Mencari Hasil Ilmu

Thursday, September 30, 2010

Ramalan Imam Mahadi

IMAM MAHDI

Saya tidak dapat menceritakan secara panjang lebar berkenaan Imam Mahdi di sini tetapi saya syorkan supaya anda semua membeli sahaja buku mengenainya yang banyak terdapat di pasaran. Salah satu buku yang saya syorkan ialah bertajuk ‘Siapa Imam Mahdi’ keluaran Pustaka Nasional Singapura yang beberapa petikan pentingnya yang sempat saya ingat, saya catatkan di bawah ini:

“Imam Mahdi akan memerintah sama ada 20 atau 30 atau 40 tahun” (jumhur ulama dan penafsir hadis mengambil yang tengah iaitu 30 tahun memandangkan jangkamasa ini dianggap sebagai lama masa ia memerintah sedangkan 40 tahun lama masa ia hidup dan 20 tahun pertama merupakan kemuncak umurnya.) “Imam Mahdi akan muncul sewaktu ia berusia 26 tahun. Beliau akan belayar dan apabila tiba di Mekah, beliau akan tawaf di Kaabah. Ketika inilah orang ramai akan mengesyaki beliau tetapi beliau tidak akan mengaku lantas terdengarlah seruan malaikat dari langit: “Itulah dia Al Mahdi,ikutilah dia”. Lantas sesiapa yang berdiri akan terduduk dan yang berbaring akan bangun dari tidurnya. Ia mendapat petunjuk dari Allah dalam satu malam. Sesudah itu Al Mahdi akan menghantar dua orang utusan kepada Raja Mekah (As Sa’ud?) tetapi mereka kemudian dibunuh, lalu Al Mahdi mengisytiharkan perang terhadap Raja Mekah.”

Apa pula kata Nostradamus? Kebanyakan kata-kata Nostradamus terkumpul dalam sejumlah quatrain (atau lembaran-lembaran) yang diberikan nama sebagai “Centuries”. Terdapat banyak ramalan-ramalannya yang terkenal termasuklah ramalan kedatangan Hitler yang disebut Hister,kematian dan kejatuhan sistem beraja Perancis, perubahan taqwim Julian ke Gregorian dan banyak lagi termasuk ramalan Perang Dunia I dan II dengan cukup tepat! Saya bukannya hendak mensyorkan sesiapa saja supaya mempercayai tukang tilik ini yang hidup di abad ke-16 itu tetapi ada beberapa kutipan keterangan darinya yang hendak saya ketengahkan merujuk kepada hadis Nabi SAW. Ramalan Nostradamus merupakan fakta sokongan sahaja.

Sedar atau tidak bahawa serangan Amerika ke atas Iraq memang terdapat dalam ramalan Nostradamus. Ia berbunyi begini:

The army of the sea will stand before the city, then depart,Without making a long passage. A great prey of citizens will be taken on land, The fleet returns to seize, great robbery.

Sangat semakna dengan pendaratan tentera marin Amerika di Basra, Iraq yang tidak mengambil masa yang begitu lama untuk menawan Iraq.Ramai rakyat Iraq menjadi pelarian manakala setengahnya bertahan tetapi marin US tidak menunggu lama untuk
menawan Baghdad (The fleets returns to seize). Frasa akhir “…great robbery” cukup tepat apabila berlaku rompakan besar-besaran di sekitar Baghdad bukan setakat oleh tentera Amerika bahkan oleh rakyat Iraq sendiri!!

Serangan Amerika ke atas Iraq adalah pada hari Khamis dan George Bush telah isytiharkan perang tanpa mandat PBB dengan hanya sedikit sahaja sahabat Eropahnya yang ikut serta:- The earth and air will freeze so much water when they come to worship on Thursdays, He who will come will never be as fair as the few partners who come to honor him.

Namun, serangan Amerika dan Britain ke atas Iraq yang diramalkan menurut Nostradamus adalah:

The King of Europe (Blair) will come like a griffon accompanied by those of the North (Bush), He will lead a great troop of red and white (US+Britain and Australia), They will march against the King of Babylon (Saddam).

Apa pun serangan Amerika ke atas Iraq bertitik-tolak dari peristiwa WTC pada 11 September 2001:-

The Year 1999, seventh month, (tafsiran yang tepat ialah September 2001!) *
From the sky will come a great King of Terror, (pesawat dari udara merempuh WTC dan Bush ataupun Sharon sebagai Raja Ganas!) To bring back to life the great King of the Mongols, (adakah berkaitan dengan kuasa Korea Utara?) Before and after MARS to reign by a good luck. *

Satu masa dulu ada saya kisahkan dalam artikel berkenaan tarikh masehi iaitu masalah dalam kalendar Julian dan Gregorian dan ada kaitan dengan Nostradamus yang mengatakan bahawa kalendar Gregorian adalah ubahsuaian yang terlalu menuruti kehendak suatu golongan yang cuba mempersesuaikan apa yang sukar dipersesuaikan. Sila baca kembali artikel saya ini: Kalendar Julian dan Gregorian pada mesej 508 di

Planet Marikh akan muncul dengan saat kegembiraan bagi manusia? Apakah kemunculan planet Marikh 2003 adalah bukti besar bagi kemunculan Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu? Tidak diketahui lagi benar atau tidak kerana hanya masa akan menentukan.

Ramalan Nostradamus yang lain ialah:-

The King enters Europe wearing the blue turban, He will reign for less than a revolution of Saturn, The King with the white turban, His heart banished to Byzantium, Sun, Mars and Mercury near Aquarius.

Perenggan di atas menyebut fasal dua orang Raja tetapi kedua-duanya memakai serban (turban)! Tentu saja perilaku orang yang memakai serban itu sama ada beragama Islam atau Sikh. Biarkan kita pilih saja sebagai orang Islam bersesuaian dengan keadaan sekarang di mana umat Islam sering dilabelkan sebagai pengganas yang berserban dan berjubah sepertimana perilaku Osama bin Laden. Bagaimanakah kita hendak membuat tanggapan siapakah dua watak raja tadi?

Jikalau umat Islam sering mengatakan bahawa di akhir zaman akan muncul dua orang pembela iaitu Imam Mahdi dan Nabi Isa, bahkan Nostradamus sendiri turut meramalkan dua orang raja yang masing-masing berserban biru dan putih! Ini tidak menghairankan apabila kita melihat kembali sejarah kedatangan Nabi Muhammad SAW yang pernah diramalkan oleh tukang-tukang tilik Yahudi dan Nasrani sebelumnya. Kembali kepada persoalan tempoh lama masa Imam Mahdi memerintah. Nostradamus menyebut lebih kurang satu revolusi planet Zuhal. Revolusi atau pusingan planet Zuhal mengelilingi matahari memakan masa selama 29 tahun 154 hari 18 jam 26 minit 48.80947212 saat.

Tentu saja fakta ini sangat hampir kepada pendapat jumhur ulama berdasarkan hadis iaitu selama 30 tahun. Jadi, Imam Mahdi tentu sahaja merupakan seorang raja yang dikatakan memakai serban biru! Satu persoalan lagi ialah kenapa ‘Raja Berserban Putih’ hatinya condong atau ‘rasa terbuang’ ke Byzantium iaitu di Rom?

Ayat berikut:-

Near Sorbia to assail Hungary, The herald of Brudes will come to warn them, Byzantine chief, Salona of Slavonia, He will come to convert them to the law of the Arabs.

Apakah Sorbia itu Serbia? Ketua Byzantium @ Byzantine bernama Salona, seorang bangsa Slav. Siapakah ‘He’ yang dimaksudkan? Jika He bermaksud ‘Raja Berserban Putih’, adakah beliau ‘He’ itu ialah Nabi Isa Alaihissalam yang akan menukarkan undang-undang gereja Byzantium kepada Islam (Arab)?

The city of seven will destroy, And the stren judge will judge his people, After the see has been held 17 years, We shall see change within the same period of time.

Frasa ini adalah sedikit menarik apabila kita faham bahawa ‘city of seven’ sememangnya bandar Vatican di Rom manakala tempoh 17 tahun adalah tampuk kuasa Pope John Paul II yang dilantik pada tahun 1978 hingga 1995 iaitu satu tempoh peralihan tetapi Nostradamus menyatakan dalam tempoh yang sama juga iaitu dari 1995 hingga 2012, akan berlaku perubahan. Tidak diketahui oleh kita perubahan yang bagaimana. Adakah Pope akan memeluk agama Islam? Atau?

Sabda Nabi SAW: “Nabi Isa akan turun di menara putih di Damsyiq dengan tangannya menekan ke atas bahu kedua malaikat.” Menara putih yang dimaksudkan itu tidak asing lagi memang pernah diperkatakan oleh ramai umat Islam sebagai Masjid Bani Umaiyah yang berwarna putih diDamsyiq, Syams, Syria kerana bangunan itulah sahaja mempunyai menara berwarna putih. Halaman depan masjid ini mempunyai kapal terbang berwarna merah jenis lama yang diletakkan di situ.

Sabda Nabi SAW lagi: “Jika kamu semua telah menakluk Rom, masukilah ke gereja sebelah timur melalui pintu sebelah timur, lalu ikatkan tujuh bendera dan bunuhlah yang ke-8 sebab di bawahnya terdapat tongkat Musa, injil dan perhiasan Baitul Muqaddis.”

Tidak susah difahami kenapa hati Nabi Isa “banished to Byzantium”, rupa-rupanya ada pusaka umat Islam yang tertinggal di situ. Maksud gereja sebelah timur ialah St. Peter’s Basilica di Medan St. Peter yang memang benar-benar berada di bahagian sebelah timur jika anda melihat peta kedudukan Vatican City. Gereja ini memang mempunyai banyak pintu di bahagian hadapan dan tepinya. Sesetengah dari kita ada yang biasa mendengar cerita seorang paderi di gereja St. Peter yang memeluk agama Islam setelah dia turun ke sebuah kolam yang terdapat di bawah tanah di gereja itu kerana di situlah terletaknya kitab injil Nabi Isa yang asal.

Sekarang kita dapat memahami bahawa apabila Imam Mahdi muncul, beliau harus menunggu kedatangan Nabi Isa untuk sama-sama memasuki Rom. Kemudian itu barulah kedua-duanya akan menuju Baitul Maqdis untuk memerangi Dajjal setelah mendapatkan segala pusaka umat Islam di Vatican. Ingin diingatkan bahawa ‘bangsa Israel’ sekarang bukanlah suku yang sama-sama menyeberangi Laut Merah bersama-sama Nabi Musa ribuan tahun dahulu tetapi adalah suku ke-13 yang berasal dari suku Khazar yang terkenal dengan Barbaric di bahagian utara Kaukasia. Jadi, ‘bangsa Israel’ ini mengaku mereka keturunan Yahudi zaman Nabi Musa adalah satu pembohongan yang amat besar.

Baiklah, bilakah masanya “Sun, Mars and Mercury near Aquarius.” Akan berlaku? Jika anda dapat menggunakan apa jua perisian astronomi yang ada, seperti Lodestar dan Starry Night, cuba setkan tarikh ini: 24 Februari 2013, hari Ahad bersamaan dengan 14 Rabiul Akhir 1434. Benar, pada hari inilah Matahari, Marikh dan Utarid benar-benar tepat berkulminasi di Buruj Aquarius.

Jadi, tepatlah kata Nostradamus bahawa dalam tempoh 17 tahun semenjak 1995 iaitu pada tahun 2012 akan berlaku satu arus atau angin perubahan di Rom. Benar atau tidak, tidaklah dapat dipastikan kerana kesemua perancangan Allah Ta’ala telah tercatat dalam Lauhil Mahfuzh semenjak Dia mencipta langit dan bumi. Apa pun manusia hanya mampu meramal.

Wednesday, September 29, 2010

FATWA-FATWA ULAMA BERKENAAN MENJATUHKAN PEMERINTAH

2. Fatwa Syeikh Muhammad Ibn Shalih Al-'Utsaimin

Soalan 2:

Apakah hukumnya mengadakan mogok bekerja dengan tujuan untuk menjatuhkan sistem sekular yang sedang dilaksanakan dalam sesebuah negara Islam, dan apakah hukum memprotes seperti mana dalam hadis mengenai seorang yang disakiti oleh jirannya, lantas ia mengadu kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, kemudian ia mengeluarkan barangan rumahnya di halaman (sebagaimana tanda protes).

