Mencari Hasil Ilmu

Wednesday, February 23, 2011

Besi Untuk Senjata

Dunia islam dikenali dengan sumber alam yang melimpah ruah. Salah satu daripada sumbernya adalah besi. Pada zaman islam, berkembang dengan pesat teknologi penghasilan besi dan seni membuat pedang.

Salah satu pusat pembuatan pedang dengan teknologi yang termahsyur pada zaman kalifah adalah Damsyik, Syria. Seni pembuatan pedang dengan teknologi tinggi dalam peradaban islam bermula sejak kurun ke 9. Dalam buku Subh Al-Asha tulisan Al-Qalqashandi mencatatkan bahawa Damsyik menjadi pusat penghasilan besi yang mashyur pada kurun ke 12 masihi.

Pedang buatan Damsyik kerap kali disebut sebagai pedang Persia kerana lentur dan tajam. Kehebatan pedang buatan negara islam sempat membuat tamadun barat terdiam dan kagum. Ia merupakan faktor mengapa pasukan Tentera Salib Eropah kalah kepada pasukan tentera islam.

Pedang Persia mampu memotong sutera yang dijatuhkan dari udara. Pedang ini juga mampu mematahkan bilah pedang lain atau batu tanpa hilang ketajamannya.

Ketika zaman perang salib, peradaban barat cuba untuk mencari rahsia teknologi pedang yang dikuasai dunia islam. Tentera salib menyebut besi yang hebat dari Damsyik dikenali sebagai Damascus Steel. Teknologi besi dan pembuatan pedang begitu terkenal sehingga mampu menempa Wootz Steel menjdi indah dan lentur.

Seni membuat pedang pada era kejayaan islam mendapat perhatian khusus dari peradaban barat. Robert Hoyland dan Brian Gilmore di dalam bukunya Medieval Islamic Swords And Swordmaking.buku itu menerangkan mengenai risalah yang dikeluarkan oleh ulama muslim terkenal abad ke 19, Ibnu Ishaq Al-Kindi tentang Pedang dan Ragam Jenisnya.