagai pemimpin paling Utama bagi agama Islam dan baginda juga pemimpin peperangan seperti peperangan apa kawan - kawan ? Peperangan Salib ? ha yelah itu..nak dapat chopping kick saya silakan lah kata Peperangan Salib..:senyum:..

Antara peperangan yang masyhur yang diketuai baginda ialah peperangan Badar , perang Uhud dan perang Khandaq .


3 . Kalki sebagai Ketua Agama dan Ketua Negara

Dalam konteks ini Hindu , Yahudi dan Kristian yang begitu lama terdahulu darinya tidak mempunyai negara tersendiri tetapi Nabi Muhammad SAW ada negara Islam , yang mana baginda adalah ketua pemerintah .


4 . Kalki mengalahkan musuh , kemudian menunaikan Haji

Setelah Nabi SAW mengalahkan musuh di Mekah , baginda menunaikan haji yang mana baginda wafat tiga bulan kemudiannya di Madinah .


5 . Kalki pergi ke taman yang indah , ini diikuti oleh Pengikutnya .

Terbukti apabila Nabi Muhammad pergi ke Madinah yang mana tempat itu adalah merupakan tempat yang indah dan subur di tanah Arab . Di tempat ini dilawati penganut Islam selepas atau sebelum mengambil haji di Mekah .


6 . Kalki membawa kebenaran dan kepalsuan akan hilang

Ini juga terbukti apabila Nabi Muhammmad menawan Mekah , sebagaimana dilaporkan oleh Professor Sejarah Kristian , Hitti , pada Januari 630M , penakhlukan Kota Mekah selesai . Nabi Muhammad telah memusnahkan sehingga dikatakan sampai 369 patung disitu . Di samping itu , wujud peraturan zakat yang mana golongan yang berada dikenakan 2.5 peratus daripada simpanan tahunan . Zakat ini adalah untuk kebajikan umat Islam .


7 . Kalki mewujudkan 6 prinsip .

Ok , kali ni saya nak tanya semua, apa dia rukun Islam kita. Nabi Muhammad memperjuangkan rukun Islam yang lima iaitu mengucap 2 kalimat syahadah ,Solat 5 waktu , Puasa , Zakat , Haji dan satu lagi ..Jihad Fi Sabilillah !!!!


8 . Kalki dari golongan Brahmin .

Dalam kalangan Hindu menyatakan Kalki adalah dari golongan Brahmin . Malah mengikut kajian Dr . Ved Prakash bahwa ada bukti yang menunjukkan bahawa Nabi Muhammad adalah dari kalangan Brahman . Proffesser dalam Veda , Umeshchandra Vidyaranta pada introduksinya dalam Rig Veda Samshita menjelaskan bahawa orang orang Aryan datang dari India dan menetap di tanah Arab . Sri Thakur Anukulchandra dalam bukunya mengenai Islam menegaskan bahawa Muhammad adalah dari kumpulan Aryan dengan bukti yang diambil daripada New Popular Encyclopedia Vol 1 dan dari Islam and World Prophet vol 2 menjelaskan keadaan fizikal Nabi Muhammad SAW adalah bentuk orang Aryan . Malah para khalifah iaitu Abu Bakar , Umar , Uthman dan Ali juga berkerturunan orang Aryan . Sudah tentu keturunannya itu adalah daripada ketua kumpulan yang dihormati menjaga Kaabah dari beberapa generasi lagi .


9 . Kalki menaiki Kuda Putih .

Kalki dikenali sebagai Pahlawan yang menaiki Kuda . Yang bestnya..kuda yang dinaiki ialah Kuda bewarna Putih . Kuda putih ini amat jarang didapati di dunia . Sudah tentu ia tidak amat jarang di India . Hanya di negara Arab , banyak didapati kuda putih . Semasa Nabi Muhammad hampir dengan kewafatannya . Baginda dikatakan mempunyai kuda putih , sedikit senjata dan sebidang tanah . Tanah ini kemudiannya didermakan untuk kebajikan .


10 . Kalki memusnahkan patung .

Dalam versi 2 dan 4 , Kalki Purana ada menyatakan bahawa ;

A . Apabila Kalki menjadi pemerintah , setiap orang akan suka kepadanya . Vedas , agama dan kebenaran terus hidup .
B . Patung -patung dimusnahkan , pemujaan dihentikan .
C . Amalan agama tanda "tilak" ( amalan Hindu di tanda di dahi ) juga tiada kelihatan lagi .


