Mencari Hasil Ilmu

Wednesday, November 10, 2010

Ibnu Baaz Mufti Buta Pertama Dunia

Ibnu Baaz dilahirkan pada 2 November 1910. Ayahnya meninggal dunia semasa beliau berumur 3 tahun. Ibunya menitik beratkan bidang syariah. Semasa beliau berumur 26 tahun, ibunya pula meninggal dunia.


Pada umur 13 tahun beliau membantu abangnya menjual pakaian di Bandar. Namun, ini tidak menghalang untuk beliau untuk terus belajar.

Sebagai mana ia gigih bekerja, begitu juga beliau gigih belajar. Pada umur 16 tahun, beliau dijangkiti dengan jangkitan mata yang serius. Secara perlahan lahan matanya menjadi buta. Namun, ini tidak menghilangkan rasa ingin belajar beliau. Pandangan nya gelap tetapi hatinya terang bersinar. Hatinya jauh lebih terang daripada matanya.

Pada tahun 1993, beliau dilantik sebagai mufti besar di Arab Saudi. Ketika itu usia nya telah mencapai 82 tahun. Ketajaman fikirannya tiada tolok bandinganya. Beliau masih boleh mengeluarkan fakta dan membuat penyelidikan mengenai Al-Quran dan sains. Fatwa paling kontroversi beliau adalah mengenai bumi adalah leper.

Fatwa bumi leper adalah pendapatnya yang dimuatkan di dalam buku Evidence That The Earth Is Standing Still pada muka surat 23. Namun pendapatnya mendapat tentangan dari pelbagai pihak. Maka edisi pertama buku tersebut dibuang dan penilaian semula dibuat.

Teori bumi leper yang dicetuskan beliau dibuat setelah kajian yang lengkap dibuat. Ideanya dibincangkan secara meluas di negara barat. Beliau berkata dalam Al-Quran terdapat ayat mengatakan bumi sebagai hamparan. Namun teori ini dibiarkan sahaja apabila tulisan di bukunya di ubahsuai.

Beliau seorang yang tidak menyimpan sesuatu di dalam hati. Jika dimarahi atau dicerca, beliau akan mendiamkan diri sahaja tanpa sebarang reaksi.

Satu keistimewaan beliau adalah beliau boleh mengenali suara sesiapa pun walaupun dalam suasana yang bising. Beliau boleh mengenali suara ulama atau penceramah walaupun sudah bertahun lamanya tidak bertemu. Mampu mengingati setiap perwatakan, minat, kepakaran, masalah, kecenderungan, keupayaan walaupun ramai yang pernah menemuinya.

Walaupun sudah bersara, khidmat yang dihulurkan tanpa mengira ganjaran yang diberikan. Hanya khidmat diberikan kepada yang memerlukan sahaja contohnya golongan miskin, tidak berkemampuan, tertindas dan memerlukan. Bantuan yang diberikan sehinggalah ke seluruh dunia.

Soal makan juga beliau titik beratkan. Rumahnya senantiasa menjadi tumpuan kepada pengunjung pengunjung yang menemaninya makan. Beliau tidak akan makan sehinggalah semua tetamu yang menemaninya berada di meja.