Jawapan:

Soalan ini sebenarnya membahayakan pemudi-pemudi islam kerana mogok bekerja tidak digariskan oleh syarak. Persoalan ini juga sebenarnya membawa kemudaratan yang lebih besar sungguhpun perkara yang dikemukakan agak penting. Tidak dinafikan bahawa perkara ini boleh memberi tekanan kepada kerajaan yang memerintah. Namun perkara yang penting di sini ialah menjatuhkan sistem sekular. Justeru, perlu disahkan terlebih dahulu bahawa sistem yang sedia terpakai itu ialah sistem sekular. Sekiranya telah disahkan perkara tersebut, hendaklah kita ketahui bahawa tidak harus bagi kita mengingkari pemerintah melainkan dengan syarat-syarat tertentu sepertimana yang telah dijelaskan oleh Nabi sallallahu 'alaihi wasallam:

Hadis daripada Ubadah bin Samit radiallahu 'anhu:

"Kami telah memberi baiah untuk taat setia kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dalam perkara yang kami suka ataupun yang kami tidak suka, kegembiraan kami ataupun kedudukan kami dan mendahului baginda daripada diri-diri kami dan bahawa kami tidak bantah arahan ahlinya, sabdanya: "Melainkan sekiranya engkau melihat kekufuran yang nyata berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Allah."

- Syarat yang pertama: Hendaklah engkau mengetahui dengan yakin bahawa pemerintah telah melakukan kekufuran.

- Syarat yang kedua: Hendaklah pemerintah telah melakukan kekufuran, sekiranya dia telah melakukan kefasiqan maka tidak harus keluar daripada pemerintahannya.


- Syarat yang ketiga: Hendaklah kekufuran itu kekufuran yang nyata, tiada keraguan serta tidak boleh ditakwilkan.

- Syarat yang keempat: Hendaklah kekufuran itu dibuktikan dengan nas yang pasti, sama ada daripada al-Quran, sunnah atau ijmak.


- Syarat yang kelima: Hendaklah pihak yang menentang kerajaan mempunyai kekuatan yang secukupnya untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada. Jika perkara yang sebaliknya berlaku, akan berlakulah kemudaratan yang lebih besar. Oleh itu, hendaklah mereka terus berdiam diri di bawah kerajaan yang memerintah di samping memperkukuhkan kekuatan untuk menegakkan agama Islam.

Demikianlah lima syarat yang mesti dipenuhi untuk menjatuhkan sistem sekular dalam sesebuah negara. Sekiranya mogok bekerja dilakukan selepas kelima-lima syarat di atas dipenuhi, maka tidak menjadi kesalahan untuk menjatuhkan kerajaan sekular yang memerintah. Sebaliknya, jika salah satu syarat yang telah disebutkan tadi tidak dipenuhi, maka tidak harus diadakan mogok bekerja dan tidak harus menjatuhkan sistem yang sedia terpakai.

Tuesday, September 28, 2010

Khawarij

Khawarij berasal dari kata khuruj yang artinya memberontak. Mereka adalah satu kelompok yang menjadikan pemberontakan terhadap para penguasa sebagai agamanya. Mereka mengkafirkan kaum muslimin dengan dosa-dosa besar, khususnya terhadap para penguasa. Kemudian menghalalkan darah mereka sebagai jalan untuk menghalalkan pemberontakan terhadap mereka. Mereka adalah kaum reaksioner yang berjalan dengan emosinya tanpa didasari ilmu.

Atas dasar itulah mereka berduyun-duyun datang ke Madinah dari Mesir, Kuffah dan Basrah menuju rumah Utsman bin Affan radhiallahu 'anhu menuntut diturunkannya beliau dari Khilafah. Mereka menuduh Uthman menyelewengkan harta Baitulmal (rasuah), Utsman lebih mementingkan keluarganya (nepotisme), dan lain-lain. Inilah demonstrasi pertama dalam sejarah Islam, yang merupakan sunnah sayyi’ah (contoh yang buruk) dari kaum khawarij. Demonstrasi mereka itu berakhir dengan anarki hingga terbunuhlah Utsman ibnu Affan radhiallahu 'anhu.

Jika manusia terbaik setelah Abu Bakar dan Umar dituduh dengan rasuah dan nepotisme , maka bagaimana mereka akan puas dengan khalifah-khalifah setelahnya, terlebih lagi pemimpin kaum muslim pada zaman kita ini. Dengan kata lain mereka akan tetap tidak pernah puas terhadap pemimpin manapun sampai akhir zaman. Dan mereka akan terus hidup memberontak, membunuh kaum muslimin.

Kita tidak berbicara tentang masa lalu yang sudah berakhir ceritanya. Akan tetapi kita berbicara tentang manhaj khawarij yang masih tetap ada di masa kita ini, meskipun dengan berbagai macam nama dan identitas yang berbeda seperti Jama’ah Islamiyah (JI) , Qutubiyyun dan lainnya. Bahkan mereka kini lebih mengerikan dari pendahulunya, kerana mereka lebih bodoh. Mereka menebar kerusuhan, penculikan, pembunuhan dan lain-lain di negeri-negeri kaum muslimin dengan dalih yang sama: kekafiran, kezaliman, rasuah [korupsi] , kolusi, nepotisme dan seterusnya.


Pengkafiran mereka terhadap sesama kaum muslimin itu didasari oleh syubhat yang mereka yakini sebagai kebenaran iaitu:

“Ancaman Allah (al-wa’id) terhadap orang-orang yang berdosa pasti akan Allah buktikan sebagaimana janji Allah (al-wa’d) pasti akan ditepati”. Mereka menganggap al-wa’d (janji dengan kebaikan) dan al-wa’iid (janji dengan ancaman) , keduanya merupakan janji yang mesti Allah tepati.

Mereka bawakan dalil-dalil tentang janji Allah yang pasti ditepati seperti dalam firman-Nya:


” Sesungguhnya Allah tidak akan menyalahi janji”. (Ali Imran: 9)


Dengan ayat di atas mereka menganggap bahawa semua ancaman Allah dalam al-Qur’an terhadap para pendosa yang bermaksiat, pasti akan ditepati dan ditimpakan kepada pelakunya.


Seperti ancaman Allah bagi orang yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja dalam ayat-Nya:


”Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia di dalamnya. Allah murka kepadanya dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.” (an-Nisaa’: 93)


Menurut anggapan mereka, seorang mukmin yang membunuh seorang mukmin lainnya pasti akan kekal di dalam Jahannam. Mereka mengkaitkannya dengan hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam:

”Mencela seorang muslim adalah kefasikan dan memeranginya merupakan kekafiran”. (HR. Bukhari Muslim)


Demikian pula, ancaman Allah bagi orang yang bermaksiat secara umum seperti dalam ayat-Nya:


” Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya baginya neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya”. (al-Jin: 23)


Mereka menganggap telah kafirnya para pelaku maksiat dan dosa-dosa besar, kerana mereka akan dimasukkan ke dalam neraka Jahannam kekal selama-lamanya sebagaimana dalam ayat di atas. Kemudian dikaitkan pula dengan ucapan Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam:

”Tidaklah berzina seorang pezina ketika berzina dalam keadaan mukmin, tidaklah minum khamr ketika meminumnya dalam keadaan mukmin dan tidak mencuri seorang pencuri ketika mencuri dalam keadaan mukmin”. (HR. Bukhari Muslim)


Mereka menganggap bahwa dalam hadits ini Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam menafikan keimanan bagi para pelaku maksiat, yang menunjukkan bahwa mereka adalah orang-orang kafir.
Inilah inti penyimpangan mereka, iaitu:


1. Mereka menganggap sama antara ancaman Allah dan janji-Nya.
2. Tidak membedakan kufur akbar dan kufur ashghar.


Kita jawab syubhat mereka ini dari beberapa sisi:


Pertama : para soleh dari kalangan para shahabat, tabi’in, tabiit-tabi’in berpendapat bahawa terdapat perbedaan antara ancaman dan janji Allah. Jika hal itu merupakan janji, Pasti akan Allah tepati dan tidak mungkin Allah selisihi. Kerana menyelisihi janji merupakan sifat yang teruk dan Allah maha suci dari sifat seperti itu. Berbeza halnya dengan ancaman yang Allah ancamkan kepada orang-orang yang bermaksiat, mungkin saja Allah memaafkan dan mengampuninya. Hal itu merupakan sifat yang mulia bagi Allah, iaitu sifat maghfirah (mengampuni) , rahmah (menyayangi) , al-afuw (memaafkan) , dan lain-lain.


Ahlus sunnah wal jama’ah sejak zaman salaf sampai hari ini berkeyakinan bahawa ancaman Allah boleh saja diterapkan, boleh pula tidak. Dengan kata lain tahtal masyi’ah (di bawah kehendak Allah) . Jika Allah kehendaki Allah akan mengazabnya, dan jika dikehendaki oleh-Nya, Ia akan mengampuninya. Dalilnya adalah ucapan Allah:

”Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar”. (an-Nisaa’: 48)


Dalam ayat di atas Allah menyatakan “dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) , bagi siapa yang dikehendaki-Nya.” menunjukkan bahwa ancaman Allah boleh saja tidak Allah laksanakan kepada pelaku dosa, kerana Allah telah memaafkan dan mengampuninya.


Kedua : bahawa menurut aqidah ahlus sunnah wal jama’ah yang disepakati secara ijma’ adalah bahawa kekafiran itu bertingkat-tingkat. Ada kufur yang mengeluarkan dari Islam iaitu kufur akbar, ada pula kufur yang tidak mengeluarkan dari Islam iaitu kufur ashgar. Atau dengan istilah lain kufur i’tiqadi (dalam keyakinan) dan kufur amali (dalam amalan).


Terkadang Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam menyebutkan beberapa dosa sebagai kekafiran, seperti hadis di atas: “Memerangi muslim adalah kekafiran” atau hadits Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam:


”Jangan kalian kembali kepada kekafiran, sebahagian membunuh sebahagian yang lain”. (HR. Bukhari dan Muslim)


Yang dimaksud oleh Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam adalah kufur amali, iaitu kekufuran kecil yang tidak mengeluarkan dari Islam. Dalil-dalil yang membuktikan hal ini sangat banyak, di antaranya ayat Allah:


”Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pema'afan dari saudaranya, hendaklah (yang mema'afkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi ma'af) membayar (diat) kepada yang memberi ma'af dengan cara yang baik (pula) . Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Rabb kalian dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih.” (al-Baqarah: 178)


Dari ayat ini kita mendapatkan beberapa faedah:


1. Seorang muslim yang membunuh muslim lainnya disebut dalam ayat ini sebagai “saudara” bagi keluarga terbunuh. Hal ini tentunya menunjukkan persaudaraan keimanan yang berarti dia tidak keluar dari keislaman.


2. Allah sebutkan dalam ayat ini “keringanan” bagi orang yang membunuh tadi setelah diberi maaf oleh keluarganya, yang menunjukkan kalau orang tersebut tidak kafir yang mengeluarkan dari Islam. Kerana tidak ada keringanan bagi orang kafir yang murtad dan keluar dari Islam.


3. Disebutkan pula dalam ayat ini “rahmat”, yang tentunya terkandung di dalamnya ampunan. Ini pun menunjukkan bahawa orang tadi tidak kafir, sehingga masih mungkin mendapatkan rahmat dan ampunan dari Allah.
Bukti lainnya adalah ucapan Allah:

”Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kalian damaikan antara keduanya! Tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kalian perangi sampai surut kembali pada perintah Allah. Kalau dia telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kalian berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil. Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. “ (Al-Hujuraat: 9-10)


Dalam ayat ini kita dapatkan beberapa bukti yang menunjukkan bahawa orang yang memerangi atau membunuh seorang muslim tidak kafir keluar dari Islam, di antaranya:


1. Allah menyebutkan dalam ayat ini dua kelompok yang saling berperang adalah orang-orang mukmin.
2. Allah juluki mereka dengan “saudara” yang tentunya yang dimaksud adalah saudara sesama muslim.
3. Allah perintahkan kepada kelompok penengah untuk mendamaikan keduanya dengan kalimat “Damaikanlah antara saudara-saudara kalian”, yang tentunya menunjukkan mereka masih muslimin.
4. Allah memerintahkan kepada kelompok penengah untuk memerangi orang yang tidak mau berdamai (kelompok bughot) sampai kembali kepada perintah Allah. Dan sudah diketahui secara umum bahawa memerangi para bughot adalah hingga mereka mahu kembali dan taat kepada penguasanya. Wanita mereka tidak dijadikan tawanan, harta mereka tidak dianggap sebagai rampasan perang, tidak dikejar orang yang lari, tidak dibunuh orang yang luka dan seterusnya. Ini sangat berbeda dengan memerangi orang orang kafir.

Sebagai ingatan hayatilah hadith di bawah ini.

