Mencari Hasil Ilmu

Saturday, August 27, 2011

Konsep kepentingan Dan Keselamatan Negara

Konsep kepentingan negara merupakan sesuatu istilah yang digunakan pelbagai negara bagi menerangkan kepada umum tentang tumpuan negara terutamanya selepas berlakunya Perang Dunia Ke 2. Konsep kepentingan negara banyak digunakan untuk membentuk kerangka dasar sesebuah negara. Perkembangan ekonomi sesebuah negara menyebabkan formula kepentingan negara telah diguna pakai terutamanya dalam membentuk dasar luar negara. Sesebuah kerajaan akan merujuk kepada eliment kepentingan negara sebelum membuat apa apa keputusan untuk mencapai apa apa matlamat yang digariskan.

Rosenau menganggap kepentingan negara sebagai alat untuk menganalisis dan instrument politik berdasarkan sumber sumber yang sedia ada dalam pembentukan dasar sesebuah negara. Wolfer (1960) berpendapat dasar luar adalah ditentukan oleh kepentingan negara. Ini menunjukkan dasar yang dibentuk itu berdasarkan tuntutan negara dan bukan individu atau kumpulan tertentu. Morgenthau (1960) mendifinisikan kepentingan negara sebagai kuasa. Kuasa yang dimaksudkan ialah kuasa politik dimana sesebuah kerajaan boleh menggunakan nya untuk mempengaruhi rakyat supaya dapat mencapai kepentingannya. Juga dianggap sebagai alat untuk menerangkan kepada rakyat terhadap sebarang keputusan dan tindakan yang dibuat oleh kerajaan.

Menurut Andrew S. Natsios, kepentingan negara terbahagi kepada empat elimen utama iaitu kepimpinan politik, polisi yang berkesan, pelaburan ke atas manusia dan komitmen kerajaan persekutuan. Kepimpinan politik iaitu pembangunan tidak akan berjaya melainkan jika pemimpin negara membuat pilihan bijak untuk keutamaan dan menunjukkan sokongan terhadap pembaharuan yang bermakna.

Polisi yang berkesan iaitu pembangunan tidak dapat dipertahankan jikalau polisi yang ditetapkan untuk mempertahankan pemerintahan dan perundangan negara. Pelaburan ke atas manusia iaitu memberi banyak peluang pembangunan akan dibazirkan melainkan semua rakyat dapat bekerja dengan bersatu padu. Komitmen kepada persekutuan pula mengandaikan manusia tidak dapat bersaing dalam pasaran global ketika ini dan pembangunan tidak akan bermula melainkan negara melabur dalam kesihatan dan pendidikan.

Secara umum nya, ramai ahli akademik lebih cenderung menggunakan istilah keselamatan kepada perkara perkara yang melibatkan aspek ketenteraan seperti konflik senjata, peperangan nuclear, ketidak seimbangan kuasa tentera, kuasa ketenteraan dan lain lain. Selepas penghujung Perang Dingin iaitu awal 1990, konsep keselamatan meliputi semua anacaman dan tidak tertumpu kepada ancaman ketenteraan sahaja.

Ancaman ancaman lain adalah seperti ekonomi, persekitaran, social dan budaya, politik, etnik, masalah sumber tenaga, migrasi, perdagangan, penyeludupan, jenayah siber, dan keganasan adalah ancaman baru kepada keselamatan negara. Oleh itu, konsep keselamatan boleh dibahagi kepada tradisional, bukan tradisional dan kritikal bukan tradisional.

Buzan, Waever dan Wilde (1998) telah memperkenalkan lima teori keselamatan iaitu ketenteraan, persekitaran, ekonomi, social dan politik. Mereka menyatakan makna keselamatan adalah bermaksud ancaman sedia ada terhadap objek rujukan yang dilakukan oleh aktor aktor keselamatan seperti pemimpin dan ahli politik yang akhirnya membawa kepada keadaan yang huru hara sesebuah negara. Objek rujukan merujuk kepada dua pihak iaitu aktor negara seperti kerajaan dan negeri atau bukan aktor termasuklah individu , masyarakat, dan kumpulan kumpulan tertentu. Ancaman keselamatan wujud apabila pemimpin dan ahli politik boleh meyakinkan masyarakan dengan ucapan nya bahawa suatu keadaan tidak menentu boleh berlaku dan boleh mengancam keselamatan penduduk penduduk di sesebuah negara.

Tujuan pemimpin adalah untuk mendapat perakuan dan pengesahan daripada masyarakat supaya kerajaan akan mendapat mandat dan peruntukan sumber kewangan tertentu untuk mengatasi ancaman. Menurut Callabero dan Emmers (2006) ancaman keselamatan tidak boleh diukur berdasarkan kepada kesan ucapan awam yang dibuat oleh pemimpin terhadap rakyat semata mata. Ia juga perlu disokong dengan data yang emprikal dan bukti statistik bagi menerangkan situasi ancaman keselamatan. Pendekatan kualitif dan kuantitif perlu supaya situasi ancaman keselamatan boleh dibuktikan secara realistic.

Aniol berpendapat sejak beberapa dekad yang lalu sejumlah nilai yang dianggap sebagai eliment keselamatan negara perlu dipertahan oleh ramai pihak. Banyak nilai sejagat yang perlu dilindungi dalam menjamin aspek keselamatan selain daripada eliment ketenteraan. Sebuah negara tidak hanya mempertahankan kedaulatan wilayah dan kebebasan politik tetapi mereka perlu melindungi kepentingan lain seperti kebebasan ekonomi, budaya dan kestabilan social.