Mencari Hasil Ilmu

Thursday, September 08, 2011

Mark Elliot Zukerberg

Mark Elliot Zukerberg dilahirkan pada 14. may 1984. Beliau adalah seorang usahawan. Nama beliau begitu sinonim dengan jaringan social Facebook. Beliau mengilham Facebook bersama sama rakan nya Dustin Moskovits, Eduardo Saverin, dan Chris Hughes semasa menuntut di Havard. Pada mac 2010, beliau merupakan billionare yang terkaya di dunia dengan kekayaan 4 Billion dollar pada 2010 hasil pegangan saham nya dalam Facebook (24%).

Zuckerberg dilahirkan di White Plains New York tetapi dibesarkan di Dobbs Ferry New York. Dibesarkan dengan latar belakang yahudi tetapi beliau menganggap dirinya atheis. Beliau mula berjinak dengan ‘Computer Programming’ sejak di sekolah menengah. Pada awalnya, Zukerberg berminat pada alat komunikasi dan games. Sebelum menyambung pengajian di Akedemi Philips Exeter, Mark menuntut di Sekolah Menengah Ardsley.

Beliau kemudian nya di pindah ke Akedemi Philips Exeter dimana beliau mula terbiasa dengan Latin. Beliau juga membantu pekerja di bilik ayahnya berkomunikasi dengan membina satu program. Beliau membina satu permainan komputer yang dipanggil ‘Risk’ dan musik player yang bernama Synapse yang menggunakan AI sebagai terasnya untuk mengkaji habit pendengaran manusia. Microsoft dan AOL berminat untuk membeli Synapse dan menawarkan pekerjaan kepada beliau tetapi Zukerberg menolak kerana hendak menyambung pengajian di kolej Havard. Disitu beliau menyertai kumpulan yang bernama Alpha Epsilon Pi.