Mencari Hasil Ilmu

Sunday, October 23, 2011

SIAPA ITU DAJJAL

Kebanyakan orang islam di Malaysia dan Nusantara beranggapan bahawa Dajjal adalah makhluk bermata satu melintang.


Ada juga yang mengatakan bahawa makhluk ini adalah separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari kaum jin dan ayahnya dari kaum yahudi.

Dajjal sebenarnya manusia biasa. Dia bukannya jin, gergasi, dewa atau apapun.

Berdasarkan hadis riwayat Imam Ahmad, Dajjal itu lelaki pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu ragu Dajjal tuhanmu, sesungguhnya Tuhan tidak kecut matanya.

Dari situ kita ketahui bahawa Dajjal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kuasa luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan member peringatan mengenai Dajjal yang rosak matanya dan pembohong.

Dajjal ada kelebihannya iaitu hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dajjal matanya rosak dan kebolehan menghidupkan orang mati.

Pada dahinya tertulis Kaf-Fa-Ra (KAFIR). Tulisannya boleh dibaca oleh semua orang islam. Sama ada pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucau kalimah syahadah maka tulisan di dahi Dajjal boleh dibaca.

Dajjal adalah manusia yang ditanggung ajalnya oleh Allah sehingga satu masanya dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia.

Menurut hadis yang diriwayatkan Huzaifah, Dajjal adalah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka pada kedua belah tangannya.