Mencari Hasil Ilmu

Thursday, September 30, 2010

Ramalan Imam Mahadi

IMAM MAHDI

Saya tidak dapat menceritakan secara panjang lebar berkenaan Imam Mahdi di sini tetapi saya syorkan supaya anda semua membeli sahaja buku mengenainya yang banyak terdapat di pasaran. Salah satu buku yang saya syorkan ialah bertajuk ‘Siapa Imam Mahdi’ keluaran Pustaka Nasional Singapura yang beberapa petikan pentingnya yang sempat saya ingat, saya catatkan di bawah ini:

“Imam Mahdi akan memerintah sama ada 20 atau 30 atau 40 tahun” (jumhur ulama dan penafsir hadis mengambil yang tengah iaitu 30 tahun memandangkan jangkamasa ini dianggap sebagai lama masa ia memerintah sedangkan 40 tahun lama masa ia hidup dan 20 tahun pertama merupakan kemuncak umurnya.) “Imam Mahdi akan muncul sewaktu ia berusia 26 tahun. Beliau akan belayar dan apabila tiba di Mekah, beliau akan tawaf di Kaabah. Ketika inilah orang ramai akan mengesyaki beliau tetapi beliau tidak akan mengaku lantas terdengarlah seruan malaikat dari langit: “Itulah dia Al Mahdi,ikutilah dia”. Lantas sesiapa yang berdiri akan terduduk dan yang berbaring akan bangun dari tidurnya. Ia mendapat petunjuk dari Allah dalam satu malam. Sesudah itu Al Mahdi akan menghantar dua orang utusan kepada Raja Mekah (As Sa’ud?) tetapi mereka kemudian dibunuh, lalu Al Mahdi mengisytiharkan perang terhadap Raja Mekah.”

Apa pula kata Nostradamus? Kebanyakan kata-kata Nostradamus terkumpul dalam sejumlah quatrain (atau lembaran-lembaran) yang diberikan nama sebagai “Centuries”. Terdapat banyak ramalan-ramalannya yang terkenal termasuklah ramalan kedatangan Hitler yang disebut Hister,kematian dan kejatuhan sistem beraja Perancis, perubahan taqwim Julian ke Gregorian dan banyak lagi termasuk ramalan Perang Dunia I dan II dengan cukup tepat! Saya bukannya hendak mensyorkan sesiapa saja supaya mempercayai tukang tilik ini yang hidup di abad ke-16 itu tetapi ada beberapa kutipan keterangan darinya yang hendak saya ketengahkan merujuk kepada hadis Nabi SAW. Ramalan Nostradamus merupakan fakta sokongan sahaja.

Sedar atau tidak bahawa serangan Amerika ke atas Iraq memang terdapat dalam ramalan Nostradamus. Ia berbunyi begini:

The army of the sea will stand before the city, then depart,Without making a long passage. A great prey of citizens will be taken on land, The fleet returns to seize, great robbery.

Sangat semakna dengan pendaratan tentera marin Amerika di Basra, Iraq yang tidak mengambil masa yang begitu lama untuk menawan Iraq.Ramai rakyat Iraq menjadi pelarian manakala setengahnya bertahan tetapi marin US tidak menunggu lama untuk
menawan Baghdad (The fleets returns to seize). Frasa akhir “…great robbery” cukup tepat apabila berlaku rompakan besar-besaran di sekitar Baghdad bukan setakat oleh tentera Amerika bahkan oleh rakyat Iraq sendiri!!

Serangan Amerika ke atas Iraq adalah pada hari Khamis dan George Bush telah isytiharkan perang tanpa mandat PBB dengan hanya sedikit sahaja sahabat Eropahnya yang ikut serta:- The earth and air will freeze so much water when they come to worship on Thursdays, He who will come will never be as fair as the few partners who come to honor him.

Namun, serangan Amerika dan Britain ke atas Iraq yang diramalkan menurut Nostradamus adalah:

The King of Europe (Blair) will come like a griffon accompanied by those of the North (Bush), He will lead a great troop of red and white (US+Britain and Australia), They will march against the King of Babylon (Saddam).

