Mencari Hasil Ilmu

Sunday, October 30, 2011

BABI BANYAK GUNANYA

Bahan yang boleh digunakan untuk menghalang pembekuan darah (Heparin) diambil dari mucus yang terdapat di dalam usus babi.

Insulin yang digunakan di dalam industry perubatan kebanyakkannya di ambil dari pancreas babi kerana struktur kimia yang hampir sama dengan manusia.

Hemoghlobin daripada darah babi digunakan sebagai filter atau penapis kepada rokok yang bertindak sebagai paru-paru tiruan. Tujuan untuk menghalang bahan kimia berbahaya daripada memudaratkan perokok. Juga digunakan sebagai agen pewarna merah di dalam industry makanan anjing. Dalam terapi Photdynamic hemoglobin babi digunakan dalam ubat untuk merawat kerosakan retina. Ubat ini diaktifkan dalam pancaran laser pada mata.

Dalam snek makanan anjing, hidung babi yang digoreng digunakan sebagai makanan anjing.

Glirerin daripada lemak tulang babi digunakan untuk menghasilkan struktur ubat gigi yang halus

Kolegen babi digunakan dalam industry kosmetik (Cosmetic Mask) bagi mengurangkan kedutan. Gam kayu yang kuat digunakan oleh pihak industry yang berasaskan kayu untuk menghasilkan gam yang berkualiti.

Bahan buangan daripada babi digunakan sebagai bahan bakar untuk menghasilkan tenaga.

Diolah daripada kolegen babi untuk memberikan sumber protein yang murah bagi atlet bina badan.

Gelatin digunakan sebagai penstabil makanan dalam penghasilan krim keju. Geletin digunakan dalam penghasilan krim putar untuk membentuk strukturnya.