Maka , terbukti lah Narashangsa dalam kitab Veda dan Kalki yang berusia ribuan tahun tidak lain tidak bukan Nabi kita Nabi Muhammad SAW .

Monday, February 27, 2012

Nabi Muhammad Dalam Kitab Hindus

1. Didalam ramalan Prophecy Hindus Purana (Buku suci hindu) telah dinukilkan bahawa Kalki Avatar adalah pesuruh tuhan yang terakhir dimuka bumi ini untuk pertunjuk bagi seluruh dunia dan seluruh manusia dialam ini. 

Al-qur'an telah memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir buat pertunjuk seisi alam termasuk Jin dan manusia.

2. Menurut ramalan ugama hindu, kelahiran Kalki Avatar akan berlaku disuatu tempat menyerupai pulau (negeri dikelilingi padang pasir) dan mengikut ugama hindu ianya di kawasan bumi Arab.

3. Didalam buku hindu, nama bapa dan emak Kalki Avatar dikenali sebagai VISHNUBHAGAT dan SUMAANI. Jika kita lihat makna bagi kedua nama tersebut, akan kedapatan sesuatu yang menarik untuk direnungi. Lihat, VISHNUBHAGAT = Vishnu beerti tuhan + Bhagat beerti hamba, diterjemah dalam bahasa arab, tuhan itu ALLAH + hamba itu Abdul = Dicantumkan akan menjadi ABDULLAH (bapa kepada Nabi Muhammad s.a.w) Manakala SUMAANI beerti aman atau tenang yang didalam bahasa arab AMINAH (nama emak Nabi Muhammad s.a.w).


1. Dalam buku buku ugama hindu, dinukilkan bahawa bahan makanan asas Kalki Avatar ialah buah korma dan zaitun. Beliau merupakan seorang yang amanah lagi jujur dan paling dipercayai seluruh masyarakatnya. Tak dapat disangsikan bahawa makanan asas Nabi ialah buah Korma dan zaitun. Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai akhlak sebegini tinggi dan dipercayai oleh setiap orang dan masyarakatnya.

2. Dinukilkan juga dalam Vedas, bahawa kelahiran Kalki Avatar akan berlaku ditengah tengah kalangan keturunan yang dihormati. Ini bertepatan dengan dimana Nabi Muhammad dilahir dari golongan Quraish yang terkenal sangat dihormati oleh masyarakat ketika itu.

3. Dalam buku tersebut juga dinukilkan bahawa Tuhan akan mengajar Kalki Avatar melalui malaikat didalam Gua. Bertepatan dimana Allah telah mengajar Nabi Muhammad s.a.w dengan memerintahkan Malaikat Jabrail untuk mengunjungi serta mengajar nabi berupa Wahyu didalam gua yang bernama Gua Al Hira.

4. Juga dinukilkan bahawa tuhan akan memberi kenderaan yang pantas buat Kalki Avatar untuk mengembara keseluruh alam maya serta naik kelangit hingga kelangit ke 7. Ini bertepatan dengan apa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.aw dalam peristiwa Isyra' dari masjidi haram diMekah ke masjidil al aqsa diPelestin Dan Mi'raj nabi kelangit ke 7 dengan menunggang seekor Burak dalam satu malam.

5. Dinukilkan juga dalam buku tersebut bahawa Kalki Avatar akan diberikan pertolongan yang luar biasa oleh tuhan, ini terbukti jelas bahawa Allah telah memberi bantuan luar biasa kepada Nabi Muhammad s.a.w didalam peperangan Uhud dan yang lain lain.

6. Yang menakjubkan dinukilkan juga bahawa Kalki Avatar akan dilahirkan pada 12 haribulan. Ini bertepatan sekali bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada 12hb Rabiulawal (kelendar Islam).

7. Dinukilkan juga dalam Vedas bahawa Kalki Avatar adalah merupakan seorang penunggang kuda yang baik dan ahli main pedang yang cekap, ini bertepatan dengan Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal dalam bidang berkenaan. Lagipun pengarang mengajak penganut ugama hindu berfikir bahawa zaman kuda dan pedang telah berlalu dan kini manusia menggunakan senapang dan roket. Adalah sesuatu yang dangkal mengharapakan datangnya Kalki Avatar yang ditunggu tanpa penghujung, walhal ia telah pun muncul 1400 tahun yang lalu. 