Apa pun serangan Amerika ke atas Iraq bertitik-tolak dari peristiwa WTC pada 11 September 2001:-

The Year 1999, seventh month, (tafsiran yang tepat ialah September 2001!) *
From the sky will come a great King of Terror, (pesawat dari udara merempuh WTC dan Bush ataupun Sharon sebagai Raja Ganas!) To bring back to life the great King of the Mongols, (adakah berkaitan dengan kuasa Korea Utara?) Before and after MARS to reign by a good luck. *

Satu masa dulu ada saya kisahkan dalam artikel berkenaan tarikh masehi iaitu masalah dalam kalendar Julian dan Gregorian dan ada kaitan dengan Nostradamus yang mengatakan bahawa kalendar Gregorian adalah ubahsuaian yang terlalu menuruti kehendak suatu golongan yang cuba mempersesuaikan apa yang sukar dipersesuaikan. Sila baca kembali artikel saya ini: Kalendar Julian dan Gregorian pada mesej 508 di

Planet Marikh akan muncul dengan saat kegembiraan bagi manusia? Apakah kemunculan planet Marikh 2003 adalah bukti besar bagi kemunculan Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu? Tidak diketahui lagi benar atau tidak kerana hanya masa akan menentukan.

Ramalan Nostradamus yang lain ialah:-

The King enters Europe wearing the blue turban, He will reign for less than a revolution of Saturn, The King with the white turban, His heart banished to Byzantium, Sun, Mars and Mercury near Aquarius.

Perenggan di atas menyebut fasal dua orang Raja tetapi kedua-duanya memakai serban (turban)! Tentu saja perilaku orang yang memakai serban itu sama ada beragama Islam atau Sikh. Biarkan kita pilih saja sebagai orang Islam bersesuaian dengan keadaan sekarang di mana umat Islam sering dilabelkan sebagai pengganas yang berserban dan berjubah sepertimana perilaku Osama bin Laden. Bagaimanakah kita hendak membuat tanggapan siapakah dua watak raja tadi?

Jikalau umat Islam sering mengatakan bahawa di akhir zaman akan muncul dua orang pembela iaitu Imam Mahdi dan Nabi Isa, bahkan Nostradamus sendiri turut meramalkan dua orang raja yang masing-masing berserban biru dan putih! Ini tidak menghairankan apabila kita melihat kembali sejarah kedatangan Nabi Muhammad SAW yang pernah diramalkan oleh tukang-tukang tilik Yahudi dan Nasrani sebelumnya. Kembali kepada persoalan tempoh lama masa Imam Mahdi memerintah. Nostradamus menyebut lebih kurang satu revolusi planet Zuhal. Revolusi atau pusingan planet Zuhal mengelilingi matahari memakan masa selama 29 tahun 154 hari 18 jam 26 minit 48.80947212 saat.

Tentu saja fakta ini sangat hampir kepada pendapat jumhur ulama berdasarkan hadis iaitu selama 30 tahun. Jadi, Imam Mahdi tentu sahaja merupakan seorang raja yang dikatakan memakai serban biru! Satu persoalan lagi ialah kenapa ‘Raja Berserban Putih’ hatinya condong atau ‘rasa terbuang’ ke Byzantium iaitu di Rom?

Ayat berikut:-

Near Sorbia to assail Hungary, The herald of Brudes will come to warn them, Byzantine chief, Salona of Slavonia, He will come to convert them to the law of the Arabs.

Apakah Sorbia itu Serbia? Ketua Byzantium @ Byzantine bernama Salona, seorang bangsa Slav. Siapakah ‘He’ yang dimaksudkan? Jika He bermaksud ‘Raja Berserban Putih’, adakah beliau ‘He’ itu ialah Nabi Isa Alaihissalam yang akan menukarkan undang-undang gereja Byzantium kepada Islam (Arab)?

The city of seven will destroy, And the stren judge will judge his people, After the see has been held 17 years, We shall see change within the same period of time.

