Mencari Hasil Ilmu

Wednesday, October 27, 2010

islam penghalang keahlian Turki dalam EU

Dari segi politik, Turki gagal mengamalkan system demorkratik barat. Ia terus kekal dibawah kekuasaan tentera walaupun berdekad-dekad lama selepas ketiadaan Artartuk. Sifat inilah yang menghalang Turki diterima masuk ke dalam Kesatuan Eropah walaupun ianya anggota NATO.


EU meletakkan syarat ekonomi dan politik untuk membolehkan Turki menyertai EU tetapi ada factor lain yang memberatkan antaranya factor budaya dan agama. Walaupun factor bangsa diambil kira namun perkauman tidak senada dengan ideology EU.

Syarat politik ini membabitkan amalan demorkrasi di Turki kerana setiap parti yang menang semasa pilihan raya adalah dari kalangan parti yang berfahaman islam. Walaupun negara itu telah diadaptasi dengan sekularisme namun pilihan rakyatnya tetap parti islam.

Jika pada awal Attarturk mengamalkan demorkrasi mungkin beliau gagal menubuhkan negara republik. Jika diberi pilihan maka majority rakyat Turki akan memilih system Kalifah berpelembagaan daripada memusnahkannya atau memilihnya juga daripada pemberontakkan atau reformasi.