Dalam alqur'an telah diceritakan tentang ciri ciri dan tanda tanda mengenai Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas dan bertepatan apa yang dinantikan oleh penganut hindu terhadap Kalki Avatar. Pengarang telah memberi hujah hujah yang mengatakan Kalki Avatar yang dimaksudkan itu adalah Nabi Muhammad s.a.w dan kepada yang masih lagi menunggu akan kedatangan Kalki Avatar? sewajarnya berfikir semula dan renungilah akan kebenarannya.

Tuesday, February 21, 2012

Ramalan Kedatangan Nabi Muhammad dalam Bible

 Berikut adalah terjemahan ayat dari Bible Song Of Solomon Chapter 5 Verse 16.

His mouth is most sweet yea he is altogether lovely This is my beloved and this is my friend O daughters of Jerusalem.

Dalam terjemahan Bible  perkataan MA-HA-MA-DIM diterjemahankan kepada maksud He Altogether Lovely. Namun adalah perkataan MA-HA-MA-DIM itu adalah nama individu atau gelaran seseorang.

CHIK -KOV, MAM-TAK-KIM, VE-CHUL-LOV, MA-HA-MAD-DIM, ZEH, DO-V-DI, VE-ZEH, RE-I, BE-NO-VT, YE-RU-SHA-LI. 

Bagi orang bukan yahudi yang tak beberapa paham bahasa hebrew, sebutan vokal seperti di atas amat membantu anda.
DIM adalah perkataan khas yang disebut apabila hendak menghormati atau seorang yang dihormati.

Al A'raf 7:157
"Those who follow the apostle, the unlettered Prophet, whom they find mentioned in the Taurat and the Injil...".

AL-A'RAF 7;157 membuktikan bahawa nama nabi Muhammad tersebut di dalam kitab injil dan taurat.

God came from Teman, the Holy One from Mount Paran. Selah His glory covered the heavens and his praise filled the earth (Deuteronomy 33:2).

Where Is Mount Paran. It In Mecca in Saudi Arabia.

 "And God was with the boy (Ishmael) as he grew up in the wilderness of Paran. He became an expert archer". It is a well known fact the Ishmael lived in Mecca after Abraham left him and his mother Hagar in the desert. Most of Northern Arabs are descendents of Ishmael. Many christian historians though reject this fact out of arrogance (Genesis 21 20).

God came from Teman, and the Holy One from mount Paran. Selah. His glory covered the heavens, and the earth was full of his praise (Habakkuk 3:3) .

Friday, February 10, 2012

Bill of right

Bill of right adalah senarai hak hak penting bagi sesebuah Negara. Tujuan utama Bill of Right adalah untuk melindungi kepentingan rakyat daripada dicerobohi oleh kerajaan.

Terma Bill Of Right berasal dari England yang merujuk kepada Bill Of Right 1689.

Ia terbahagi kepada 2 iaitu yang kekal atau yang rapuh.

Bagi yang bersifat kekal, ianya tidak boleh dipinda atau dibuang dari senarai Bill Of Right. Ia memerlukan majority besar atau referendum jika mahu meminda senarai Bill Of Right.

Bill Of Right yang bersifat rapuh pula adalah undang undang biasa yang boleh dipinda atau rapuh. Ia tidak memerlukan majority besar atau referendum.

Sunday, January 15, 2012

English Bill Of Right

Salah satu dokumen penting Bill Of Right adalah English Bill Of Right pada 1689. Ia merupadak satu fundamental penting dalam Undang2 perundangan English. English Bill Of Right adalah berbeza dengan Bill Of Right semasa dimana English Bill Of Right menetapkan kah rakyat sebagai pewakil di Parlimen dalah menetang penguasaan Istana. Namun, terdapat pelbagai basis yang diaplikasi juga dalam Bill Of Right.

Hak untuk bersuara di Parliament.

Kebebasan dari kekejaman dan hukuman

Kebebasan untuk memohon pungutan suara untuk tindakan parlimen.

Kebebasan untuk mengikuti pengadilan yang adil. Pihak yang mempunyai kuasa diharamkan menubuhkan makamah atas kuasanya dan diharamkan bertindak sebagai hakim.

Pihak exekutif diharamkan meminta cukai tanpa persetujuan daripada parlimen.

Penubuhan satu system tentera yang kekal (Sistem penganmilan tentera).

Untuk Protestant, mereka dibenarkan mempertahankan diri sebagaimana dibenarkan undang undang.

Kebebasan melantik ahli parliament tanpa campur tangan pihak yang berkuasa.

Kebebasan daripada denda dan hukuman sivil tanpa pembicaraan.

Kebebasan daripada kekejaman dan hukuman melampau.

