Mencari Hasil Ilmu

Sunday, June 20, 2010

Senario Buang Bayi Di Arab Saudi

Arab Saudi mempunyai cara tersendiri bagi menangani masalah pembuangan bayi.

Pada 2003, Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengeluarkan arahan bahawa mana mana wanita yang mendapat rawatan antenatal mesti di iringi dengan pasangan sah atau arahan makamah. Laporan yang dikeluarkan oleh Human Right Watch pada 2003, mengatakan pihak hospital tidak dibenarkan mengeluarkan wanita yang bersalin di hospital pulang ke rumah selagi tidak dijemput suami atau mahramnya.

Berdasarkan Artikel 27 Undang-undang Dasar Keselamatan Dan Kebajikan Saudi wanita tidak boleh melakukan pembedahan selagi tidak mendapat keizinan daripada suaminya.

Sekiranya selepas melahirkan anak, tiada suami datang mengambilnya maka siasatan akan dijalankan.

Perintah tersebut dikeluarkan kerana demi mencegah kegiatan buang bayi secara berleluasa. Bayi yang dilahirkan akan diserahkan kepada kerajaan untuk pelindungan sehingga tiada keluarga menuntut.

Bayi tersebut akan dipelihara di rumah anak2 yatim dan pihak kerajaan akan menaja seluruh kos perbelanjaan. Apabila sudah sampai masa kos 30K (Saudi Riyal) akan diberikan untuk kos perkahwianan anak2 tersebut.

Pengurus perhubungan social Mekah menyifatkan bayi2 yang dibuang tidak boleh dikategorikan sebagai anak2 hasil dari kegiatan jenayah.

Pertubuhan amal seperti Al-Bir mengendalikan 3 buah rumah anak2 yatim dengan bilangan 270 dengan menanggung kos sebanyak 6 juta Riyal Saudi.

Walaupun peraturan ketat dilakukan wujud, pada 2006 16 kes buang bayi dilaporkan. 4 daripadany mati. Kebanyakan yang ditemui adalah 10 bulan ke bawah.