Mencari Hasil Ilmu

Friday, November 04, 2011

BABI BANYAK GUNANYA

Babi adalah sejenis binatang yang banyak kegunaannya. Babi, tulangnya boleh digunakan untuk meningkatkan tahap kekerasan kertas dan mengurangkan kelembapan kertas. Juga digunakan untuk menghasilkan kalsium (Daripada tulangnya). Gam kasut juga dihasilkan dari tulang babi untuk meningkatkan kualiti dan tekstur kulit kasut. Abu tulang babi pula digunakan dalam pembuatan brek kereta api.

Tisu babi pula boleh digunakan untuk sebagai uju kaji bahan senjata kimia, menguji tisu atas tindak balas bahan kimia,

Gelatin dari babi digunakan untuk menghasilkan gelatin (Ais Krim). Tambahan gelatin di dalam makanan adalah untuk mengawal proses penghabluran gula dan melambatkan proses pencairan. Gelatin juga digunakan untuk penghasilan mentega rendah lemak bagi mencantikkan tekstur. Bagi penghasilan bir, ia digunakan sebagai agen penjernih yang akan bertindak balas dengan bahan pahit dan tannin untuk menyerap elemen yang menyebabkan warna air keladak menjadi warna air jernih. Proses sama juga digunakan dalam jus buah buahan.

Gelatin tulang digunakan dalam penghasilan peluru. Gelatin juga digunakan sebagai lapisan luaran ubat berbentuk tablet untuk menjadikan tekstur ubat menjadi keras. Dalam industry Filem Fotografi, Geletin tulang digunakan sebagai agen pelekat ke atas filem.

Asid lemak daripada lemak tulang boleh menghasilkan warna dan boleh melembutkan pakaian.Asid lemak daripada lemak tulang juga digunakan untuk menghasilkan warna syampu yang akan menyebabkan nya berkilat seperti mutiara. Juga digunakan dalam pembuatan lilin bagi mengeraskan dan mempercepatkan nya cair. Cat boleh menjadi berkilat jika asid lemak daripada lemak tulang digunakan. Bagi pembuatan sabun, asid lemak daripada tulang babi digunakan sebagai agen pengeras dan warna.

Campuran asid lemak daripada lemak tulang boleh digunakan sebagai campuran dalam pelembab. Asid lemak daripada babi pula boleh digunakan dalam pembuatan krayon sebagai agen pengeras.

Bulu babi boleh digunakan dalam penghasilan berus cat. Protien dari bulu babi digunakan untuk melembutkan doh roti. Bulu babi yang diproses boleh dijadikan baja.