Tuesday, December 27, 2011

Sejarah penemuan Bill Of Right

Ramai berkata Bill Of Right dan Revolusi Amerika berkait lansung dengan idea John Locke yang menyatakanya pada 1689 dalan bukunya Two Treatises Of Government. Masyarakat sivil ditentukan untuk melindungi harta nya ( dalam bahasa Latin bermaksud nyawa, kebebasan dan harta).

Locke juga berkata bahawa setiap individu adalah bebas dan sama diantara satu sama lain dalam keadaan normal. Ia sama seperti Konsep Madison dalam ucapanya membahaskan Bill Of Right dalam persidangan Kngress Pertama.

Locke membahaskan untuk melindungi hak ekonomi menentang kerajaan dan perlu dilindungi di dalam perlembagaan.

Thursday, December 22, 2011

Sister In Islam

Di Malaysia, gerakan dan aktiviti Feminisme adalah berkait rapat dengan Sister In Islam (SIS). Paradigma dan cara berfikir mereka adalah sama dengan personality personality feminism yang lain di seluruh dunia. Mereka mempersoalkan bahawa agama islam itu adil dan syumul dan meletakan lelaki lebih tinggi daripada kaum hawa. Mereka tidak memahami mengapa lelaki lebih tinggi daripada wanita kerana beberapa status dan perhormatan yang diberikan. Fakta ini gagal difahami oleh SIS.

Kenyataan SIS, menegaskan menyalahkan para ulama kerana enggan memahami bahawa terdapat sesetengah hokum yang diperkenalkan adalah kerana budaya setempat masyarakat arab dimana hukum itu dibina.

SIS menambah lagi, wanita sepatutnya mengambil peranan sebagai ketua organisasi. Bagi SIS, Nabi Muhammad tidak membawa islam seperti yang terdapat pada hari ini dimana kaum lelaki mendominasi kehiduapn harian.

Friday, December 16, 2011

Isu2 Dalam Feminisme Muslim

Penglibatan Sister In Islam Di Malaysia dalam gerakan Feminisme Muslim amatlah banyak. Antaranya Isu Poligami, batas pakaian, aurat wanita, reformasi undang undang keluarga islam dan isu murtad.

Surat SIS diterbitkan dalam The New Straits Time (10.01.2002) dan The Sun (11.01.2002) mengutarakan isu poligami.

SIS menggunakan Surah Nisa 4:3 dan 4:129 yang menunjukkan bahawa poligami tidak untuk suka suka diamalkan tetapi untuk memberi keadilan social kepada anak anak yatim

SIS menekankan bahawa Surah Nisa 4:3 melarang poligami bagi membolehkan kaum lelaki mendapatkan seberapa banyak wanita sebagai isteri. Islam menekankan bahawa orang islam boleh hanya 4 isteri maksimumnya.

Thursday, December 08, 2011

SEJARAH GERAKAN FEMIISME

Gerakan emansipasi wanita dikenali dengan nama Feminisme. Ia merupakan satu isme yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Ia diperkenalkan di Perancis di sekitar kurun ke 19 (1880) oleh Hubertine Auclert dalam jurnalnya La Citoyeneum. Karya beliau mengkritik dominasi lelaki untuk menuntut kebebasan wanita seperti yang dijanjikan Revolusi Perancis.

Pengkaji fahaman Feminisme, Karen Offen menjelaskan bahawa semasa kemunculan awal fahaman ini, ia mempunyai pelbagai maksud. Pada awal kurun ke 20, istilah feminism muncul di Britain dan kemudian pada 1910 di Amerika. Gerakan ini memfokuskan kepada hak mendapatkan undi. Selepas gerakan ini mendapat haknya pada pada 1920, gerakan Feminisme tidak lagi aktif.

Selepas Betty Frieden menerbitkan buku berjudul The Feminine Mystique pada 1960, gerakan Feminisme mendapat momentum semula untuk bergiat aktif. Buku ini mengilhamkan kesedaran baru bahawa tafsiran tradisonal meletakkan mereka pada kedudukan yang tidak menguntungkan yang dipanggil sebagai subordinasi wanita.

Saturday, December 03, 2011

Shalom

Shalom adalah perkataan Hebrew yang bermaksud peace, syumul dan welfare dan boleh diucapkan secara simbolik hello dan selamat tinggal (Goodbye).

Perkataan Shalom (Hebrew) dan Salaam (Arab) membawa maksud yang sama iaitu ‘Peace’.