مَنْ بَدَّلَ دِيْنَهُ فَاقْتُلُوْهُ

Barangsiapa yang mengganti agamanya (murtad), maka bunuhlah dia!. (HR. Bukhari).
Wallahu a’lam

Monday, September 27, 2010

Imam Mahdi

Imam Mahdi Dan Senario Sejagat

DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN SELAIN DARI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MEMESAN DIANTARA SATU SAMA LAIN DENGAN KEBENARAN SERTA MEMESANKAN SATU SAMA LAIN DENGAN KESABARAN - AL QURAN SURAH AL ‘ASHR 1-3

PROLOG

Negara baru akan parah pada tahun 19 dan 97,Penduduk meratap belas kasihan dan maut berterusan,Bahang musim panas dan taufan mengganas di bulan September,Penduduk tidak dapat lari dan puluhan ribu akan mati.- Michael de Nostradame @ Nostradamus (1503 – 1566)

Firasat:

1. Dalam tahun 1997; Asean, di antaranya yang meliputi Malaysia, Thailand dan Singapore sebagai negara-negara rantau Asia Tenggara bilamana Indonesia mengalami kegawatan ekonomi paling teruk dan kacau bilau yang menumbangkan regim Suharto pada awal tahun 1998.

2. Penduduk negara dunia ketiga dan membangun meratap belas kasihan lantaran kemarau yang diakibatkan oleh fenomena El Nino di bahagian Asia Timur dan Asia Selatan manakala La Nina mengganas di bahagian Amerika Latin.

3. Bencana El Nino bermula seawal tahun 1997 dengan kemuncaknya di bulan September 1997 apabila kemarau hebat melanda Indonesia dan juga Malaysia termasuk negara-negera rantau Asia Tenggara. Krisis air juga berlaku di banyak negara. Jerebu tebal pula meliputi keseluruhan AsiaTenggara dari Mac hingga Oktober 1997.

4. Bulan Ogos 1998, fenomena La Nina yang menyebabkan banjir besar melanda China, ribuan terkorban. Amerika Syarikat dilanda taufan Bonnie pada 25 Ogos. Angka kematian pun terus bertambah!

5. Kematian pun berterusan bersilih ganti tanpa penghabisan!! FENOMENA CAKERAWALA

Ribuan tahun dahulu apabila sesebuah komet yang menyerupai thi bintang melintasi langit, orang yang melihatnya akan menggigil ketakutan. Menurut mereka, sebuah bebola api yang turun dari langit itu menandakan kemarahan tuhan atau dewa-dewa mereka.

Ketika kedatangan agama Kristian pun, komet dianggap sebagai bad omen atau BALA yang bererti petanda buruk. Misalnya pada tahun 1066, Raja Harold dari keturunan Saxon telah dikalahkan oleh William the Conqueror, Penakluk Normandy dari Perancis ketika peperangan Hasting dan England jatuh ke tangannya. Kemenangan William adalah sejurus selepas sebuah komet lalu di ruang angkasa negara itu dalam jarak yang paling hampir dengan bumi pada ketika itu. Komet itu adalah Halley yang dianggap sebagai bala bagi Raja Harold.

Sejarah kaum Aztec di Mexico juga ada mencatatkan kedatangan “butiran jagung yang menyala” iaitu sebuah komet pada tahun 1517 yang menjadi petanda kepada kejatuhan Montezuma II, Raja Aztec pada tahun 1520 sebaik saja penyerahan empayarnya kepada conquistadores(penjajah) Sepanyol, Hernan Cortes. Konon-kononnya kejatuhan diktator Ferdinand E. Marcos, pemerintah Filipina setelah memerintah selama dua puluh tahun juga bertepatan dengan kedatangan komet Halley dalam tahun 1986.

Sementara itu dalam tahun 1996 kedatangan Komet Hyakutake malahan pada tahun 1997 kedatangan Komet Hale-Bopp telah menjadi dua fenomena cakerawala sebagai petanda kegawatan ekonomi dan jerebu tebal di Asia Tenggara sambil menyaksikan tumbangnya presiden terlama yang memerintah Indonesia selama 32 tahun iaitu Suharto. Apakah semuanya kebetulan belaka? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui! Kita telah sedia membaca sejarah manusia bahawa komet bahkan beberapa jasad cakerawala lain memberi petanda kepada kejatuhan banyak tamadun (Crash of Civilization) yakni China, Babylon, Rom dan Parsi sebelumnya. Bolehkah dipercaya fakta sebegini sedangkan Rasulullah SAW telah berpesan bahawa kemangkatan puteranya Ibrahim bukanlah kerana gerhana matahari cincin pada hari Isnin, 27 Januari 632 Masehi bersamaan dengan 29 Syawal 10 Hijrah pada jam 9.45 pagi waktu tempatan Jazirah Arab. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui! Tidak dijadikan oleh-Nya sebarang petanda melainkan dengan hikmah-Nya jua. Apatah lagi jika kita menginsafi bahawa sesetengah petanda merupakan amaran Allah ke atas umat manusia.

Justeru, barangkali kedatangan komet bahkan gejala samawi bukanlah setakat sebagai lambang petunjuk terhadap kejahatan manusia tetapi juga rahmat bagi manusia yang beriman kepada-Nya! Manusia amat tidak mengetahui sesuatu peristiwa yang tersirat di sebalik suratan takdir yang direncanakan oleh Tuhan. Manusia hanya meramal walau ketentuan belum pasti kerana menjadi hak-Nya untuk menentukan sejarah manusia itu sendiri walaupun manusia diberikan ikhtiar dalam menjalani kehidupan sebagai bukannya mengharapkan takdir semata-mata.

Walaupun kedatangan komet-komet pada zaman moden ini tidak dianggap menakutkan sesiapa tetapi sindrom ketakutan itu masih ada bagi sebilangan kaum yang mempercayainya. Bagi peminat astronomi, senarionya berlainan kerana mereka mengkaguminya dan menganggap sebagai salah satu dari sekian banyak fenomena cakerawala yang patut diambil tahu dan diselidiki. Sekarang kita melihat banyak faktor lain yang menyebabkan beberapa kuasa besar yang cuba mendominasi dunia mengambil iktibar dari gejala samawi atau dalam kata lain yang lebih tepat ialah bagaimana menggunakan kuasa alam semesta atau “Kuasa Kosmos”. Kenapakah tarikh 20 Mac 2003 dipilih oleh Pentagon untuk mengisytiharkan perang ke atas Iraq?

Cuba lihat fakta ini:

Lokasi: Washington DC lat.: 38d53'52" Utara long.: 77d02'13" Barat
#Pada jam 4:35 am EST (US) atau 9:35:30 UT atau 5:35 pm Malaysia Standard Time

Planet Marikh berada 19 darjah 00 minit 19 saat di azimuth 144 darjah 52 minit 02 saat. Serangan telah dilancarkan tepat pada jam 5.35 pm waktu Malaysia. Sudut Planet Marikh berada 19 darjah adalah saat pelancaran peluru berpandu ke atas Iraq bermula. Kenapa 19 darjah? Sebabnya mudah, geometri Washington DC adalah 19 darjah sebagai lambang Zionis dan sebagai syarat mutlak kemenangan ke atas Iraq!! Itulah waktu kuasa kosmos yang sangat dipercayai oleh golongan Yahudi / Zionis Amerika dan Israel.

Bukan satu rahsia lagi bahawa permainan justifikasi 'kuasa kosmos' telah digunakan oleh kuasa besar untuk mencapai wawasannya ke atas Negara lain tanpa sebarang rasa sedar oleh kebanyakan umat Islam sedangkan bangsa Yahudi sangat mempercayainya dan sentiasa mencuba dalam segala perkara untuk membuktikan kekuatan kuasa kosmos ini.

Peristiwa bersegarisnya Musytari, Marikh dan planet-planet lain walaupun dikatakan tidak menyusuli apa-apa kejadian luar biasa, yang tidak pun pula menawarkan spekulasi baru tentang ijtimak (conjunction of planets) bagi matahari, bulan dan lima planet-planet dalam konstelasi Aries sepertimana yang telahpun berlaku pada 5 Mei 2000 lalu, akan tetapi para pengkaji barat (westerners) tetap juga berasa takut kalau-kalau tanda-tanda kelangitan sebegitu (bersegarisnya planet-planet itu) adalah bersusur-galur dari konjungsi planetari dalam buruj Aquarius dalam tahun 24 Mac 1345 yang diikuti dengan wabak maut (Black Death) yang membunuh sepertiga dari populasi Eropah pada waktu itu!

Adakah wabak yang pembunuh iaitu SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome: Sindrom Pernafasan Yang Teruk) yang melanda dunia (China, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Kanada) pada tahun 2003 ini adakah juga boleh dihubungkaitkan dengan ijtimak planet-planet suria 5 Mei 2000 pada tiga tahun yang lalu itu?

Tidak lama lagi iaitu pada tanggal 27 Ogos 2003 akan berlaku perihelia planet Marikh yang termasyhor dalam sejarah umat manusia. Apa tidaknya, perihelia ini belum lagi pernah berlaku dalam ribu-ribuan tahun lampau semenjak kewujudan tamadun manusia lagi! Apakah yang akan ditunjukkan oleh fenomena perhelia Marikh 2003 ini? Telah tersebar khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa peristiwa gerhana matahari 25 Oktober 2003 dan gerhana bulan 9 November 2003 sempena awal dan pertengahan Ramadhan 1424 yang mana kedua-duanya dapat dilihat di Mekah adalah petanda kepada ketibaan Imam Mahdi Muntazar (Yang Di Tunggu-tunggu). Semuanya merupakan kebarangkalian yang tidak diketahui benar atau tidak walaupun telah sekian lama umat Islam mempunyai anggapan yang demikian tetapi Imam yang diharap tidak pernah kunjung jelma. Apa pun, tahun 2003 adalah tahun yang besar bagi gejala falak untuk para peminat falak seantero dunia dari barat hingga ke timur yang seakan-akan tidak sabar menantinya.

Sunday, September 26, 2010

Boikot Kurma Israel.

Senarai Kurma yang dikeluarkan oleh negara Israel atas jenama jenama yang berbeza di atas tanah yang dirampas puak Regim perampas Israel.

Kita sebagai umat islam perlu melakukan sesuatu bagi memberi sokongan dalam membantah regim Israel.

Saturday, September 25, 2010

Nabi Muhammad s.a.w dalam Kitab Hindu

Salam semua, semoga semuanya berada di dalam keadaan sihat selalu. Apa yang saya kongsikan ini adalah mengenai pencarian, dan harapan mereka yang menganut agama Hindu supaya satu hari nanti bangsa mereka akan mendapat kebenaran dan kejayaan dengan "turunnya" Kalki Avatar. Sedangkan, apa yang digambarkan oleh mereka sebagai Kalki Avatar adalah menyamai apa yang ada pada nabi Muhammad s.a.w. Tanpa mereka sedari, Kalki Avatar yang mereka tunggu-tunggu selama ini telah dilahirkan di bumi Arab lebih kurang 1400 tahun yang lalu mengikut kalendar Islam.

Anda boleh membaca artikel sepenuhnya di bawah.

Seorang professor penyelidik pakar bahasa India dari Universiti Alahabad, dalam buku hangatnya telah menerbitkan buku mengenai Kalki Avatar bererti Pembimbing Agung. Beliau mendakwa bahawa gambaran mengenai Kalki Avatar yang terdapat di dalam kitab suci Hindu yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad s.a.w. Di India adalah merupakan faktor benar bahawa sejurus selepas sesuatu buku dilancarkan akan menjadi suatau bahan bualan dan gossip seluruh negara. Jikalah sekiranya pengarang buku ini, seorang muslim, sewajarnya dia akan ditangkap dan atau beliau akan dibunuh dan semua buku bukunya akan ditarik balik dari berada di pasaran.

Hingga ketahap dimana ianya akan tidak dibenarkan untuk diulang cetak. Tunjuk perasaan dan keganasan akan tercetus terhadap insan muslim yang tidak berdosa dengan pertumpahan darah dimana mana. Yang menakjubkan bahawa pengarang buku ini adalah seorang yang berfikiran sederhana dan professor khusus yang secara kebetulan adalah seorang Hindu. Nama beliau ialah Mr. Pandit Vedaprakash Upadhal, menamakan tajuk bukunya sebagai "Kalki Avatar. Pengarang adalah penyandang sami beragama hindu Brahmin berasal dari Bengali. Penyelidik sekular.

Menurut kepercayaan penganut hindu, ada digariskan gambaran dan panduan tentang pemimpin yang bernama Kalki Avatar , ia sangat bertepatan hanya dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jadi penganut hindu diseluruh dunia tidaklah perlu menunggu lagi akan kedatangan Kalki Avatar (semangat/roh) yang dimaksudkan. Sewajarnya mereka segera menerima kenabian nabi Muhammad s.a.w Bin Abdullah sebagai pesuruh Allah (Kalki Avatar) yang dimaksudkan oleh kitab suci hindu mereka itu. Fakta fakta dan penemuan mengenainya telah disahkan oleh lapan pandit sami kanan hindu yang lain yang mengatakan penganut hindu selama ini menghanyutkan diri mereka dalam penantian yang tidak berpenghujung, sedangkan pesuruh tersebut telah pun muncul dan telah pun wafat 14 abad yang lalu.

