Mencari Hasil Ilmu

Monday, February 21, 2011

Jintan Hitam Herbatus Sauda

Jintan hitam (Nigella sativa Linn) atau habbatus Sauda adalah rempah ratus yang digunakan sebagai tanaman ubat. Rempah itu berbentuk butiran hitam yang telah digunakan secara meluas oleh masyarakat India, Pakistan dan Timur Tengah untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Tanaman ini juga disebut di dalam perkembangan awal agama islam.

Jintan hitam telah digunakan sebagai herba perubatan sejak 3000 tahun dahulu. Ahli perubatan yang tercatat mengenai Ibnu Sina (980 – 1037AD), Al-Biruni (973-1048 AD), Al-Antiki, Ibnu Qayyim dan Al-Baghdadi.

Asalnya tumbuhan ini meliar di sekitar Mediterranean dan negara Asia Tenggara. Kemudian menular di Afrika utara (Mesir, Syria, Iran dan India). Bagi iklim yang sesuai ia ditanam di kawasan laman rumah dan di tepi jalan. Pohonnya kecil sahaja tetapi manfaatnya amat besar ke atas manusia.

Ketinggiannya adalah kira kira 20-50 cm sahaja, berdaun halus, kedudukan daun bertentangan, batang berwarna hijau, ukuran garis lintang sekitar 2-5 cm dan bercabang ke atas. Dianggap sebagai pytotherapeutic (tujuan perubatan).

Tumbuhan ini tumbuh di kawasan tanah yang kering dan kontang (agak berpasir dan sederhana kerasnya). Ia juga memerlukan sedikit air untuk hidup. Ia juga tidak boleh tumbuh dengan baik di bawah cahaya lindungan cahaya matahari dan memerlukan cahaya setiap masa.

Bahan aktif di dalam Habbatus Sauda ialah thymoquinone yang boleh mengurangkan risiko jantung, barah, Alzheimer dan melambatkan proses penuaan.

Ia juga kaya dengan Monosaccharide glucose, Xylose, Polysaccharide, Fatty Acid yang tidak tepu. Ia digunakan secara tradisional untuk menghasilakn kulit muka cerah, merawat batuk, asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah tidur, sakit sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolestrol, merawat batu karang dan sebagainya.