Mencari Hasil Ilmu

Thursday, December 08, 2011

SEJARAH GERAKAN FEMIISME

Gerakan emansipasi wanita dikenali dengan nama Feminisme. Ia merupakan satu isme yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Ia diperkenalkan di Perancis di sekitar kurun ke 19 (1880) oleh Hubertine Auclert dalam jurnalnya La Citoyeneum. Karya beliau mengkritik dominasi lelaki untuk menuntut kebebasan wanita seperti yang dijanjikan Revolusi Perancis.

Pengkaji fahaman Feminisme, Karen Offen menjelaskan bahawa semasa kemunculan awal fahaman ini, ia mempunyai pelbagai maksud. Pada awal kurun ke 20, istilah feminism muncul di Britain dan kemudian pada 1910 di Amerika. Gerakan ini memfokuskan kepada hak mendapatkan undi. Selepas gerakan ini mendapat haknya pada pada 1920, gerakan Feminisme tidak lagi aktif.

Selepas Betty Frieden menerbitkan buku berjudul The Feminine Mystique pada 1960, gerakan Feminisme mendapat momentum semula untuk bergiat aktif. Buku ini mengilhamkan kesedaran baru bahawa tafsiran tradisonal meletakkan mereka pada kedudukan yang tidak menguntungkan yang dipanggil sebagai subordinasi wanita.