Mencari Hasil Ilmu

Sunday, July 10, 2011

Yahweh (YHWH)

Yahweh adalah empat konsonan yang dibaca sebagai YHWH. Merupakan nama tuhan tersendiri dalam kitab Bible berbahasa Hebrew. Yahweh adalah versi moden dimana ditambah dengan dengan huruf a dan e. Ejaan asal adalah YHWH yang diambil dari 4 konsonan yang dirujuk dari huruf Roman. Maksud sebenar dalam bahasa inggeris adalah “He Bring Into Existance Whatever Exists”.

The Bible mengatakan Yahweh adalah tuhan sebenar yang esa yang membawa keluar Israel  ke Mesir dan menyampai seruan melalui Ten Commandments. Yahweh berkata, “I am Yahweh, tuhan kamu yang membawa kamu keluar dari Mesir dari menjadi hamba, tidak ada tuhan lain selain aku yang boleh mencabar aku. Bagi kaum yahudi mereka menganggap bahawa Yahweh sebagai tuhan yang cemburu ke atas tuhan dan patung sembahan agama lain.

Bagi masyarakat awal kaum yahudi, mereka tidak menggunakan nama Yahweh sebagai nama tuhan tetapi menggunakan nama Elohim sebagai ganti nama tuhan untuk menunjukkan keagungan tuhan yahudi kepada semua jenis masyarakat di dunia. Sedikit demi sedikit nama Elohim di tukar dengan nama Adonai (My Lord) atau haShem (The Name). Pada kurun ke 6 – 10, barulah nama YHWH berubah menjadi Jehovah (YeHoWah) dan digunakan secara meluas oleh sarjana Kristian semasa Renainsance.

Pada kurun ke 19, Sarjana Hebrew Wilhelm Gesenius (1786-1842) mencadangkan Yahweh sebagai nama yang sesuai berdasarkan kajian kepada transkrip asal Greek, nama berdasarkan Theophoric, dan laporan berdasarkan tradisi Samaritan. Hasilnya pada kurun ke 19-20, Sarjana bible mula menggunakan Yahweh dan digunakan secara meluas dalam kesarjanaan bible.