Frasa ini adalah sedikit menarik apabila kita faham bahawa ‘city of seven’ sememangnya bandar Vatican di Rom manakala tempoh 17 tahun adalah tampuk kuasa Pope John Paul II yang dilantik pada tahun 1978 hingga 1995 iaitu satu tempoh peralihan tetapi Nostradamus menyatakan dalam tempoh yang sama juga iaitu dari 1995 hingga 2012, akan berlaku perubahan. Tidak diketahui oleh kita perubahan yang bagaimana. Adakah Pope akan memeluk agama Islam? Atau?

Sabda Nabi SAW: “Nabi Isa akan turun di menara putih di Damsyiq dengan tangannya menekan ke atas bahu kedua malaikat.” Menara putih yang dimaksudkan itu tidak asing lagi memang pernah diperkatakan oleh ramai umat Islam sebagai Masjid Bani Umaiyah yang berwarna putih diDamsyiq, Syams, Syria kerana bangunan itulah sahaja mempunyai menara berwarna putih. Halaman depan masjid ini mempunyai kapal terbang berwarna merah jenis lama yang diletakkan di situ.

Sabda Nabi SAW lagi: “Jika kamu semua telah menakluk Rom, masukilah ke gereja sebelah timur melalui pintu sebelah timur, lalu ikatkan tujuh bendera dan bunuhlah yang ke-8 sebab di bawahnya terdapat tongkat Musa, injil dan perhiasan Baitul Muqaddis.”

Tidak susah difahami kenapa hati Nabi Isa “banished to Byzantium”, rupa-rupanya ada pusaka umat Islam yang tertinggal di situ. Maksud gereja sebelah timur ialah St. Peter’s Basilica di Medan St. Peter yang memang benar-benar berada di bahagian sebelah timur jika anda melihat peta kedudukan Vatican City. Gereja ini memang mempunyai banyak pintu di bahagian hadapan dan tepinya. Sesetengah dari kita ada yang biasa mendengar cerita seorang paderi di gereja St. Peter yang memeluk agama Islam setelah dia turun ke sebuah kolam yang terdapat di bawah tanah di gereja itu kerana di situlah terletaknya kitab injil Nabi Isa yang asal.

Sekarang kita dapat memahami bahawa apabila Imam Mahdi muncul, beliau harus menunggu kedatangan Nabi Isa untuk sama-sama memasuki Rom. Kemudian itu barulah kedua-duanya akan menuju Baitul Maqdis untuk memerangi Dajjal setelah mendapatkan segala pusaka umat Islam di Vatican. Ingin diingatkan bahawa ‘bangsa Israel’ sekarang bukanlah suku yang sama-sama menyeberangi Laut Merah bersama-sama Nabi Musa ribuan tahun dahulu tetapi adalah suku ke-13 yang berasal dari suku Khazar yang terkenal dengan Barbaric di bahagian utara Kaukasia. Jadi, ‘bangsa Israel’ ini mengaku mereka keturunan Yahudi zaman Nabi Musa adalah satu pembohongan yang amat besar.

Baiklah, bilakah masanya “Sun, Mars and Mercury near Aquarius.” Akan berlaku? Jika anda dapat menggunakan apa jua perisian astronomi yang ada, seperti Lodestar dan Starry Night, cuba setkan tarikh ini: 24 Februari 2013, hari Ahad bersamaan dengan 14 Rabiul Akhir 1434. Benar, pada hari inilah Matahari, Marikh dan Utarid benar-benar tepat berkulminasi di Buruj Aquarius.

Jadi, tepatlah kata Nostradamus bahawa dalam tempoh 17 tahun semenjak 1995 iaitu pada tahun 2012 akan berlaku satu arus atau angin perubahan di Rom. Benar atau tidak, tidaklah dapat dipastikan kerana kesemua perancangan Allah Ta’ala telah tercatat dalam Lauhil Mahfuzh semenjak Dia mencipta langit dan bumi. Apa pun manusia hanya mampu meramal.