Mencari Hasil Ilmu

Friday, February 25, 2011

Sejarah Migrasi Buruh Di Dunia

Negara negara Asia dianggap sebagai penyumbang utama imigran asing terutamanya dalam konsep pekerjaan di negara ini. Kemasukan pekerja asing di negara ini di kaitkan dengan libralisasi ekonomi, ketidak samarataan terhadap peluang ekonomi dan penguatkuasaan sempadan yang kurang berkesan. Pekerja asing dianggap sebagai proses social yang sering dikaitkan dengan isu-isu seperti situasi ekonoi pasaran, penawaran buruh secara transnasional, perubahan polisi di negara pengimport dan peruntukan hak hak pekerja asing.

Goss dan Linquist berpendapat bahawa seseorang akan membuat keputusan untuk berhijrah jika dia merasakan dapat memaksimumkan pendapatan mereka. Ini kerana kebiasaannya mereka akan dapat pekerjaan yang lebih baik dari aspek gaji yang akan diperoleh berbanding dengan negara asal.

Ketidakseimbangan gaji dan perkembangan ekonomi di negara negara serantau akan meransang meningkatnya penghijrahan pekerja ke negara lain di rantau tersebut. Menurut Hicks, dalam teorinya Wage Diffential Teory, migrasi berlaku disebabkan terdapat perbezaan dalam penawaran dan pemintaan buruh anatara sebuah negara dengan negara yang lain. Ini menunjukkan negara yang mempunyai penawaran buruh yang tinggi secara relatifnya mempunyai tahap gaji yang rendah manakala negara yang mempunyai penawaran buruh yang rendah mempunyai tahap gaji yang tinggi.

Berlakulah penghijrahan pekerja dari negara yang mempunyai gaji yang rendah terutama dari negara Dunia Ketiga ke negara maju atau dari kawasan pendalaman ke Kawasan Bandar di sesebuah negara. Menurut Hicks, pengaliran buruh asing separa mahir ke negara maju mengekalkan negara itu sebagai negara berintensifkan buruh murah. Sebaliknya, pembangunan ekonomi dalam negara pengeksport pekerja akan tercapai melalui pengaliran wang asing dan pembentukan tenaga kerja asing yang dapat mengurangkan pendapatan di negara asal.

Harris & Todaro menyatakan secara rasional bahawa seseorang akan mengambil tindakan untuk bermigrasi kerana perbezaan gaji dan peluang pekerjaan di sesebuah negara walaupun ia tidak mengetahui sejauh mana kebenarannya. Kebanyakan negara Asia senantiasa menggalakan rakyatnya melakukan migrasi ke negara lain supaya boleh meningkatkan ekonomi negara melalui remittance.

Davanso pula akan factor migrasi adalah kerana percaya akan faedah yang diperoleh akan melebihi kos yang dikeluarkan untuk tujuan migrasi. Kos adalah secara lansung atau secara tidak lansung. Migrasi pekerja bukan hanya terhad kepada pekerja separuh mahir dan mahir tetapi melibatkan perpindahan teknologi kemahiran daripada sesebuah negara ke negara lain.

Amin menyatakan migrasi dianggap sebagai satu pemindahan nilai positif yang sedia ada daripada seseorang pekerja terutama pekerja berkemahiran ke sebuah negara lain. Pekerja mahir yang berhijrah merupakan pekerja asing yang produktiviti tinggi yang berpendidikan lebih tinggi daripada negara yang sedang membangun. Sebagai seorang negara pakar dari luar negara, ia mempengaruhi persekitaran pekerjaan dan memperkukuhkan kedudukan ekonomi negara pengimport.

Proses migrasi juga dikaitkan dengan isu kiriman wang iaitu pengaliran keluar wang dari sesebuah negara ke negara yang lain. Pengaliran wang keluar memberi manfaat kepada negara pengeksport berbanding negara pengimport tenaga kerja asing. Taylor menyatakan bahawa kesan pengaliran wang asing adalah meningkatkan dana dan sumber pendapatan serta dapat menjana pembangunan ekonomi terutamanya bagi negara pengeksport pekerja asing.

Terdapat beberapa factor migrasi berlaku iaitu ingin meningkatkan pendapatan dan menghantar wang ke kampung halaman untuk menyara kehidupan keluarga, untuk membina rumah baru atau membeli tanah, untuk menggunakan wang untuk tujuan melabur dalam beberapa bidang perniagaan. Dengan itu, pihak kerajaan perlu mengawal pengaliran wang keluar supaya tidak menjejaskan ekonomi negara pengimport . Seddon menyatakan pihak kerajaan perlu terlibat untuk mengawal pengaliran mata wang asing demi mengukuhkan pertukaran wang asing daripada cukai yang diperoleh.

Isu pengaliran wang asing sering mendapat perspektif positif dari pihak kerajaan apabila dianggap dapat meningkatkanpembangunan negara dan menyediakan keperluan semasa kepada rakyat seperti kesihatan dan pendidikan. Menurut Taylor, terdapat beberapa cara untuk mengukur kesan pengaliran wang asing terhadap ekonomi ialah kesan secara lansung terhadap ekonomi dengan melihat purata pengaliran wang asing dengan jumlah perdagangan eksport. Khidmat buruh dilihat sebagai salah satu eliment eksport dan pengaliran wang asing dilihat sebagai bayaran kepada negara pengeksport untuk perkhidmatan buruh yang diberikan.

Pertukaran wang asing dilihat sebagai penyumbang secara lansung kepada kesan pengaliran wang asing kepada negara penghantar. Ia dapat memberi kesan positif terhadap Imbangan Pembayaran Negara. Kesan secara tidak lansung ialah ransangan terhadap ekonomi tempatan melalui kesan berganda daripada pengaliran wang asing. Kesan ini dilihat sebagai lebih efektif apabila wang kiriman pergi ke kawasan pendalaman. Ini kerana kebanyakan penduduk luar Bandar lebih menggunakan barangan tempatan berbanding barangan import maka secara tidak lansung ia dapat menahan duit daripada mengalir ke luar negara.