Pengarang mengemukakan bukti yang kukuh saperti dibawah yang digali dari kitab Vedas serta buku buku suci agama hindu yang lain bagi membuktikan kebenaran hujah beliau:

1. Didalam ramalan Prophecy Hindus Purana (Buku suci hindu) telah dinukilkan bahawa Kalki Avatar adalah pesuruh tuhan yang terakhir dimuka bumi ini untuk pertunjuk bagi seluruh dunia dan seluruh manusia dialam ini. Al-qur'an telah memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir buat pertunjuk seisi alam termasuk Jin dan manusia.

2. Menuruk ramalan agama hindu, kelahiran Kalki Avatar akan berlaku disuatu tempat menyerupai pulau (negeri dikelilingi padang pasir) dan mengikut agama hindu ianya di kawasan bumi Arab.

3. Didalam buku hindu, nama bapa dan emak Kalki Avatar dikenali sebagai VISHNUBHAGAT dan SUMAANI. Jika kita lihat makna bagi kedua nama tersebut, akan kedapatan sesuatu yang menarik untuk direnungi. Lihat, VISHNUBHAGAT = Vishnu beerti tuhan + Bhagat beerti hamba, diterjemah dalam bahasa arab, tuhan itu ALLAH + hamba itu Abdul = Dicantumkan akan menjadi ABDULLAH (bapa kepada Nabi Muhammad s.a.w) Manakala SUMAANI beerti aman atau tenang yang didalam bahasa arab AMINAH (nama emak Nabi Muhammad s.a.w).

4. Dalam buku buku agama hindu, dinukilkan bahawa bahan makanan asas Kalki Avatar ialah buah korma dan zaitun. Beliau merupakan seorang yang amanah lagi jujur dan paling dipercayai seluruh masyarakatnya. Tak dapat disangsikan bahawa makanan asas Nabi ialah buah Korma dan zaitun. Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai akhlak sebegini tinggi dan dipercayai oleh setiap orang dan masyarakatnya.

5. Dinukilkan juga dalam Vedas, bahawa kelahiran Kalki Avatar akan berlaku ditengah tengah kalangan keturunan yang dihormati. Ini bertepatan dengan dimana Nabi Muhammad dilahir dari golongan Quraish yang terkenal sangat dihormati oleh masyarakat ketika itu.

6. Dalam buku tersebut juga dinukilkan bahawa Tuhan akan mengajar Kalki Avatar melalui malaikat didalam Gua. Bertepatan dimana Allah telah mengajar Nabi Muhammad s.a.w dengan memerintahkan Malaikat Jabrail untuk mengunjungi serta mengajar nabi berupa Wahyu didalam gua yang bernama Gua Al Hira.

7. Juga dinukilkan bahawa tuhan akan memberi kenderaan yang pantas buat Kalki Avatar untuk mengembara keseluruh alam maya serta naik kelangit hingga kelangit ke kelangit ke 7 dengan menunggang seekor Burak dalam satu malam.Ini bertepatan dengan apa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.aw dalam peristiwa Isyra' dari masjidi haram diMekah ke masjidil al aqsa diPelestin Dan Mi'raj nabi

8. Dinukilkan juga dalam buku tersebut bahawa Kalki Avatar akan diberikan pertolongan yang luar biasa oleh tuhan, ini terbukti jelas bahawa Allah telah memberi bantuan luar biasa kepada Nabi Muhammad s.a.w didalam peperangan Uhud dan yang lain lain.

9. Yang menakjubkan dinukilkan juga bahawa Kalki Avatar akan dilahirkan pada 12 haribulan. Ini bertepatan sekali bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada 12hb Rabiulawal (kelendar Islam).

10. Dinukilkan juga dalam Vedas bahawa Kalki Avatar adalah merupakan seorang penunggang kuda yang baik dan ahli main pedang yang cekap, ini bertepatan dengan Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal dalam bidang berkenaan. Lagipun pengarang mengajak penganut ugama hindu berfikir bahawa zaman kuda dan pedang telah berlalu dan kini manusia menggunakan senapang dan roket. Adalah sesuatu yang dangkal mengharapakan datangnya Kalki Avatar yang ditunggu tanpa penghujung, walhal ia telah pun muncul 1400 tahun yang lalu.

Dalam alqur'an telah diceritakan tentang ciri ciri dan tanda tanda mengenai Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas dan bertepatan apa yang dinantikan oleh penganut hindu terhadap Kalki Avatar. Pengarang telah memberi hujah hujah yang mengatakan Kalki Avatar yang dimaksudkan itu adalah Nabi Muhammad s.a.w dan kepada yang masih lagi menunggu akan kedatangan Kalki Avatar? Sewajarnya berfikir semula dan renungilah akan kebenarannya.

Friday, September 24, 2010

Muslim Berdakwah Secara Aman

Satu bukti bahawa islam berdakwah secara aman dan bukannya secara keganasan seperti yang dicanang sesetengah media



Thursday, September 23, 2010

Hukum Menamakan Yahudi dengan Israel

syeikh Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam semoga dicurahkan keatas Rasulullah, keluarganya, para sahabatnya, dan orang-orang yang mengikuti petunjuknya. Amma ba’du:

Di antara fenomena ganjil yang tersebar di kalangan kaum muslimin adalah menamakan dan menyebut negeri Yahudi yang dimurkai Allah dengan (panggilan) “Israel”!

Saya belum pernah melihat seorang pun yang mengingkari fenomena yang berbahaya ini, yang menyinggung kehormatan seorang rasul yang mulia, iaitu Ya’qub [*] Alaihish-shalatu wa sallam yang dipuji oleh Allah di dalam Kitab-Nya bersama dengan kedua bapaknya yang mulia; Ibrahim dan Ishaq Alaimas salam.

[*] Ya’qub adalah Israel sebagaimana dalam hadis dari Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya kepada orang-orang Yahudi: “Apakah kamu sekalian mengetahui bahawa Israel adalah Ya’qub?” Mereka menjawab: “Allahumma, ya”. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Ya Allah saksikanlah!” (Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud, Ath-Thayalisi dalam Musnad-nya 1/356, Ibnu Sa’ad dalam Thabaqah Kubra 1/175 dan Ahmad dalam Munad-nya 1/273 dan 278 dengan sanad yang hasan).

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَاذْكُرْ عِبَادَنَا إبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ أُولِي الأيْدِي وَالأبْصَارِ. إِنَّا أَخْلَصْنَاهُمْ بِخَالِصَةٍ ذِكْرَى الدَّارِ. وَإِنَّهُمْ عِنْدَنَا لَمِنَ الْمُصْطَفَيْنَ الأخْيَارِ.


"Dan ingatlah hamba-hamba Kami: Ibrahim, Ishaq dan Ya’qub yang mempunyai perbuatan-perbuatan yang besar dan ilmu-ilmu yang tinggi. Sesungguhnya Kami telah menyucikan mereka dengan (menganugerahkan kepada mereka) akhlak yang tinggi iaitu selalu mengingatkan (manusia) kepada negeri akhirat. Dan sesungguhnya mereka pada sisi Kami benar-benar termasuk orang-orang pilihan yang paling baik” [Shod : 45-47]

Inilah kedudukan rasul yang mulia ini dalam Islam, bagaimana boleh diletakkan pada orang-orang Yahudi, dan bagaimana boleh mereka diletakkan padanya?!

Banyak kaum muslimin yang membawa nama rasul ini ketika mencela negeri Yahudi ini dengan mengatakan: Israel telah melakukan ini, Israel telah melakukan itu, Israel akan melakukan ini dan itu!

Hal ini menurut pandanganku (Syeikh Rabi’) adalah perkara yang mungkar, sekadar wujudnya saja (sepatutnya) tidak boleh ada pada kaum muslimin, apalagi menjadikan fenomena ini yang tersebar di kalangan mereka tanpa ada seorang pun yang mengingkarinya!

Dari sini kami lontarkan sebuah pertanyaan dan sekaligus jawabannya, maka kami katakan: Bolehkah menamakan negeri Yahudi yang kafir dan tercela ini dengan nama “Israel” atau “negeri Israel” kemudian diarahkan celaan dan cercaan kepada negeri ini atas nama “Israel”?

Yang haq (benar), bahawasanya hal ini tidak diperbolehkan!

Orang-orang Yahudi telah banyak melakukan makar-makar (tipu muslihat) yang besar di mana mereka menjadikan hak mereka sebagai hak yang syar’i di dalam menegakkan sebuah negeri di tengah-tengah negeri kaum muslimin atas nama warisan dari Ibrahim dan Israel!

Mereka telah membuat makar yang besar dengan menamakan negeri Zionis mereka dengan nama negeri Israel!

Tipu daya mereka ini telah merasuk ke dalam tubuh kaum muslimin –saya tidak katakan pada orang-orang awam sahaja, bahkan pada kebanyakan dari kalangan yang terpelajar-, jadilah kaum muslimin menyebut-nyebut negeri Israel bahkan nama Israel di dalam berita-berita mereka, di dalam buku-buku mereka, di dalam majalah-majalah mereka, dan di dalam pembicaraan-pembicaraan mereka, sama saja dalam konteks berita biasa atau dalam konteks mencerca, mencela dan bahkan melaknat. Semua ini terjadi di tengah-tengah kaum muslimin dan yang sangat sayang sekali, tidak pernah kami dengar seorang pun mengingkarinya!

Allah telah banyak mencela orang-orang Yahudi di dalam Al-Qur’an dan melaknat mereka serta mengkhabarkan kepada kita tentang kemurkaan-Nya kepada mereka, tetapi semua ini dengan nama orang-orang Yahudi (sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman : “Orang-orang Yahudi berkata : “Tangan Allah terbelengu”, Sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu…” - Al-Ma’idah: 64) Dan dengan nama-nama orang kafir dari bani Israel (sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman : Telah dilaknat orang-orang dari Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa putra Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas” - Al-Ma’dah : 78), bukan dengan nama Israel seorang nabi yang mulia putra seorang nabi yang mulia Ishaq putra seorang nabi yang mulia Khalilullah Ibrahim ‘Alaimush-shalatu wa salam!

Orang-orang Yahudi ini tidaklah memiliki ikatan agama dengan Nabiyullah Israel (Ya’qub “Alaihish-sholatu wa salam) dan tidak juga dengan Ibrahim Khalilullah Alaihish- shalatu wa salam!

Orang-orang Yahudi ini tidaklah memiliki hak waris keagamaan dari Ya’qub dan Ibrahim. Sesungguhnya yang mewarisi agama keduanya adalah orang-orang yang beriman, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَذَا النَّبِيُّ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ


"Sesungguhnya orang yang dekat kepada Ibrahim ialah orang-orang yang mengikutinya dan nabi ini (Muhammad), beserta orang-orang yang beriman (kepada Muhammad), dan Allah adalah pelindung semua orang-orang yang beriman” [Ali-Imran : 68]

Allah berfirman dalam KitabNya mengkhabarkan bahawa Ibrahim Alaihish-sholatu wa salam berlepas diri dari orang-orang Yahudi, Nasrani, dan orang-orang musyrik:

مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلا نَصْرَانِيًّا وَلَكِنْ كَانَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ


"Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan (pula) seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus (hanif) lagi (muslim) berserah diri (kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik” [Ali-Imron : 67]

Kaum muslimin tidaklah mengingkari bahawa orang-orang Yahudi berasal dari keturunan Ibrahim dan Israel, tetapi kaum muslimin memastikan bahawa orang- orang Yahudi adalah musuh-musuh Allah dan musuh-musuh para rasul diantara para rasulNya iaitu Muhammad, Ibrahim dan Israel. Kaum muslimin meyakini dengan pasti bahawa tidak ada saling mewarisi antara pada nabi dengan musuh-musuh mereka dari kalangan orang-orang kafir, sama sahaja diantara orang-orang kafir ini, orang-orang Yahudi, orang- orang Nasrani, atau dari orang-orang musyrik Arab dan yang lainnya, dan bahawasanya orang-orang yang paling dekat kepada Ibrahim dan seluruh para nabi adalah kaum muslimin yang mereka ini beriman kepada para nabi, mencintai para nabi, memuliakan para nabi, dan beriman kepada apa yang diturunkan oleh Allah kepada mereka dari kitab-kitab suci dan suhuf; kaum muslimin menjadikan keimanan kepada semua ini termasuk pokok-pokok (dasar-dasar) agama mereka, maka kaum muslimin-lah pewaris para nabi dan orang-orang yang paling dekat kepada para nabi!

