Mencari Hasil Ilmu

Thursday, July 07, 2011

Sigil Of Baphomet

Baphomet adalah symbol mewakili gabungan semulajadi antara tenaga positive dan negatif. Ia adalah selari dengan Ying Yang dalam ajaran Tao. Asalnya Baphomet adalah hasil gabungan 2 perkataan Greek iaitu baphe dan metis yang bermaksud menyerap ilmu pengetahuan.

Ia menjadi symbol utama bagi Church of Satan. Simbol ini juga digunakan kepada banyak organisasi di dunia yang berlandaskan kepada Satanism dan berhaluan kiri.

Perkataan Hebrew terletak pada pentagram dan diterjemahkan kepada Leviathan (LVIThN), sejenis binatang laut dalam mitos Yahudi. Sigil of Baphomet banyak berkait rapat dengan kepercayaan Judeo-Cristian.

Haiwan kambing melambangkan perhubungan. Mesir purba pula melambangkan nya sebagai symbol nafsu. Nafsu adalah factor biologi yang membuatkan manusia bercambah. Lambang bintang lima sudut datang dari Pythagoreans dimana rajahnya membawa maksud yang besar di antara satu sama lain. Ini adalah symbol matematik yang membawa maksud kesempurnaan, kesempurnaan benda hidup khususnya.