Mencari Hasil Ilmu

Friday, March 16, 2012

Feminisme Liberal

Isu utama yang diperjuangkan oleh golongan ini adalah bagaimana untuk mewujudkan kesetaraan gender secara kuantitif. Lelaki dan perempuan mesti sama sama mengambil peranan sama ada di dalam atau di luar rumah. Mereka mempunyai pandangan bahawa perbezaan peranan secara gender ini disebabkan tuntutan budaya setempat bukannya perbezaan biologi.

Ideologi liberal menjadikan golongan wanita melihat golongan lelaki dengan penuh curiga. Dari aspek agama, golongan liberal melihat golongan ulama sebagai golongan yang bias dan mahu memengagi sebelah pihak sahaja. Mereka juga melihat ulama sengaja mentafsir Quran bagi gender lelaki sahaja. Secara ringkasnya ideology liberal berpusat kepada menyusun semula struktur social masyarakat yang didominasi oleh kaum lelaki.

Dari ideology liberal ini, muncullah gerakan Feminisme Muslim yang berkaitan fahaman liberal dan Feminisme.