Mencari Hasil Ilmu

Friday, October 07, 2011

Zikir 666 Dan Amalannya

Sejak usia remaja ramai anak anak muda islam di Malaysia menggemari rentak irama muzik dari barat tak mengira rendak nya lembut, keras, lambat atau laju. Di tambah lagi dengan dunia tanpa sempadan sekarang ini di mana dengan begitu senang sekali mengekses dan mendownload lagu lagu tersebut.

Fenomena baru di negara Malaysia adalah fenomena Black Metal dimana menjurus kepada sebelah kuasa negatif iaitu pemujaan syaitan. Konsep pemulaan fenomena ini mampu meresapi Malaysia kerana rata rata masyarakat Malaysia meminati dan memiliki jiwa seorang rockers.

Mereka akan pergi ke konsert konsert dan gigs untuk menikmati situasi sebenar situasi sebenar kehidupan sebagai peminat muzik Black Metal. Mereka ke sana untuk mendapat pengetahuan dan berkesempatan berbual dengan peminat peminat seluruh negara.

Untuk ke tahap yang lebih tinggi, penganut perlu mengucap zikir yang berbunyi ‘Fucking God’ sebanyak 666 kali. Ini disertakan buku panduan dan cara cara seorang junior dalam bidang ini menganutnya. Zikir ini digelar sebagai Zikir 666. Zikir ini mampu menyebabkan pengamalnya lupa tuhan yang dianutinya sebelum ini. Seolah oleh penganutnya hilang dari dunia. Fikiran juga menjadi kosong serta merta.

Diteruskan lagi dengan ritual kepala kambing. Sambil peminat sedang melayan irama di gigs mereka, Metal Head akan menlemparkan kepala kambing kepada penonton. Penonton akan mengambil dan akan meminum darah yang masih terdapat pada kepada kambing itu. Sehingga tahap ini, boleh dikatakan seseorang itu adalah fanatik terhadap amalan syaitan itu.