Terma perkataan Hebrew Shalom diterjemahkan kepada bahasa Roman sebagai ‘ Peace’. Dalam bahasa Latin pula, Pax bermaksud ‘Peace’ tetapi digunakan dalam ‘truce’ atau ‘treaty’. Lebih tepat lagi, ‘Peace’ digunakan dalam aplikasi relation secara personal, social atau tujuan politik.

Peace dalam versi Kristian (Eirene Greek Term) membawa maksud senyap dan rehat.

Shalom berasal dari perkataan dasar Shalam yang bermaksud selamat dan syumul.

Dengan menggunakan Versi Kitab Kristian King James Version sebagai rujukan, mendapati bahawa maksug Shaloom dan salam bermaksud untuk berbuat baik (To make good), Untuk aman atau kearah aman (To make or to be peace), untuk mengekalkan (to restore), peace (aman), kemakmuran (posperity), Wellness, Wholeness.

Shalom Aleichem (Well-being be upon you) or (May you be well). Diucapkan apabila hendak menyapa seseorang. Dan dalam bahasa Hebrew sama dengan perkataan Hello.

In Gospel, Jesus kerap menggunakan Peace Be Unto You dan merupakan terjemahan Shalom Aleichem.

Shalom juga kerap digunakan pada awal bagi menggantikan perkataan Hello dan di hujung menggantikan perkataan Ferewell.

Tuesday, November 29, 2011

KELEBIHAN DAJJAL

Allah member Dajjal banyak kelebihan/ keistimewaan untuk mengujui keimanan dan keteguhan manusia terhadap Allah.

Pada Dajjal, terdapatnya syurga dan neraka. Kedua- duanya khas untuk menguji keimanan manusia terhadap Allah. Ini kerana hanya Tuhan (Allah) sahaja yang mampu memberikan kedua-dua pemberian syurga dan neraka kepada manusia. Manusia biasa tidak mampu memberikan syurga dan neraka, bahkan lagi menciptanya.

Dajjal akan ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan yang tidak menjadi. Dajjal akan menurunkan hujan di negeri itu jika penduduknya mengaku beriman kepada Nya. Daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan akan melimpah ruah. Bagi daerah yang tidak mengaku Dajjal sebagai Tuhan, maka daerah itu akan berada dalam keadaan kebuluran dan kesusahan. Bagi orang islam yang beriman maka mereka akan berasa bersyukur dengan apa yang mereka ada dan makanan mereka adalah tahlil, zikir, takbir, tasbih dan bertaubat.

Dajjal boleh menjelajah seluruh pelosok muka bumi dalam masa 40 hari dengan kepantasan luar biasa. Kepantasannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang. Hanya 2 tempat sahaja yang tidak boleh dimasuki oleh Dajjal iaitu Mekah dan Madinah.

Hanya seorang dari Mekah dan Madinah yang bertemu dengan Allah. Lelaki itu berkata “Adakah kami Dajjal”. Dajjal itu membunuhnya dan menghidupnya semula dan berkata “Tidak kah kamu percaya kepada Ku”. Lelaki itu menjawab, Tidak, malah bertambah keimananku kepada Allah. Dajjal itu cuba membunuh lalaki itu buat kali kedua tetapi diselamatkan oleh Allah.

Tuesday, November 22, 2011

DIMANAKAH DAJJAL TINGGAL

Nabi Muhammad pernah menjawab bahawa Dajjal berada di Laut Syam Dan Laut Yamen, Akan dating dari arah timur lalu Baginda mengarahkan tangannya kea rah timur.

Dari hadis yang lain menunjukkan bahawa Dajjal akan keluar diiringi pengikutnya yang terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak.

Dari hadis yang lain, Dajjal akan keluar dari Kota Yahudi, Khurasan bersama sama 70,000 Yahudi dari Isfahan. Ramai perempuan dan kanak-kanak menjadi pengikut Dajjal sehinggalah orang lelaki terpaksa mengikat ahli keluarga mereka supaya tidak menjadi pengikut Dajjal.

Air tabaria terletak di sempadan Syria-Palestin dan Air mata Zaguhar terletak di Selatan Syria berkurangan dan ini menunjukkan tanda bahawa kedatangan Dajjal di muka bumi ini semakin hampir.

Dajjal akan menjelajah seluruh dunia dan berakhir di Baitul Muqqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa selepas Nabi Isa dan Umat islam bersolat dibelakang Imam Mahdi. Mereka akan berhadapan dengan Dajjal dan tenteranya. Apabila Dajjal melihat Nabi Isa, Dajjal akan cair dan Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya..