Mencari Hasil Ilmu

Saturday, October 15, 2011

LaVeyan Satanism

LaVeyan Satanism dilahirkan pada 1966 oleh Anton LaVey. Tiang tiang ajarannya adalah berpandukan kepada individualistic, kepuasan sendiri, ajaran moral individu ke individu. Berasaskan kepada pengaruh ritual dan upacara mistik. Satanism boleh dikatakan agama atau pegangan hidup yang berhaluan kiri dimana betentangan dengan agama dan pegangan hidup haluan kanan.

LaVey Satanism tidak melibatkan mana mana ketuhanan tetapi menggunakan Satan sebagai symbol pegangan, nilai nilai moral dan naluri sebenar manusia.

LaVey menubuhkan organisasi sokongan bernama Church Of Satan pada 1966 dan menzahirkan kepercayaan dan amalan dalam The Satanic Bible pada tahun 1969. Kebanyakkan mereka yang memegang amalan ini adalah mereka yang menolak kristian dan penganut baru.

Rumahnya dijadikan sebagai tempat menyebarkan ideology Satanism dan digelar sebagai Black House dengan mengenakan 2 dolar sebagai yuran. Beliau akan membentuk ikatan ‘Magic Circle’ diantara sekutu ideologinya yang terdekat. Ramai berpendapat bahawa LaVey mampu membawa ideologinya selari dengan arus semasa.

LaVey menggunakan wanita tidak berpakaian sebagai sembahan dan terdapat juga perkahwinan dengan Satan. Penampilan LaVey yang berperibadi botak, berpakaian seperti jubah agama berwarna putih. Kadang kala beliau juga memakai tanduk bagi melengkapkan penampilan menyerupai Iblis. Penampilan ini menarik banyak pengikut dan peminat.