Mencari Hasil Ilmu

Tuesday, September 27, 2011

Sejarah disebalik FBI

J.Edger Hoover mula menggunakan wiretapping pada tahun 1920 untuk menangkap bootleggers. Pada 1927, penggunaan wiretapping ini telah menyebabkan agensi ini dibawa ke makamah. Penyiasatan FBI tidak melanggari Fourth Amendment seperti yang didakwa kerana FBI tidak memecah masuk kediaman awam dalam proses wiretapping. Pada 1934 Akta Komunikasi, Kongres membenarkan perbualan telipon setiap individu dirakam untuk tujuan keselamatan.

FBI mendapat mandat dibawah Tajuk 28 US Code, Seksyen 533, yang memberi kebenaran kepada General Attorney untuk melantik pegawai untuk mengesan jenayah di Amerika. Agensi agensi yang lain memberi FBI kebenaran dan tanggungjawab untuk menyiasat jenayah khusus.
FBI bertanggungjawab terhadap undang undang ‘Racketeer Influenced and Corrupt Organization’. FBI bertindak dengan tanggungjawab selari dengan undang undang hak sivil Amerika 1964 dan menyiasat kemungkinan keganasan berlaku dan Jabatan Keadilan Amerika (DOJ). FBI berkongsi tugas dengan pentadbiran Penguatkuasaan Dadah dalam menguatkuasakan undang undang bahan kawalan 1970.

Akta Patriot Amerika meningkatkan kuasa FBI terutamanya dalam wiretapping dan memantau aktiviti internet. Satu undang undang kontroversi adalah dimana Akta ini membenarkan FBI mengeledah mana mana rumah orang awam semasa penghuninya tiada dirumahnya tanpa perlu waran mengeledah (Sneek and Peek act). FBI dibenarkan menggunakkan rekod perpustakaan (yang disuspek dengan keganasan).

Maklumat yang diterima akan dibentangkan ke US Attorney dan Jabatan Keadilan untuk menghakimi dan tindakan seterusnya.

Pada tahun 1886, Makamah di Wabash mendapati bahawa negeri nya tiada kuasa dalam mengawal perdagangan/perniagaan antara negeri. Pada 1887, satu undang undang Perdagangan antara negeri direka dibawah kerajaan persekutuan untuk menguatkuasakan undang-undang. Disebabkan kekurangan pekerja, Attorney General mengambil langkah dengan menubuhkan Biro Penyiasatan lengkap dengan agen khas yang tersendiri. Agensi sulit membekalkan Jabatan Keadilan dengan 12 agen khas dan agen ini menjadi agen pertama dalam agensi ini. Jawatan FBI diterbitkan sebagai agen khas sejak 26.07.1910 semasa Presiden Theodore Roosevelt. Tugas rasmi pertama FBI adalah melakukan tinjauan bagi menguatkuasakan undang undang White Slave Traffic pada 25.06.1910.

Pengarah pertama FBI adalah J.Edgar Hoover dan berkhidmat selama 48 tahun. Selepas kematian Hoover, jawatan pengarah di hadkan kepada 10 tahun. Makmal saintifik mengesan jenayah mula dibuka pada 1932 hasil daripada Hoover. Hoover banyak melibatkan diri dalam semua jenis kes dan projek kendalian FBI.

Pada 1984, FBI menubuhkan elit khas bagi membantu masalah yang mungkin berlaku semasa Olimpik musim panas 1984. pada 1972, pengganas berjaya membunuh atlet Israel pada Sukan Olimpik musim panas 1972. FBI pada masa itu bertindak sebagai pasukan menangkis serangan pengganas.

Pada tahun 1984, tertubuhnya komputer analisis dan pasukan tindakan (CART).

Dalam masa sebulan selepas serangan 11 September, Pengarah FBI mengarahkan untuk mengstruktur kembali operasi FBI. Perubahan yang berlaku adalah menghalang pengintipan dan operasi pengganas, mengesan ancaman siber, melindungi hak awam, melawan rasuah, jenayah terancang dan jenayah kolar putih.

Selepas perang dingin, FBI digunakan sebagai membantu polis menjejak penjenayah yang melintasi sempadan. Makmal FBI juga digunakan untuk melakukan ujian DNA dan mengesan penjenayah dengan system cap jari bermula pada 1924.

Pada 1994, Kongres meluluskan undang undang Bantuan Komunikasi untuk Penguatkuasaan Undang2. Pada 1996, Kongress meluluskan undang2 Akauntibiliti dan undang2 kejaminan kesihatan. Pada tahun yang sama, undang2 pengintipan maklumat rahsia mengenai Pengintipan Ekonomi. Pada 1998, system technology dipertingkatkan dengan infrastruktur seperti Computer Invertigation and Infrastructure treat Assesment Center dibina (CITAC) dan National Infrastructure Protection Center (NIPC) ditubuhkan untuk berhadapan masalah berkaitan internet. Masalah masalah ini mungkin menyebabkan Amerika berhadapan dengan kacau bilau pada satu masa nanti. FBI meningkatkan pemantauan eletronik untuk kepentingan umum dan keselamatan negara.

Makmal FBI berfungsi untuk memberi khidmat sebagai makmal tunggal ujian DNA, biologi dan ujian fizik.

Akademi FBI terletak di Quantico, Virginia. Fasiliti kepada makmal komunikasi dan komputer. Ia juga tempat agent baru dihantar untuk latihan sebelum menjadi agen khas FBI. Mengikuti kursus 21 minggu adalah syarat untuk menjadi agen khas. Fasiliti ini mula dibuka pada 1972 diatas tanah 385 ekar. Fasiliti ini meliputi kelas untuk penguatkuasa tempatan atau negeri.

Fasiliti di Quantico meliputi kawasan latihan polis, kawasan latihan unit senjata, pusat latihan dan kajian sains forensic, unit khas teknologi, unit khas penyiasatan, unit penguatkuasaan komunikasi, unit latihan kepimpinan dan sains pengurusan, unit latihan fizikal, unit latihan agent baru(NATU), unit aplikasi latihan(PAU), unit latihan penyiasatan secara komputer dan kolej pengajian analitik.

Pusat maklumat perkhidmatan jenayah (CJIS) berpusat di Clarksburg, West Virginia. Bahagian yang paling terkini dalam FBI dan ditubuhkan pada 1991 dan secara rasminya pada 1995. Kompleks itu sebesar keluasan 3 buah padang bola sepak. Fungsinya adalah untuk membekalkan maklumat maklum balas yang secepat mungkin. Dibawah CJIS adalah program untuk Pusat Informasi Jenayah Kebangsaan(NCIC), maklumat jenayah yang disusun semula, Pengenalpastian identity secara cap jari, Sistem maklumat pengenalpastian cap jari secara automatik (IAFIS), NCIC 2000 dan Sistem berdasarkan insiden di dalam negara (NIBRS).

FBI juga bekerjasama dengan agensi agensi Persekutuan yang lain seperti US Coast Guard dan Kastam dan Pencegahan sempadan US (CBP) dalam keselamatan perlabuhan dan lapangan terbang. Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan dalam menyiasat kemalangan melibatkan kapal terbang dan mana mana insiden kritikal.

Organisasi FBI terbahagi kepada ketua ketua pengarah, bahagian keselamatan kebangsaan, bahagian jenayah sivil, jenayah siber, bahagian sumber manusia, bahagian sains dan teknologi, bahagian informasi dan teknologi.