Bumi Allah sesungguhnya adalah milik hamba-hamba-Nya yang beriman kepada-Nya, dan kepada para rasul yang mulia. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِنْ بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الأرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ. إِنَّ فِي هَذَا لَبَلاغًا لِقَوْمٍ عَابِدِينَ. وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ.


"Dan sungguh telah kami tulis di dalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) Lauh Mahfuzh, bahawasanya bumi ini dipusakai oleh hamba-hamba-Ku yang soleh. Sesungguhnya (apa yang disebutkan) dalam (surah) ini, benar-benar menjadi peringatan bagi kaum yang menyembah (Allah) Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam” [Al-Anbiya : 105-107]

Maka musuh-musuh para nabi –terutama orang-orang Yahudi- tidaklah memiliki warisan bumi di dunia ini dan di akhirat mereka akan mendapat azab neraka yang abadi!

Sungguh sangat menghairankan keadaan kebanyakan kaum muslimin yang menyerahkan kepada orang-orang Yahudi dengan tuduhan bahawa mereka adalah pewaris bumi Palestin, dan bahawasanya orang-orang Yahudi mencari Haikal Sulaiman Alaihish-sholatu wa salam (padahal) Sulaiman Alaihish-sholatu wa salam ini dikafirkan oleh orang-orang Yahudi dan dituduh dengan tuduhan-tuduhan keji. Orang-orang Yahudi ini adalah musuh yang paling sengit bagi Sulaiman Alaihish-sholatu wa salam yang termasuk nabi di antara para nabi Bani Israel. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

أَفَكُلَّمَا جَاءَكُمْ رَسُولٌ بِمَا لا تَهْوَى أَنْفُسُكُمُ اسْتَكْبَرْتُمْ فَفَرِيقًا كَذَّبْتُمْ وَفَرِيقًا تَقْتُلُونَ


“Apakah setiap datang kepadamu seorang rasul membawa sesuatu (pelajaran) yang tidak sesuai dengan keinginanmu lalu kamu angkuh; maka beberapa orang (di antara mereka) kamu dustakan dan beberapa orang (yang lain) kamu bunuh?” [Al- Baqarah: 87]

Lalu bagaimana kaum muslimin –paling kurang pun dengan sikap mereka- membenarkan tuduhan-tuduhan yang batil ini?! Dan mereka namakan orang-orang Yahudi dengan “Israel” dan “negeri Israel”!

Dan sesungguhnya mereka –demi Allah- di hari mereka beriman dengan sebenarnya kepada Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam, para rasul, dan risalah-risalah mereka, maka mereka adalah para wali Allah, wali para nabi dan rasul-Nya!

Maka hendaklah kaum muslimin mempersiapkan diri mereka dari segi aqidah dan manhaj, dengan mengikuti kitab Rabb mereka (Al-Qur’an) dan sunnah nabi mereka (Al-Hadis) serta jalan yang ditempuh oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat Radhiallahu ‘anhum dan jalan yang ditempuh para pengikut mereka dalam kebaikan dari para tabi’in yang terbaik dan para imam (yang membawa) petunjuk dan agama; kerana sesungguhnya inilah wasilah (sarana) paling agung untuk kemenangan kaum muslimin atas musuh-musuh mereka, dan wasilah paling agung bagi keluhuran nilai kaum muslimin, kebahagiaan mereka dan kemuliaan di dunia dan akhirat. [*]

[*] Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Jika kalian telah berjual beli dengan cara inah (yakni jual beli dengan cara Riba), disibukkan oleh ternak dan tanaman, dan kalian tinggalkan jihad di jalan Allah, maka Allah akan menimpakan kehinaan kepada kalian, Allah tidak akan mencabut kehinaan itu dari kalian, sampai kalian kembali kepada agama kalian.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunan-nya 3462, Baihaqi dalam Sunan Kubra 5/316, dan Thabrani dalam Musnad Syamiyyin hal. 464 dan disahikan oleh Syaikh Al-Albani dalam Silsilah Shohihah : 11)

Hendaknya mereka bersihkan tangan-tangan mereka dari hawa nafsu, bid’ah-bid’ah dan taksub (fanatik) terhadap kebatilan dan pemilikya. Kemudian, hendaknya mereka berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mempersiapkan diri secara material (kebendaan) dari berbagai macam persenjataan dan hal-hal yang berhubungan dengannya serta berwaspada (berjaga-jaga) dan latihan militer, sebagaimana diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ


"Dan persiapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kalian sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kalian menggentarkan musuh Allah dan musuh kalian” [Al-Anfal : 60]

Kekuatan di dalam nash di atas meliputi setiap kekuatan yang menggentarkan musuh dari berbagai macam persenjataan.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa salla bersabda:

"Ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah pelemparan, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah pelemparan, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah pelemparan” [Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunan-nya 3/13, Tirmizi dalam Jami-nya 5/270, dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya 2/940 dan disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahihul Jami : 2633]

Dan “pelemparan” di sini meliputi semua senjata yang dilempar, semuanya ini wajib diusahakan dengan industri, atau jual beli, atau dengna cara yang lainnya.

Sekali lagi … aku sangat hairan, peletakan nama nabi yang mulia ini atas sebuah negeri yang terkutuk (Yahudi) dan umat yang dimurkai dan umat yang membuat kedustaan, dikatakan tentang mereka dan tentang berita mereka dan tentang celaan kepada mereka “Israel” dan “negeri Israel”, seakan-akan bahasa Arab yang luas telah sempit bagi mereka sehingga tidak dijumpai dalam bahasa Arab kecuali dengan nama ini!

Kemudian apakah mereka merenungi perkara ini di dalam diri-diri mereka. Apakah perkara ini membuat keredhaan Allah atau rasul-Nya?

Apakah perkara ini membuat keredhaan Nabiyullah Israel (Ya’qub) atau membuat dia tidak suka seandainya dia hidup?

Tidaklah mereka mengetahui bahawasanya cercaan dan celaan yang mereka arahkan kepada orang-orang Yahudi atas nama Israel akan berpaling menuju kepadanya (sendiri) dalam keadaan mereka tidak sedari; dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

"Tidakkah kamu hairan bagaimana Allah memalingkan aku dari cacian orang-orang Quraisy dan laknat mereka, mereka mencaci seorang yang tercela dalam keadaan aku adalah Muhammad (yang terpuji)” [Diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnad-nya 2/244, Bukhari dalam shahih-nya : 3533, dan Nasa’i dalam Sunan-nya 6/159, dan diriwayatkan juga oleh Humaidi dalam Musnad-nya 2/481 dan Baihaqi dalam Syu’abul Iman 2/142]

Maka bagaimana kamu sekalian palingkan celaan tersebut, laknat kamu dan cercaan kamu terhadap musuh-musuh Allah (sedangkan kamu arahkan) kepada sebuah nama nabi yang mulia dari para anbiya’ dan para rasul manusia-manusia pilihan Allah?!

Jika ada seorang yang berkata: “Penamaan seperti ini ada di dalam kitab Taurot!” Maka kami katakan: “Bukanlah hal yang jauh, bahawa ini termasuk tahrif-tahrif (pengubahan-pengubahan) ahli kitab, sebagaimana Allah mempersaksikan mereka bahawasanya mereka mengubah kitab yang ada di tangan-tangan mereka dan kemudian mengatakan bahawa ini dari Allah [*], bahkan di dalam kitab Taurat yang telah digubah oleh mereka, terdapat tuduhan terhadap para nabi dengan kekufuran dan hal-hal yang keji, maka bagaimana mungkin berhujah dengan apa yang tertulis di dalam kitab mereka ini, padahal kitab mereka keadaannya seperti itu (yakni mereka mengubah/selewengkan)?!

[*] Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya; “Ini dari Allah” (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan” (Al-Baqarah: 79)

Akhirnya kita berdo’a kepada Allah agar memberi taufiq kepada kaum muslimin semuanya kepada hal yang dicintai dan diredhai-Nya dari perkataan dan perbuatan. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan do’a.

Wednesday, September 22, 2010

FATWA-FATWA ULAMA BERKENAAN MENJATUHKAN PEMERINTAH

2. Fatwa Syeikh Muhammad Ibn Shalih Al-'Utsaimin

Soalan 1:

Terdapat kemusykilan dikalangan pemuda Islam tentang cara untuk berhadapan dengan kemungkaran yang bertebaran di banyak negara Islam. Adakah mereka patut menghadapinya dengan cara yang kasar sebagaimana yang dilakukan oleh segelintir pemuda, ataupun berhadapan dengannya dengan cara yang lain tetapi tidak mendatangkan hasil, terutamannya apabila negara tersebut tidak mengamalkan hukum dan syariat Allah seperti yang sepatutnya. Apakah nasihat tuan kepada mereka?

Jawapan:

Saya berpendapat bahawa mereka sepatutnya menerangkan Islam yang sebenarnya meliputi bidang aqidah, amalan ibadat serta akhlak. Sepatutnya mereka tidak menyerang golongan tersebut sehingga membuatkan mereka lari. Pada pendangan saya jika Islam dipersembahkan dengan cara yang sebaiknya, fitrah manusia tentu akan menerimanya, walaubagaimana sekalipun keadaan mereka kerana agama Islam itu sesuai dengan fitrah manusia yang suci. Sebaliknya perbuatan mencela sejarah silam nenek moyangnya, menjadikan mereka lari dan benci terhadap dakwah yang benar itu. Allah Ta'ala berfirman:

Maksudnya: "Janganlah kamu mencela mereka yang menyembah selain daripada Allah. Akibatnya mereka akan mencela Allah secara liar tanpa sebarang pengetahuan. Dan begitulah kami hiaskan bagi setiap umat itu amalan mereka." (Surah Al-An'aam: 108)

Oleh itu, aku berpendapat, bagi saudaraku para pendakwah dalam masyarakat sebarang begini supaya mengambil berat dalam menerangkan kebenaran dan kebatilan seperti asalnya tanpa mencemuh secara langsung amalan mereka.

Tuesday, September 21, 2010

FATWA-FATWA ULAMA BERKENAAN MENJATUHKAN PEMERINTAH

Fatwa Samahatus Syeikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Ibn Baaz

Soalan 2:

Kita telah mengetahui bahawa hakikat ini merupakan asas di dalam ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tetapi yang menyedihkan ialah terdapatnya satu golongan daripada mereka yang mengganggap perkara ini sebagai pemikiran yang lemah serta melambangkan penghinaan kepada Islam, walaupun hal ini telah diperjelaskan. Hasil daripada itu mereka menyeru para pemuda supaya menggunakan kekerasan sebagai cara untuk membuat perubahan. Betulkah begitu?

Jawapan:

Pendapat seperti ini merupakan satu kesilapan serta menandakan kefahaman penuturnya cetek. Ini berlaku kerana mereka tidak memahami al-Sunnah serta tidak mengetahui sebagaimana sepatutnya. Mereka hanya dibuai semangat kosong serta ghairah untuk membuang kemungkaran walaupun mereka tersungkur sebagaimana golongan Khawarij dan Muktazilah yang terdahulu. Kecintaan serta keghairahan mereka untuk menegakkan kebenaran itu membawa mereka terjerumus ke dalam kebatilan sehingga mereka sanggup mengkufurkan orang Islam dengan sebab melakukan maksiat ataupun mereka kekal di dalam nereka kerana maksiat tersebut sebagaimana yang dilakukan oleh golongan Muktazilah.

Golongan Khawarij mengkafirkan mereka yang melakukan maksiat dan menganggap mereka kekal di dalam neraka. Manakala golongan Muktazilah pula bersetuju dengan mereka pada kesudahan mereka, bahawa mereka kekal di dalam neraka. Tetapi mereka mengatakan bahawa di dunia mereka berada pada satu tingkat di antara dua tingkat. Semua itu merupakan kesesatan. Sebenarnya pendapat Ahli Sunnah lebih tepat, iaitu mereka yang melakukan maksiat tidak jatuh kufur selagi mana ia tidak menghalalkannya.

Apabila ia berzina, ia tidak kufur, begitu juga jika ia mencuri atau minum arak. Tetapi ia dianggap melakukan maksiat lemah imannya serta fasiq. Ia mesti dihukum dengan hukum hudud. Ia tidak jatuh kufur kecuali jika ia menghalalkan perbuatan maksiat tersebut dan berkata: "Perbuatan itu halal."

Apa yang dikatakan oleh golongan Khawarij itu merupakan batil, begitu juga dengan perbuatan mereka mengkafirkan manusia. Oleh itu, golongan seperti mereka inilah dikatakan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sebagai:

Maksudnya: "Mereka keluar daripada ajaran Islam dan tidak kembali kepadanya."

