Mencari Hasil Ilmu

Monday, September 12, 2011

Mossad

(Istitute For Intelligence And Special Operation) adalah agensi rahsia kebangsaan Israel.

Mossad dalam bahasa Hebrew bermaksud institut atau institusi.

Intelligence (Agensi Rahsia) adalah agensi yang bertindak dalam mendapatkan maklumat sulit tanpa perlu meminta izin daripada pemegang maklumat.

Mossad bertanggungjawab dalam mengumpul maklumat dan tugas tugas khas termasuk aktiviti ketenteraan. Mossad merupakan satu daripada intelligence yang berpusat di Israel. Begitu juga 2 agensi lain iaitu Aman (intelligence tentera) dan Shin Bet (pasukan keselamatan dalam negeri).

Mossad Le’aliyah Bet merupakan organisasi yang kecil, Zionist bukan Ortodoks yang mana misinya adalah untuk membawa golongan yahudi ke wilayah Palestine dibawah mandate British. Digunakan untuk melobi pemindahan bangsa bangsa yahudi. Modus Operandi, ideologinya dan politik membawa kepada agensi Intelligence untuk kerajaan Israel apabila tertubuhnya negara Israel pada tahun 1948. Agensi ini dianggotai oleh individu individu yang bekerja keras dalam tertubuhnya negara Israel sebagai negara Yahudi.

Ibu pejabat Mossad terletak di Bandar Tel Aviv yang melihatkan 1200 tenaga kerja dan meningkat kepada 2000 pegawai pada 1980. Mossad tidak mempunyai jawatan jawatan yang pelbagai. Kebanyakkan pegawai berkhidmat dengan pasukan pertahanan Israel sebagai pasukan sokongan kepada pasukan tentera.

Bahagian yang besar dalam Mossad adalah dalam pengumpulan maklumat risikan. Mereka menjalankan banyak perisikan di luar negara. Pegawai pegawai di bawah bahagian ini beroperasi secara tertutup dimana pekerja nya adalah tidak tetap. Bidang mereka digelar sebagai katsas. 30 daripada 40 beroperasi di eropah dan timur tengah.

Bahagian yang merbahaya adalah Special Operation Division (Metsada) yang terlibat dengan pembunuhan terancang, operasi separa tentera, sabotaj, dan perang psikologi.

Perang Psikologi terletak di bahagian Lochamah Psichologit yang berfungsi untuk mengadakan aktiviti propaganda.

Bahagian Penyelidikan berfungsi untuk pembangunan bahan, aktiviti aktiviti Mossad.