Mencari Hasil Ilmu

Saturday, November 27, 2010

Senario Pekerja Asing Di Malaysia

Migrasi di Asia Tenggara telah lama berlaku dan ia tidak lansung memberi impak kepada peningkatan populasi di negara tersebut. Di samping itu, migrasi juga memberi impak ekonomi kepada negara tersebut dalam menikmati faedah tersebut. Peralihan corak ekonomi dari pertanian kepada industri dan ketidakseimbangan jumlah populasi dengan peluang pekerjaan serta perkembangan tahap pendidikan sesebuah negara sering menjadi factor utama terhadap berlakunya migrasi. Bagi rantau Asia Tenggara, Malaysia dilihat sebagai destinasi popular terutamanya golongan buruh asing untuk mendapatkan pekerjaan separa dan tidak mahir.

Kebergantungan kepada buruh asing adalah disebabkan kepada modenisasi dan kekurangan tenaga kerja di sector pekerjaan. Kerajaan banyak memperkenalkan pendekatan baru atau polisi bagi pengambilan pekerja asing untuk bekerja di sector tertentu bagi melaksanakan agenda ekonomi negara. Namun kemasukan melampau mereka akan menggangu gugat keselamatan negara dan secara lansung mengancam keselamatan negara.

Menurut Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, Penduduk Asia Tenggara (2001) meningkat selepas Perang Dunia Kedua daripada 178 juta pada 1950 kepada 522 juta pada 2000. Peningkatan dilihat sebagai peningkatan kelahiran, Pengurangan kematian, serta perkembangan migrasi ke Asia Tenggara. Semasa era penjajahan immigrant cina telah mendominasi kebanyakan kawasan di rantau ini berbanding immigrant lain seperti Arab, India dan Parsi.


Kehadiran orang cina tidak dapat diatasi lagi. Mereka banyak tertumpu di kawasan Bandar dan pelabuhan. Migrasi telah berlaku semenjak sejarah kewujudan manusia lagi, namun istilah ini digunakan bagi menerangkan maksud dasar kerajaan apabila wujudnya negara moden yang memberi tumpuan serius terhadap aspek persempadanan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Pergerakan manusia dari satu negara ke negara yang lain telah menjadi sebahagian proses pembangunan social terutamanya dalam struktur ekonomi dunia yang kompetitif. Ini secara lansung memberi kesan dalam konteks ekonomi terutama terhadap individu, negara pengeksport dan negara pengimport tenaga buruh asing. Selalunya factor migrasi dikait rapat dengan factor ekonomi seperti kemiskinan, penggangguran yang tinggi dan juga factor factor lain seperti peperangan, bencana alam dan pergolakkan di negara asal.

Pekerja asing merupakan tenaga buruh yang penting dalam perkembangan ekonomi sama ada negara pengimport atau pengeksport. Mereka bukan sahaja memberi impak kepada pembangunan ekonomi malahan dapat memberi sumbangan besar kepada kesejahteraan ekonomi negara asal kerana dapat mengurangkan pengganguran. Mereka dianggap sebagai pengganti kerana hanya mengisi kekosongan yang tidak boleh dibekalkan oleh orang tempatan.