Mereka memerangi golongan Islam tetapi membiarkan penyembah berhala. Inilah keadaan golongan Khawarij dengan sebab sifat melampau, kejahilan serta kesesatan mereka. Tidak sepatutnya ajaran golongan Khawarij dan Muktazilah tadi manjadi ikutan.

Bahkan mereka wajib mengikuti landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berdasarkan dalil syarak iaitu nas al-Quran dan hadis sebagaimana ia diturunkan. Tidak sepatutnya mereka menderhakai pemerintah hanya dengan sebab kemaksiatan yang dilakukannya. Bahkan menjadi tugas mereka untuk menasihati pemerintah tersebut sama ada secara lisan ataupun bertulis dengan cara yang baik serta berhikmah dan dengan perdebatan yang bermanfaat sehingga mereka berjaya, sehinggalah keburukan tadi hilang atau berkurangan, dan timbulnya kebaikan sebagaimana firman Allah Ta'ala:

Maksudnya: "Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu." (Surah Ali 'Imran: 159)

Monday, September 20, 2010

Babi Mangalista

Hampir semua orang tahu bahawa yang menghasilkan bulu untuk pakaian dan pasti tidak pernah terbayang di fikiran anda bahwa ada haiwan yang boleh menghasilkan bulu selain biri biri.

Mari kita lihat siapa yang terkena............
Dari jauh, memang babi ini kita lihat seperti biri biri. Anda baru akan mengetahui bahawa itu bukan biri biri setelah anda mendengar suaranya.

Haiwan ini adalah babi Mangalitsa yang aslinya berasal dari Austria dan Hungaria. Mungkin diubah genetik nya atau memang wujud makhluk ini secara semulajadi.
Apa tindakan JAKIM jika terlihat gambar ini dan apa hukum bulunya dan langkah langkah penguatkuasaan....

Mungkin dah ada bulu nya yang sudah terlepas ke Malaysia.....

Saper yang tahu......

Sunday, September 19, 2010

FATWA-FATWA ULAMA BERKENAAN MENJATUHKAN PEMERINTAH

1. Fatwa Samahatus Syeikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Ibn Baaz

Soalan 1:

Samahat al-Syeikh, ada yang berpendapat bahawa perbuatan sesetengah pemimpin melakukan maksiat dan dosa besar, mewajibkan kita berusaha untuk menjatuhkannya dan melakukan reformasi walaupun perbuatan akan membawa mudarat kepada orang Islam dalam negeri tersebut. Peristiwa yang dialami oleh Negara-neraga Islam cukup banyak, apa pendapat syeikh?

Jawapan:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam, serta selawat Allah ke atas Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, keluarganya dan sahabat-sahabat serta mereka yang mengikuti hidayahnya.

Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman:


Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (Surah an-Nisa': 59)

Ayat ini mewajibkan taat kepada pemimpin yang meliputi para umara dam ulama. Dalam satu hadis, Nabi sallallahu 'alaihi wasallam menegaskan bahawa ketaatan ini merupakan sesuatu yang wajib, dan menjadi fardu dalam perkara-perkara yang makruf.

Nas daripada as-Sunnah menerangkan makna dan menyokong ayat tersebut bahawa yang dimaksudkan dengan taat itu ialah ketaatan mereka pada perkara yang makruf. Maka wajib bagi umat Islam taat pada pemimpin mereka dalam perkara yang makruf, dan bukan pada perkara maksiat. Apabila pemimpin menyuruh melakukan maksiat, mereka tidak boleh ditaati, tetapi tidak harus menderhakai atau cuba menggulingkan mereka berdasarkan sabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam:


Maksudnya: "Barang siapa yang diperintahkan oleh seorang pemerintah, kemudian ia melihatnya melakukan maksiat kepada Allah Ta'ala, hendaklah ia membenci perkara maksiat tersebut, tetapi tidak boleh mencabut ketaatannya kepada pemimpin tadi." (Hadis riwayat Muslim)


Maksudnya: "Barang siapa yang keluar daripada ketaatan, serta berpisah daripada jemaah, lalu ia mati, maka matinya dalam keadaan jahiliah." (Hadis riwayat Muslim)


Maksudnya: "Wajib ke atas seseorang itu, dengar dan taat apa yang dia suka ataupun benci, kecuali apabila dia diarah melakukan maksiat. Pada ketika itu tidak perlulah ia dengar dan taat." (Hadis riwayat Muslim)

Para sahabat pernah bertanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, apabila baginda menyebut tentang terdapat segolongan pemerintah yang kamu mendapat kebaikan dan kemungkaran daripada mereka. "Apa yang patut kami lakukan?" Baginda bersabda:


Maksudnya: "Tunaikanlah hak mereka, dan pohonkanlah kepada Allah hak kamu." (Hadis riwayat Bukhari)

Ubadah bin al-Samit berkata: "Kami berbaiah kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam untuk memberi ketaatan dalam keadaan kami suka atau benci, dalam keadaan susah dan senang, kami akan mengutamakan Rasulullah ke atas diri kami sendiri dan kami tidak merampas hak pemerintah." Kemudian Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kecuali jika kamu dapati kekafiran yang jelas, yang ada dalil dan bukti daripada Allah Ta'ala."

Ini merupakan dalil bahawa tidak harus menderhakai pemerintahan serta cuba menjatuhkan mereka, kecuali jika terhadap kekurufan yang nyata yang terdapat dalil daripada Allah Ta'ala. Ini kerana cubaan untuk menjatuhkan seseorang pemimpin boleh menyebabkan kerosakan yang besar serta keburukan yang dapat menggugat keamanan serta mengabaikan kewajipan. Pada ketika itu tiada orang dapat menghalang kezaliman dan membantu mereka yang dizalimi, serta keadaan menjadi kacau-bilau dan keamanan tidak lagi wujud.

Oleh itu, cubaan untuk menggulingkan seseorang pemimpin boleh membawa padah yang buruk serta keburukan yang nyata. Kecuali pada ketika umat Islam melihat kekufuran yang nyata, yang ada dalil daripada Allah tentang kekufuran mereka itu. Pada ketika itu haruslah menjatuhkan pemerintah tadi jika mereka mempunyai kekuatan. Tetapi jika mereka tidak mempunyai kekuatan, ataupun perbuatan mereka menjatuhkan pemerintah tadi boleh membawa kepada kerosakan yang lebih besar, maka tidak harus bagi mereka menjatuhkannya demi menjaga maslahah umum, berdasarkan kaedah syarak yang disepakati iaitu: Tidak harus menjatuhkan kejahatan dengan sesuatu yang lebih buruk daripadanya, bahkan mesti menolak keburukan itu dengan sesuatu yang dapat menghapuskannya atau meringankannya. Adapun menolak keburukan dengan keburukan yang lebih besar, maka hal ini tidak harus dengan ijmak (kesepakatan) para ulama.

Jika kumpulan yang melucutkan jawatan pemerintah yang melakukan kekufuran yang nyata itu mempunyai kekuatan untuk berbuat demikian dan menggantikannya dengan seorang pemerintah yang soleh dan baik tanpa membabitkan sebarang kemusnahan terhadap orang Islam, maka hal itu dibenarkan.

Tetapi jika perbuatan mereka itu mendatangkan kerosakan, menggugat keamanan, menzalimi orang ramai, serta lain-lain keburukan maka perbuatan itu tidak diharuskan. Bahkan mereka diwajibkan bersabar, dengar dan taat di dalam perkara yang makruf. Menasihati pemimpin serta menyeru mereka ke arah kebaikan. Mereka juga mesti berusaha meringankan atau mengurangkan kejahatan tersebut serta memperbanyakkan kebaikan.

Inilah jalan sebenar yang mesti diikuti untuk mendapatkan kemaslahatan bagi umat Islam. Ia juga dapat mengurangkan kejahatan dan menambah kebaikan selain daripada dapat menjaga keamanan dan menyelamatkan orang Islam daripada terjerumus ke dalam keburukan yang lebih besar. Kita pohon taufik dan inayah daripada Allah Ta'ala.

Saturday, September 18, 2010

Tanah Bumi Palestine

Tanah bumi Palestine berikan secara percuma kepada mana mana yahudi yang ingin tinggal di wilayah rampasan Jordan Valley.

Satu projek terbaru rejim yahudi di bumi yang dirampas. Ini bagi menimbulkan rasa minat untuk tinggal disana.

Sejumlah 15 ekar keluaasan tanah yang digunakan.

Kerajaan yahudi memberikan inisiatif seperti.

  1. Kediaman percuma.
  2. Pendidikan percuma.
  3. Kesihatan percuma.
  4. Jalinan sistem air yang sempurna.
  5. Tanggungan bil elektrik 75% oleh pihak kerajaan.
  6. 75% tanggungan kerajaan terhadap bil utiliti.
  7. 75% bil telifon percuma.
  8. 75% tanggungan kos pengangkutan.
Yang terakhir sekali adalah US$ 20 ribu pinjaman jangka panjang untuk membantu penempatan puak yahudi di Jordan Valley di tanah milik orang lain yang dirampas.

Friday, September 17, 2010

Pergantungan Sijil Halal Syarikat QBI



JAKIM mengambil keputusan untuk MENARIKBALIK Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd berkuatkuasa 26 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.

Thursday, September 16, 2010

Kacak Bergaya 2010

Video ini khas untuk mereka yang mengikuti Pertandingan ini sejak dari mula mula. Video ini adalah rakaman pertandingan dari sesi saringan sehingga sesi pemilihan Top 12.





Tuesday, September 14, 2010

Ahli Sufi

Pendahuluan

Masyarakat Melayu atau Nusantara amnya mudah tertipu dengan daayah tentang siapa itu para sufi dan para waliyullah sehingga banyak ajaran sesat tersebar dan memburukkan sebarang aliran tasawuf atau tarekat yang muktabar di alam Melayu. Ini kerana rata-rata sedikitnya pakar rujuk yang berwibawa baik di universiti mahupun di institusi agama di Negara ini. Daripada pada sedikit itupun mereka tidak dirujuk untuk memberikan pandangan dan fatwa oleh pihak yang berwajib melainkan kepada orang lain yang “menyamar” menjadi pakar rujuk itu. Oleh itu , orang awam yang membaca laporan dan berita negatif tentang orang Sufi mudah percaya dengan laporan tersebut sehingga mereka memandang serong orang Sufi dan orang yang bertarekat. Akhirnya , intipati dan mahkota ajaran Islam yang terpendam dalam ajaran tasawuf atau Sufisme itu terus terpendam , tidak dihargai dan yang parah lagi tidak dapat direalisisakan dalam bentuk amal dan perbuatan masyarakat Melayu yang semakin rapuh dan ternoda dengan pelbagai gejala sosial aliran Barat.

Ahli Sufi dan ciri-cirinya

Secara amnya mereka inilah pencari Tuhan dan berharap untuk bertemu denganNya dalam perjalanan menuju liqa’ullah . Keikhlasan dan kesungguhan mereka untuk mengenali diri mereka sendiri dan kemudian mengenali Allah menjadikan mereka dipanggil sebagai para Salik (pemula jalan al-Haqq). Minat dan dorongan mereka dalam banyak hal tidak didorong oleh sesiapa – mereka hanya mencari kebenaran dan keikhlasan dalam setiap hal. Mereka akan mengalami banyak hal dan keadaan yang pelik yang ditunjuki oleh Allah s.w.t sebagai bukti (bayyinah) bahawa mereka sedang dalam perjalanan yang diredhai. Bukti-bukti utama antaranya ialah mereka bermimpi dengan para-para Nabi a.s dan kemudian para wali qutub . Sampai satu peringkat mereka akan bertemu dengan para waliyullah yang masih hidup dan mereka akan mula diajar oleh mereka. Jika usaha dan niat mereka tidak benar pada peringkat ini mereka tidak ditemukan kepada waliyullah sebaliknya ditemukan dengan para wali syaitan. Pada peringkat ini jika mereka menerima dan mengamalkan ajaran para wali syaitan ini mereka berakhir dengan menjadi bomoh atau dukun. Atsar banyak menyatakan bahawa lebih mudah mengenali Allah s.w.t daripada mengenali waliyullah . Ini benar kerana mereka manusia biasa yang tidak menunjukkan sebarang kelainan daripada orang lain (dari segi fizikal dan penampilan luar). Jadi, seorang salik yang tulen akan ditunjuki kebenaran sangkaan dan pandangannya samada melalui pengesahan oleh Rasulullah s.a.w (biasanya melalui mimpi) atau peristiwa lain yang membuktikan kewaliyan seseorang itu (contohnya bertemu dengan waliyullah itu di dalam Kaabah atau melihat waliyullah itu memegang matahari dan bulan dan sebagainya dalam mimpi). Ini kerana Rasulullah s.a.w , para anbiya’ a.s , Kaabah, bulan dan matahari tidak boleh ditiru oleh syaitan dalam mimpi.

