Mencari Hasil Ilmu

Saturday, November 13, 2010

Muslim Bosnia VS Serbia

Seorang ahli falsafah dan psikologi Amerika, William James ( 1842-1910) menyatakan kenyataan “Peperangan adalah satu yang mendisiplinkan masyarakat dan sehingga satu kuasa disiplin lain dapat diaturkan, saya percaya bahawa peperangan patut diberi peluang”.

Krisis Bosnia berlaku pada tahun 1992-1995. Ini mengakibatkan pepecahan Yugoslavia pasca Perang Dingin menjadi beberapa Republik kecil iaitu Serbia-Motenegro, Bosnia-Herzegovina, Croatia, Slovenia dan Macedonia. Yugoslavia terbentuk setelah Perang Dunia Pertama yang membentuk kesatuan berbagai etnik serta menggunakan fahaman komunis.

Kesan semangat nasionalisme etnik etnik selain Serbia menuntut untuk berpisah daripada Yugoslavia yang didominasi etnik Serbia. Dimulai dengan Slovenia dan Croatia pada 1991 manakala Bosnia Herzegovina pada 1992. Bosnia mempunyai majoriti etnik Bosnia yang berugama islam (44%), Croat berugama Kristian Katolik (32%) dan Serbia berugama Kristian Ortodoks (11%).

Ketiga tiga etnik ini berperang sesama sendiri dan etnik Bosnia yang paling menerima akibat. Ia bermula apabila minority Serbia yang diketuai oleh Radovan Karazic ingin menyertai Republik Serbia bagi membentuk Serbia Jaya (Greater Serbia). Mereka perlu menguasai 70% daripada keseluruhan Bosnia. Untuk menjayakan projek ini, mereka perlu melakukan proses pembesihan etnik yang terancang dan mengebom ibu negara Bosnia, Sarajevo.

Fakta pembesihan etnik tidak dapat disembunyikan lagi dan menjadi hujah kuat oleh pendakwa raya di Makamah Jenayah Antarabangsa Untuk Negara Bekas Bosnia di Belanda semasa persidangan bertarikh 28 oktober 2009.

43 tahun sebelum peperangan meletus, Karazic pernah mengucapkan “ Sarajevo akan menjadi kawah hitam tempat umat islam akan mati. Mereka akan lenyap dari muka bumi”. Jelas peperangan ini memiliki motivasi Perang salib bukannya nasionalisme semata mata.

Ia dikhususkan bagi melunaskan dendam mereka kepada Kerajaan Uthmaniyyah yang pernah menguasai mereka beberapa abad lalu semenjak pembukaan Belgrade pada 1521 oleh Sultan Sulaiman al-Qanuni. Lalu dendam ini diturunkan turun temurun dan kini ditujukan kepada umat islam Bosnia.

Tindakan itu menyebabkan 8000 lelaki dewasa muslim dan kanak kanak Bosnia dibunuh beramai ramai di Sebrenica pada 1995. Fakta ini memaparkan pendekatan yang serupa yang dilakukan oleh Firaun ke atas umat Bani Israel ribuan tahun lalu.

Pemusnahan yang berlaku ke atas perpustakaan yang menyimpan ribuan karya termasuk yang dikarang oleh ulamak Bosnia, masjid-masjid, pusat-pusat ilmu, dan kebudayaan islam merupakan modus operandi pembersihan etnik.

Ini sengaja dilakukan untuk melenyapkan fakta bahawa islam pernah bertapak di wilayah masyarakat Slav.

Sekiranya pemusnahan budaya dan ilmuan berjaya dilakukan, ia dapat menghilangkan terus identiti bangsa Bosnia dari cacatan sejarah. Tindakan ini serupa dengan apa yang dilakukan oleh Monggul ke atas Tamadun Keilmuan Kerajaan Abbasyiah.

Generasi muda Bosnia dibentuk dengan fahaman Komunisme. Apa yang membezakan mereka adalah nama sahaja.