Mencari Hasil Ilmu

Saturday, December 11, 2010

poligami tanpa kebenaran

Undang – undang menetapkan bayaran denda sebanyak RM1000 kerana berpoligami tanpa kebenaran makamah boleh menyelesaikan masalah. Bagi yang berkemampuan sebua itu boleh dibuat dengan hanya memetik jari sahaja.

Berdasarkan laporan statistik JPN antara 2005-2009, sejumlah 74,723 pendaftaran kelahiran anak tanpa dokumen yang melibatkan orang melayu.

Menurut Presiden Peguam Muslim Malaysia, tujuan pendaftaran kelahiran bukan hanya satu formaliti bagi mendapatkan sijil nikah dan satu rekod bahawa perkahwinan tersebut menurut undang – undang negeri dan menepati syarak.

Perkahwinan yang tidak didaftarkan adalah tidak sah dari segi undang undang dan sebarang tuntutan juga tidak dapat dibuat. Mereka juga tidak boleh menuntut nafkah, hak penjagaan dan lain lain.

Masalah timbul apabila hendak dinasabkan anak yang dilahirkan kepada ayah kandung nya. Semasa pendaftaran, Dokumen perkahwinan perlu disertakan bagi kesahihan bahawa suami adalah suami yang sah dari segi undang undang.

Akta Undang undang keluarga islam Wilayah Persekutuan 1984, Seksyen 23(1) mengenai peruntukkan poligami dimana lelaki yang ingin memohon poligami perlu meminta izin Makamah Syariah terlebih dahulu. Bagi mereka yang ingkar boleh didakwa di bawah seksyen 123. Boleh dijatuhi hukuman tidak lebih 6 bulan dan tidak lebih dari RM1000 atau kedua duanya sekali.

Jika dokumen perkahwinan tidak dikemukakan, sijil lahir anak akan tertera nama anak yang dibinkan kepada Abdullah atau Asma Al- Husna.

Yang menjadi mangsa adalah anak kerana anggapan masyarakat akan mengata bahawa anak yang tidak mempunyai nama bapa akan dianggap sebagai anak tak sah taraf atau anak luar nikah.

Jika mempunya sijil nikah tetapi tidak mengemukakan nya semasa mendaftar anak boleh lah membuat pembetulan sijil lahir iaitu kemasukkan maklumat bapa pada sijil lahir sekiranya pemaklum dapat mengemukakan dokumen perkahwinan ibu dan bapa yang sah.

Pembetulan pada sijil lahir boleh dilakukan pada bila bila masa sahaja meskipun anak tersebut telah meningkat dewasa.