Orang Sufi akan memperjalani pengajaran secara ladunni dengan para Nabi a.s (termasuk Nabi Khidr a.s yang masih hidup) dan juga para wali qutub ( contohnya Sh. Abdul Qadir Jilani , Sh. Ibnu Arabi , Sh. Abi Madyan dll) . Biasanya semua ilmu itu akan disahkan dan dihurai dengan lebih terperinci oleh seorang guru mursyid yang masih hidup (bertaraf waliyullah) . Proses pentarbiyahan ahli Sufi ini termasuklah bai’ah , amalan dan aurad berterusan (contohnya zikir nafas dan zikir huruf) dan banyak lagi amalan yang mendekatkan diri dengan Allah s.w.t setiap waktu . Kerana salik ini juga perlu bekerja dan berkeluarga , guru mursyid akan mengajarnya bagaimana membawa zikir nafas sambil kita bercakap dengan orang atau membuat kerja-kerja harian. Laku yang paling penting ialah cara melaksanakan solat secara fana’ baqa’ billah . Cara membawa zikir dan ilmu yang diterapkan hujung jatuhnya zikir tersebut (bukan saja makna zahir zikir itu) juga amat penting , agar tidak jatuh ke dalam syirik khafi . Penekanan terhadap solat malam hari, solat-solat sunnat tatawu’ dan lain-lain juga ditekankan. Guru mursyid akan membimbing mereka cara membaca dan memahami makna-makna, tafsir dan takwil al Quran termasuk rahsia-rahsia huruf muqotaat , ayat–ayat mutasyabihat dan lain-lain sehingga jelas dan terbukti Al-Quran itu adalah mukjizat sepanjang zaman (contohnya , apabila membaca surah al-Fatihah dalam solat mereka mendengar Allah s.w.t menjawab bacaan mereka , atau melihat huruf-huruf yang dibaca itu bangun dan memberi pelajaran kepada mereka dan sebagainya).

Biasanya cara belajar orang Sufi ini sangat berbeza dengan orang awam sebab mereka ini dianggap orang khawas. Mungkin satu masa dulu anak murid guru mursyid ini ramai, tetapi kemudian Allah s.w.t melakukan ujian tertentu sehingga hanya yang terpilih saja dapat meneruskan pencarian ilmu yang hak dengan guru mursyid tersebut. Dalam melaksanakan rukun iman ajaran mereka amat halus dan luar dari kebiasaan contohnya , mereka bukan saja percaya kepada para malaikat dan para nabi a.s tetapi langsung berjumpa dengan mereka (dalam banyak hal secara yakazah , bukan saja dalam mimpi). Mereka akan belajar ilmu-ilmu rahsia tentang ketuhanan dan rahsia kejadian semua makhluk, contohnya ilmu tentang Nur Muhammad dan martabat tujoh. Sebagai pembuktian , mereka sendiri akan melihat Kitabul Mubin diturunkan ke hadapan mereka atau menyaksikan burung Nur Muhammad (dalam catatan Ibn Arabi burung ini dipanggil Anqa’ Mughrib). Pada satu peringkat tertentu mereka akan dibenarkan mengembara ke alam-alam malakut , alam jabarut dan alam lahut dan dapat menyaksikan Arsy , Kursy , Sidratul Muntaha dan sebagainya. Banyak daripada “kemudahan” ini berlaku dalam bulan Ramadhan . Allah s.w.t akan menghadiahkan nama rahsia , istigfar dan Selawat khas setelah Allah redha dengan mereka dan diakui sendiri oleh baginda Rasulullah s.a.w sebagai umatnya yang setia.

Dari segi kebolehan para salik itu , mereka akan menjalani pelbagai ujian dari guru mursyid mereka melalui laku khalwat , talqin , qiyamul lail , ujian bertulis dan pelbagai laku yang difikirkan sesuai oleh guru mereka. Kadang-kadang mereka diminta untuk membantu orang di dalam kubur atau membantu orang yang diganngu makhluk halus atau memindahkan perkampungan jin dan sebagainya. Walaupun mereka biasa boleh mengubat secara islami masalah seperti santau , saka dan sebagainya , mereka tidak pernah menjadikan ini aktiviti utama dan mereka akan mengelak dari banyak menghabiskan masa dengan kerja seperti ini kerana takut menjadi terkenal atau lalai daripada membuat kerja-kerja amal lain yang diperuntukan .

Ciri lain ahli Sufi ialah mereka mementingkan hal-hal akhirat lebih dari hal duniawi. Jika diberi pilihan mereka akan memilih hal ukhrawi , keilmuwan dan peringatan atau nasihat daripada perkara lain. Kesihatan dan pembaikan roh lebih diutamakan daripada kesihatan jasad dan penampilan diri luar. Mereka rajin dan tekun membuat kerja harian bukan sebab mengejar dunia tetapi sebab ingin mendapat redha majikan dan Allah s.w.t dalam mendapatkan rezeki yang halal. Mereka tidak mengeluh sebab mereka tahu itu syirik khafi . Mereka tahu membersihkan jiwa mereka melalui zikir pembersihan semua lathaif selain daripada melakukan muhasabah diri selalu. Setiap tibanya waktu solat merupakan waktu yang bahagia kerana terdorong oleh cinta , kasih dan rindu yang tersangat kepada Maha Pencipta dan Kekasih Hati. Mereka berinteraksi dengan manusia bukan dengan penumpuan jasadi malah secara ruhi i.e iaitu mereka boleh berbicara dengan ruh-ruh (baik manusia yang hidup mahupun yang mati). Nasihat mereka akan membuat manusia menangis secara meraung dan menyesali diri . Mereka berbicara dengan hikmah. Orang yang kasyaf akan dapat melihat apa yang tertulis pada lidah-lidah dan badan ahli Sufi ini , melainkan jika ahli Sufi itu menutupi rahsia dirinya dengan kalimah tertentu. Pada pandangan luar mereka kelihatan sama dengan orang lain , tetapi kerohanian mereka sentiasa dengan Al–Haqq.

Orang Sufi dan orang awam

Orang awam yang dikalangan mereka terdapat orang Sufi sangat beruntung. Mungkin yang membaca doa dan menjadi naqib dalam suatu majlis tahlil di rumah atau di surau orang biasa dan doanya tidak terangkat , tetapi disebabkan oleh kehadiran Sufi tadi (lemungkinan besar tanpa disedari ramai) doa mereka semua terangkat, ini kerana cara orang Sufi menempatkan permohonan dan cara mengaminkan doa itu seperti yang dikehendaki Allah s.w.t ( biasanya dia kena lulus ujian doa dari gurunya yang mursyid – criteria lulus ini agak ketat seperti tiang Arsy mesti bergegar , 4 malaikat utama mesti turun , 6 perkara mesti dibawa dalam doa dan banyak lagi). Orang Sufi kalau ke mana pun berjalan dia akan berjumpa para Sufi dan waliyullah yang lain sebab mereka saling mengenal (roh mengenal roh). Oleh itu orang Sufi tak sunyi daripada urusan “belajar dan mengajar” di mana pun mereka berada. Walaupun mereka tak dikenali dan biasanya tidak menonjol dalam masyarakat yang jelas mereka boleh mengubati orang lain–seperti mementang syihir , memindahkan penempatan jin , mengeluarkan santau dan menghapuskan saka dan lain-lain . Tapi , masyarakat biasanya tak sedar kehadiran mereka sebab mereka sibuk dengan urusan diri mereka sendiri .Jika mereka menziarahi kubur mereka mengucapkan “ assalamuala ahli Lailahaillallah min ahli Lailahaillallah” . Mereka dapat memasukan “cahaya” kepada si-mayat dengan bacaan Fatihah mereka kerana mereka mengetahui kedudukan Fatihah dalam jasad si-mayat. Tahlil mereka begitu sempurna sehingga berkat bacaan mereka itu si-mayat terlepas dari soalan dan siksaan kubur.

Para Sufi sebetulnya adalah pemula atau salik dalam jalan kewaliyan. Itu sebab tarekat mereka kadang-kadang tak bernama tetapi jika diberi nama lebih tepat dinamakan tarekat kenabian. Ini kerana mereka dipimpin oleh para nabi (salah satu dari yang 25 atau kadang-kadang lebih dari satu ). Ini adalah perjalanan para nabi a.s seperti yang dihurai oleh Ibn Arabi dalam kitab Fusus al –Hikam. Biasanya mereka juga bertemu dan belajar dengan Nabi Khidr a.s (dan mungkin juga Nabi Iliyas a.s). Selain daripada para nabi a.s mereka juga akan belajar dari salah seorang atau keempat-empat sahabat Rasulullah s.a.w yang utama dan (atau) dengan empat malaikat yang utama .

Disebabkan mereka ada nama rahsia yang diberikan oleh Allah s.w.t , mereka dikenali di langit dengan nama itu – dan jika mereka gunakan nama itu ketika berdepan dengan para makhluk yang jahat , makhluk jahat dan halus itu akan tunduk. Mereka sentiasa duduk dalam cinta , kasih dan rindu kepada Allah s.w.t dan doa mereka adalah “ Wahai Allah , jadikanlah kami hamba-hamba kebaikan bukan hamba-hamba ujian”. Kerana ini mereka tidak diuji seperti manusia lain – sebaliknya mereka diberi tugas, kebanyakannya tugas berat. Jika mereka melalui kuburan , mungkin mereka akan terpanggil untuk mendoakan para mayat yang tersiksa. Bila mereka member salam kepada ahli kubur dengan salam “ Assalamuala ahli Lailahaillalahu min ahli Lailahaillallah” maka para ahli kubur akan bangun menjawab mereka , sebaliknya yang tidak dapat berbuat demikian pastinya adalah kumpulan yang sedang disiksa oleh malaikat Mungkar dan Nankir.

Jika ahli Sufi ini berada dipanggil untuk bertahlil, dia dapat menghadirkan si-orang yang ditahlilkan itu dan mengetahui keadaannnya. Begitu juga, beruntunglah orang yang mengajak ahli Sufi ini untuk hadir dalam majlis pernikahan sebab ahli Sufi ini akan menghadirkan Jibrail (dan 3 malaikat lain) untuk menjadi saksi – dia akan dapat mengesahkan sama ada nikah itu sah atau tidak dari perkara yang ditajallikan oleh Allah s.w.t contohnya seperti melihat pena melakar bulatan dengan ditutup dengan titik tengah atau dokumen dimasukkan dalam peti berkunci ( boleh dengar bunyi kunci tersebut) dan sebagainya.

Jalan Menuju Makrifatullah

Jalan menuju makrifatullah penuh liku dan perangkap samar- takkan lepas seorang salik tanpa bimbingan gurunya yang mursyid dan tanpa hidayah dan inayah Allah s.w.t. Bagi orang Sufi , mereka dicintai oleh Allah dan dikehendaki oleh Allah baru mereka mencintai dan menhendaki Allah. Mereka beriltizam sesungguhnya untuk menemui Allah s.w.t semenjak kecil lagi dan Allah s.w.t akan membuka jalan untuk mereka dalam waktu tertentu seperti pada umur 20an, 30an atau 40an. Bagi yang diredhai Allah s.w.t mereka melalui jalan singkat dan tidak berliku – ini kerana pemerhatian mereka yang tuntas terhadap perbuatan (af’al) Allah , lalu mereka redha dan mempunyai adab terhadap Allah , lalu Allah s.w.t mengangkat mereka. Contohnya sebagai permulaan , Allah s.w.t menjadikan mereka tempat berkumpul barang-barang peninggalan para waliyullah , kemudian juga barang-barang pelik dari seluruh dunia dan kemudian barang-barang peninggalan sahabat r.a dan Rasulullah s.a.w. Tetapi , salik ini tidak bangga malah dia terus bersyukur sebab dia tahu ini adalah hadiah (tanda) dari Kekasihnya.

Kesimpulan

Menjadi satu paradoks moden bahawa di Barat semakin ramai Islamologis yang mengkaji tentang Sufi dan Kesufian (Sufisme) sedangkan di Timur dan di kalangan sarjana Muslim sendiri bukan saja Sufi itu dicemuh malah terdapat banyak usaha untuk menjatuhkan imej Sufisme (mahkota dan intipati islam ) itu sendiri , sedangkan Islam yang sebarkan ke Nusantara , India dan ke Timur amnya semuanya disebarkan oleh para ahli da’i Sufi dan penyebar tarekat . Fenomena “kacang lupakan kulit” ini memanglah diatur dan dirancang oleh pihak tertentu agar kebangkitan Ummah tidak berlaku , agar Islam termaktub dalam lingkungan masjid dan ia tidak sampai ke sistem pendidikan , perbankan atau sistem-sistem lain. Pada hari ini , Negara yang mendokong Sufi seperti Chechnya akan dapat bertahan dari serangan dan penaklukan kuasa asing sedangkan dimana ia diremehkan dan ditinggalkan , negara itu akan menderita dan punah disebabkan oleh kuasa asing seperti Iraq dan Palestin.

