Mencari Hasil Ilmu

Tuesday, December 27, 2011

Sejarah penemuan Bill Of Right

Ramai berkata Bill Of Right dan Revolusi Amerika berkait lansung dengan idea John Locke yang menyatakanya pada 1689 dalan bukunya Two Treatises Of Government. Masyarakat sivil ditentukan untuk melindungi harta nya ( dalam bahasa Latin bermaksud nyawa, kebebasan dan harta).

Locke juga berkata bahawa setiap individu adalah bebas dan sama diantara satu sama lain dalam keadaan normal. Ia sama seperti Konsep Madison dalam ucapanya membahaskan Bill Of Right dalam persidangan Kngress Pertama.

Locke membahaskan untuk melindungi hak ekonomi menentang kerajaan dan perlu dilindungi di dalam perlembagaan.

Thursday, December 22, 2011

Sister In Islam

Di Malaysia, gerakan dan aktiviti Feminisme adalah berkait rapat dengan Sister In Islam (SIS). Paradigma dan cara berfikir mereka adalah sama dengan personality personality feminism yang lain di seluruh dunia. Mereka mempersoalkan bahawa agama islam itu adil dan syumul dan meletakan lelaki lebih tinggi daripada kaum hawa. Mereka tidak memahami mengapa lelaki lebih tinggi daripada wanita kerana beberapa status dan perhormatan yang diberikan. Fakta ini gagal difahami oleh SIS.

Kenyataan SIS, menegaskan menyalahkan para ulama kerana enggan memahami bahawa terdapat sesetengah hokum yang diperkenalkan adalah kerana budaya setempat masyarakat arab dimana hukum itu dibina.

SIS menambah lagi, wanita sepatutnya mengambil peranan sebagai ketua organisasi. Bagi SIS, Nabi Muhammad tidak membawa islam seperti yang terdapat pada hari ini dimana kaum lelaki mendominasi kehiduapn harian.

Friday, December 16, 2011

Isu2 Dalam Feminisme Muslim

Penglibatan Sister In Islam Di Malaysia dalam gerakan Feminisme Muslim amatlah banyak. Antaranya Isu Poligami, batas pakaian, aurat wanita, reformasi undang undang keluarga islam dan isu murtad.

Surat SIS diterbitkan dalam The New Straits Time (10.01.2002) dan The Sun (11.01.2002) mengutarakan isu poligami.

SIS menggunakan Surah Nisa 4:3 dan 4:129 yang menunjukkan bahawa poligami tidak untuk suka suka diamalkan tetapi untuk memberi keadilan social kepada anak anak yatim

SIS menekankan bahawa Surah Nisa 4:3 melarang poligami bagi membolehkan kaum lelaki mendapatkan seberapa banyak wanita sebagai isteri. Islam menekankan bahawa orang islam boleh hanya 4 isteri maksimumnya.

Thursday, December 08, 2011

SEJARAH GERAKAN FEMIISME

Gerakan emansipasi wanita dikenali dengan nama Feminisme. Ia merupakan satu isme yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Ia diperkenalkan di Perancis di sekitar kurun ke 19 (1880) oleh Hubertine Auclert dalam jurnalnya La Citoyeneum. Karya beliau mengkritik dominasi lelaki untuk menuntut kebebasan wanita seperti yang dijanjikan Revolusi Perancis.

Pengkaji fahaman Feminisme, Karen Offen menjelaskan bahawa semasa kemunculan awal fahaman ini, ia mempunyai pelbagai maksud. Pada awal kurun ke 20, istilah feminism muncul di Britain dan kemudian pada 1910 di Amerika. Gerakan ini memfokuskan kepada hak mendapatkan undi. Selepas gerakan ini mendapat haknya pada pada 1920, gerakan Feminisme tidak lagi aktif.

Selepas Betty Frieden menerbitkan buku berjudul The Feminine Mystique pada 1960, gerakan Feminisme mendapat momentum semula untuk bergiat aktif. Buku ini mengilhamkan kesedaran baru bahawa tafsiran tradisonal meletakkan mereka pada kedudukan yang tidak menguntungkan yang dipanggil sebagai subordinasi wanita.

Saturday, December 03, 2011

Shalom

Shalom adalah perkataan Hebrew yang bermaksud peace, syumul dan welfare dan boleh diucapkan secara simbolik hello dan selamat tinggal (Goodbye).

Perkataan Shalom (Hebrew) dan Salaam (Arab) membawa maksud yang sama iaitu ‘Peace’.

Terma perkataan Hebrew Shalom diterjemahkan kepada bahasa Roman sebagai ‘ Peace’. Dalam bahasa Latin pula, Pax bermaksud ‘Peace’ tetapi digunakan dalam ‘truce’ atau ‘treaty’. Lebih tepat lagi, ‘Peace’ digunakan dalam aplikasi relation secara personal, social atau tujuan politik.

Peace dalam versi Kristian (Eirene Greek Term) membawa maksud senyap dan rehat.

Shalom berasal dari perkataan dasar Shalam yang bermaksud selamat dan syumul.

Dengan menggunakan Versi Kitab Kristian King James Version sebagai rujukan, mendapati bahawa maksug Shaloom dan salam bermaksud untuk berbuat baik (To make good), Untuk aman atau kearah aman (To make or to be peace), untuk mengekalkan (to restore), peace (aman), kemakmuran (posperity), Wellness, Wholeness.

Shalom Aleichem (Well-being be upon you) or (May you be well). Diucapkan apabila hendak menyapa seseorang. Dan dalam bahasa Hebrew sama dengan perkataan Hello.

In Gospel, Jesus kerap menggunakan Peace Be Unto You dan merupakan terjemahan Shalom Aleichem.

Shalom juga kerap digunakan pada awal bagi menggantikan perkataan Hello dan di hujung menggantikan perkataan Ferewell.