Mencari Hasil Ilmu

Thursday, December 22, 2011

Sister In Islam

Di Malaysia, gerakan dan aktiviti Feminisme adalah berkait rapat dengan Sister In Islam (SIS). Paradigma dan cara berfikir mereka adalah sama dengan personality personality feminism yang lain di seluruh dunia. Mereka mempersoalkan bahawa agama islam itu adil dan syumul dan meletakan lelaki lebih tinggi daripada kaum hawa. Mereka tidak memahami mengapa lelaki lebih tinggi daripada wanita kerana beberapa status dan perhormatan yang diberikan. Fakta ini gagal difahami oleh SIS.

Kenyataan SIS, menegaskan menyalahkan para ulama kerana enggan memahami bahawa terdapat sesetengah hokum yang diperkenalkan adalah kerana budaya setempat masyarakat arab dimana hukum itu dibina.

SIS menambah lagi, wanita sepatutnya mengambil peranan sebagai ketua organisasi. Bagi SIS, Nabi Muhammad tidak membawa islam seperti yang terdapat pada hari ini dimana kaum lelaki mendominasi kehiduapn harian.