Sekian, sedikit sebanyak yang ingin saya sampaikan secara ringkas tentang siapa itu ahli Sufi.

Wallahu a’lam bissawab.

Nota:
Mursyid adalah seorang guru yang mampu membimbing kehidupan lahir dan batin. Istilah mursyid adalah dari perkataan mursyidun , maknanya orang yang memimpin.

Setiap orang memerlukan pemimpin yang memimpin dirinya, meskipun orang tersebut adal...ah ulama, ustaz, hafiz, pakar Islam atau muallim, lebih-lebih lagi orang awam yang kurang ilmu dan kurang faham tentang Islam.

Orang yang memimpin (mursyidun), dia tidak sama dengan muallim (orang berilmu). Juga dia tidak sama dengan ustaz atau guru. Sebab muallim itu hanya memberi ilmu. Mereka hanya memandang faktor luar dan akal, tidak memandang faktor batin. Dengan izin Allah, seorang mursyid diberi ilmu-ilmu yang luar biasa. Ada ilmu lahir dan batin. Bukan saja dia mampu memimpin akal orang tetapi hati (roh) orang juga boleh dipimpinnya.

Thursday, September 09, 2010

Hari Membakar Al - Quran

Gereja (Westboro Babtist) yang sama yang menganjurkan 'No Homo Mayor' turut menganjurkan Hari Membakar Al - Quran Atarabangsa pada ulang tahun ke 9 serangan pengganas ke atas World Trade Center di New York 11 September 2001. Upacara ini dianjurkan oleh Dove World Outreach Center. Diumumkan oleh Terry Jones pada Julai 2010 di gereja kristian di Gainesville, Florida disokong oleh isterinya Sylvia.

Dove World Outreach Center adalah perjumpaan kecil di Gainesville, Florida yang mempunyai ahli sebanyak 50 orang ahli. Gereja ini banyak mengeluarkan kenyataan mengenai islam dan anti Lesbian Gay Biseksual Transseksual (LGBT). Pada 2009, Dove World mengeluarkan 'surat merah' bertulis islam adalah berinspirasi dari syaitan. Pengikut pengikut mereka turut mengenakan baju tertulis Jesus adalah penyelesai masalah anda dan hidup anda kepada anak mereka.

Tambahan lagi gereja ini mengatakan bahawa Koran adalah sumber yang diinspirasikan dari syaitan.

Terry Jones mengeluarkan kenyataan bahawa islam adalah ganas dan agama yang cuba menyelindung agama nya dari sifat sebenar dengan mengatakan bahawa agama yang membawa keamanan dan ingin menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling.

Gereja ini juga mengeluarkan petanda kontroversi bahawa islam adalah agama syaitan. Islam agama syaitan adalah tajuk kepada buku yang telah diterbit.

Gereja akan membakar Koran (buku suci umat islam) pada 11 Sepember 2010 jam 6 pm - 9 pm. Upacara membakar Koran adalah simbolik kepada memperingati mangsa mangsa yang terkorban di Dalam WTC dan yang terlibat secara lansung atau tidak secara lansung.

Balai Bomba Gainesville tidak memberi permit untuk membakar Al-Quran dimana pembakaran terbuka buku adalah tidak dibenarkan di bandar untuk mengurangkan pencemaran. Pihak gereja akan meneruskan upacara ini walaupun didenda.

Mereka juga mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa Jesus Christ adalah solusinya. Orang ramai perlu mencari kebenaran yang terdapat di dalam Bible.

Ramai yang menjangkakan bahawa upacara ini akan menjadi sebagai upacara yang berjaya seperti 'Hari Melukis Potret Muhammad'.Walaubagaimanapun, upacara ini ditentang oleh ahli politik, puak puak yang mewakili agama dan orang kebanyakkan.

National Association of Evangelicals mengumumkan bahawa upacara ini disokong untuk dibatalkan.

Sekutu Terry Jones German Evangelical Alliance bersifat berkecuali dalam soal ini. John Rankin, Presiden Theological Education Institute di Connecticut mengeluarkan slogan "Yes to the Bible, No to the Burning of the Qur'an". beliau juga menggalakkan dialog antara agama dan menyeru umat kristian menolak upacara ini.

Ahmadiyya Muslim Community juga mempersoalkan sama ada Dove World Outreach centre mengikiu ajaran agama kristian yang sebenar dimana tolerence dan kasih sayang.

Bagi ketua angkatan tentera Amerika Di Afganistan beranggapan bahawa tindakan ini akan menguatkan lagi Taliban bagi mendapatkan sokongan orang orang islam di Afganistan. Semangat benikan Amerika akan membuak buak.

Kedutaan Amerika di Kabul mengeluarkan kenyataan mengkritik rancanagan membakar Al-Quran.

Juru cakap Vatican mengatakan bahawa membakar Al-Quran adalah satu tindakan yang melampau dan mengeluarkan kenyataan bahawa Tidak ada yang boleh membakar Al-Quran pada Hari itu.

Tuesday, September 07, 2010

Empangan Sungai baru





Monday, September 06, 2010

Hitler tubuhkan division islam

Satu pendedahan yang agak menggemparkan muncul baru-baru ini apabila Institut Kajian Aero dan Angkasa Malaysia (IKAM) menemui fakta-fakta menarik disebalik kajian IKAM terhadap data sejarah Operasi Divisyen Hanzar!

Pendedahan itu menimbulkan kekeliruan mengenai siapakah sebenarnya Adolf Hitler. Dalam banyak catatan sejarah, tidak ada yang positif bagi menggambarkan pemimpin Jerman semasa Perang Dunia Kedua ini. Bukan sahaja negatif malah namanya masih dicaci sehingga hari ini kerana tragedi Holocaust. Jutaan orang Yahudi mati dipercayai kononnya angkara perintah Hitler.

Bagaimanapun, sesuatu yang menghairankan sebaliknya terjadi. Hitler didapati masih mempunyai nilai toleransi yang tinggi dengan membenarkan penubuhan beberapa divisyen tentera beragama Islam didalam kem atau menjadi sebahagian daripada bala tentera Nazi Jerman.

Menurut Jeneral Leon Degrelle, seorang Komander Divisyen Waften SS (askar rakyat) Jerman, ada tiga Divisyen Waffen SS yang 90 peratus anggotanya beragama Islam. Jumlah anggota dalam ketiga-tiga divisyen ini pula berjumlah 60 000 orang. Antara tiga divisyen tentera beragama Islam Waffen SS ini, divisyen tentera paling terkenal adalah Divisyen ke-13 Waffen SS Hanzar.

Divisyen ini beroperasi di Balkan dengan 90 peratus anggotanya berbangsa Albania, Bosnia dan Croatia yang beragama Islam. Bakinya orang Croatia beragama Kristian Katolik yang berjumlah 21 000 orang. Operasi Divisyen Hanzar mendapat perhatian IKAM kerana ia sesuatu yang sangat unik dan menakjubkan. Operasi tentera udara sukarela Croatia berjaya menembak jatuh hampir 300 kapal terbang tentera udara Russia (komunis) sedangkan kapal terbang mereka yang dimusnahkan tentera udara Russia kurang daripada 10 pesawat ketika Perang Dunia Kedua tercetus di Balkan.

Hanzar adalah perkataan Arab, Bosnia dan Croatia yang bermaksud parang. Parang Hanzar ini dipilih sebagai nama rasmi dan juga simbol bagi Divisyen ke-13 Waffen SS. Pakaian rasmi Divisyen Hanzar pula sama seperti pakaian rasmi Waffen SS yang lain. Cuma bezanya, anggota tentera Divisyen Hanzar memakai tarbus. Dari segi persenjataan, anggota pasukan ini juga dilengkapkan
dengan senjata seperti anggota Waffen SS lain.

Namun IKAM mendapati apa yang lebih menarik ialah terdapat seorang tokoh Islam yang mampu menjalinkan hubungan baik dengan Hitler. Dia turut berperanan sebagai pemimpin Divisyen Hanzar. Beliau ialah Mufti Besar Baitulmaqdis, Haji Amin Al Husseini. Beliau ialah pemimpin yang berpengaruh di Wilayah Arab terutama di kalangan pemimpin Arab Palestin.

Sepanjang tempoh Perang Dunia Kedua itu, Amin Al Husseini menetap di Jerman bagi menentukan pembentukan koordinasi antara fahaman Nazi dan polisi Arab sehingga membawa kepada pembentukan Divisyen Hanzar pada Februari 1943.

Divisyen Hanzar dihantar mengikuti latihan ketenteraan di Perancis sebaik sahaja penubuhannya. Ia mula beroperasi di Balkan pada Februari 1944. Divisyen ini beroperasi dengan jayanya menentang gerila komunis Partisan pimpinan Josip Broz Tito dan juga tentera Russia. Walaupun jawatan Muftinya dilantik oleh kerajaan British yang ketika itu menjajah Palestin, namun Amin Al Husseini merupakan seorang yang sangat membela Islam. Beliau juga bertanggungjawab menyekat kemaraan dan kemasukan beramai-ramai Yahudi ke Eropah setelah kaum itu gagal disekat memasuki wilayah Palestin.

Generasi sekarang hanya mengenali Hitler namun ketokohan Amin Al-Husseini sebagai pejuang Islam pada Perang Dunia Kedua sangat jarang diketahui. Malah beliau seorang yang banyak berjasa menggerakkan kebangkitan orang Islam selepas kekalahan kerajaan Uthmaniah (Ottoman) di Palestin diikuti Mesir dan Iraq.

Malah beliau merupakan mentor perjuangan kepada pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Allahyarham Yasser Arafat dan ketua pemimpin dan pejuang Islam yang lain. Walaupun ada laman web yang memburuk-burukkan nama Amin Al Husseini kerana dituduh terlibat dalam pembunuhan orang Kristian di Balkan namun paparan gambar sepanjang hayat beliau jelas menunjukkan tokoh ini mampu menerokai hubungan antarabangsa yang cukup luar biasa terutama berjaya menjalinkan satu hubungan dengan Hitler.

Presiden IKAM, Norul Ridzuan Zakaria berkata, adalah satu isu yang sangat menarik apabila Hitler memberikan persetujuan untuk menubuhkan Divisyen Hanzar dan toleransinya terhadap kegiatan anggota divisyen berkenaan yang majoritinya terdiri daripada orang Islam. “Sebelum ini begitu banyak fakta menjelaskan bahawa Hitler adalah seorang diktator yang kejam dan tidak bertoleransi terhadap keagamaan, apatah lagi Islam,” kata beliau.

Menurut Norul Ridzuan, setiap batalion atau rejimen dalam Divisyen Hanzar akan dilengkapi seorang imam dan seorang guru agama yang bertugas untuk memastikan setiap anggota divisyen ini terus mengekalkan cara hidup sebagai muslim. “Di samping itu, divisyen ini kerap menerima kunjungan Mufti Baitulmaqdis Imam Amin Al-Husseini yang melengkapkan pengisian rohani anggota divisyen ini,” tambah beliau lagi.

Sebagaimana fakta sejarah merekodkan kekalahan tentera-tentera Nazi dalam Perang Dunia Kedua itu, begitu juga nasib yang diterima oleh tentera Divisyen Hanzar yang terpaksa menyerah diri pada Mei 1945 apabila pasukan tentera Jerman berundur dari Balkan. Lebih malang lagi kesemua mereka kemudian dibunuh oleh diktator Tito yang disokong oleh British dan Rusia.

Mungkin satu semakan semula sejarah Hitler perlu dibuat. Ini kerana hubungan baik Hitler dan Amin Al Husseini tentunya tidak terhad atas kepentingan politik dan mengembangkan pengaruh masing-masing. Pasti masih ada sesuatu yang telah disembunyikan daripada pengetahuan umum di sebalik Hitler yang sering diburukkan dengan Holocaustnya itu. Benarkah beliau sekejam itu?

Persoalan ini ditimbulkan oleh Pesiden Iran, Ahmadinejad mengenai sejauh mana kebenaran holocaust. Ujar pemimpin itu, jika benar ia wujud maka itu sepatutnya menjadi dosa orang Eropah.

“Tetapi mengapa rakyat Palestin dan umat Islam yang terpaksa menanggungnya. Namun, kita meyakini Barat sebenarnya telah berjaya diperalatkan oleh Yahudi untuk menghancurkan negara Islam demi kelangsungan rejim dan puak Israel,” katanya.

Sunday, September 05, 2010

Selangor Islamic Art Center